Monday, June 14, 2010

アタシんちの男子 | Atashinchi no Danshi | More Than Family But Less Than Lovers


Assalamualaikum.

malam tadi aku baru habis tengok satu movie jepun. biasalah, ni kerja-kerja orang yang takde kerja macam aku. tengok movie. walaupun aku bukan selalu layan cerita jepun sebab aku layan korea je, tapi cerita ni seronok, layankan.


aku sarankan korang tengok movie ni sebab dia best. bukan macam cerita-cerita lain yang banyak pasal cintan-cintun ke apa. cerita ni lain dari lain. kenapa lain? sebab tak sama lah.



okay cerita dia macamni. seorang perempuan berumur 20 tahun, Chisato. hidup dia tak tentu arah sebab nak larikan diri dari hutang yang ayah dia tinggalkan kat dia. pastu seorang lelaki, Shinzo datang nak tolong Chisato untuk langsaikan hutang ayah dia tapi dengan syarat, diorang kena kahwin.

sebulan lepas kahwin, Shinzo mati. tapi perjanjian diorang tak habis sampai situ je. Chisato kena duduk kat rumah Shinzo selama tiga bulan dan rapatkan balik enam orang anak angkat Shinzo yang ada macam-macam ragam. kalau Chisato tak buat tu semua, dia kena bayar duit hutang ayah dia. mana nak carik duit? dah la homeless budak nih. nak tak nak kena la jugak ikut perjanjian.

so, macam-macam yang perempuan ni buat untuk rapatkan enam orang beradik angkat ni. semua lelaki pulak tu. yang keras kepala aa, taknak keluar bilik, fobia dengan perempuan. tah apa lah perangai diorang ni.

sedih, kelakar semua ada. tapi mostly cerita ni memang kelakar. dan satu benda yang aku dapat dalam cerita ni, walaupun diorang tujuh orang ni cuma strangers yang duduk dalam satu rumah dan takda blood relations langsung, tapi bila buat something tu sama-sama, diorang boleh jadi satu family yang sangat rapat sampaikan salah sorang daripada diorang takde, rasa sunyi pulak.


oh~~


apa gunanya duduk dalam satu rumah tapi tak bertegur sapa? apa gunanya family tapi tak tolong satu sama lain? ni la yang cuba ditunjukkan dalam movie ni. apa maksud sebenar 'family' tuh.

dah dah pergi tengok sekarang kat sini!!

aku nak tengok cerita korea pulak hee~

daa.

wassalam.
video