Sunday, April 4, 2010

bisikan cinta


chenta


c i n t a

Assalamualaikum.

jumaat malam sabtu lepas, aku pergi ke USM kampus kejuruteraan (USMKKj) kat Transkrian. kalau di USM induk, ada Bulan Islam dan Kelestarian. tapi di USMKKj ada Minggu Kelestarian Ummah. semuanya berkonsep kan kelestarian. yelah, USM ni lestari jek sume. huhu~

jumaat malam tu, ada konsert bisikan cinta bersama inteam. seronok seronok. excited ah nak pergi petang tu. even kena tunggu bas for an hour, beratur panjang kat jambatan pulau pinang dan hujan, tapi semangat nak pergi tengok inteam tu still ada lagi. alhamdulillah.

sebelum inteam ambil stage, students persatuan silat cekak USMKKj buat persembahan. syok tengok dorang bersilat. best best.

bisikan cinta. semuanya tentang CINTA cinta dan CINTA. cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah saw, cinta pada kedua-dua ayah dan ibu.

satu kata-kata dari saudara Syahril, salah satu ahli kumpulan inteam. lebih kurang macam ni aa bunyik dia;

Islam itu seperti sebuah Istana. cantik dan indah. dibina oleh Rasulullah dan para sahabat 1400 tahun dahulu. orang-orang yang berada di dalam Istana tu sendiri bahagia, gembira. malah, orang-orang di keliling Istana tersebut pun tertarik dengan kecantikannya hinggakan rasa nak masuk ke dalam Istana tu. tapi tu 1400 tahun dulu. semakin lama Istana tu dah jadi seperti sebuah pondok buruk. orang-orang kat dalam tu pun nak keluar dari dalam pondok buruk tu. macam tu lah ibaratnye.


tak sedih ke? renung-renungkan lah wahai diriku ini.. ini peringatan untuk kita bersama. sekadar perkongsian.

nahhh, layan gambar pulak ey~






rahim , syahril , hazamin



sign jangan tak sign .
heheh~



syahril



okeh itu sahaja untuk kali ni. maaf yek gambar tak banyak, ni pun aku amik dari kamera-kamera orang, campo dari camera fon aku. heheh~

till then,

wassalam.

^_~