Thursday, April 7, 2011

Rooftop Rant





lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

mereka berbicara di atas bumbung
episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hambaNya dengan apa yang dia tak mampu!

hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu nak hela nafas

dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini
tentang Trisy dan Jade

tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya


This is another hlovate’s novel. Kalau sebelum ni dah review novel versus, aA+bB dan 5 tahun 5 bulan, kali ni nak cerita pasal Rooftop Rant pula. As usual, hlovate tak hampakan pembaca dia mashaAllah. Dengan bahasa yang santai, takde la sastera sangat. Jadi, mudah untuk difahami.

Watak-watak utama dalam RR ni ialah Trisy dan Jade. Khairul Batrisya binti Mazni (Trisy), berumur 16 tahun masa awal-awal cerita. Budak rambut punk, anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Merokok, ponteng sekolah, ponteng kelas tusyen tu dah jadi kebiasaan Trisy dan parents dia tak pernah nak kisah.

Walau ada dua orang kakak dan seorang abang, masih punya mak dan ayah, tapi Trisy tak rasa macam ada family. Kakak-kakak dan abang dia hidup dalam alam sendiri, sibuk dengan hal masing-masing. Si ayah sibuk dengan kerja-meeting- golf. Si ibu sibuk berpersatuan. Bila di rumah cuma bercakap dengan buk Jah je. Haa sila bayangkan kalau korang ada dalam situasi Trisy ni, mesti bosan gila.

Jade, seorang pelajar Dip. in Mass Com. Sebenarnya dia taknak pun sambung belajar. Disebabkan desakan mak ayah, so dia sambung je la. Lebih suka melukis, tapi tak boleh nak further dalam bidang tu sebab mak ayah dia rasakan yang course tu takde masa depan.

Mak ayah selalu compare dia dengan abang dan adik dia yang berjaya dalam pelajaran, masuk university dan dean’s list je semedang. Jade kerja menjual burger untuk dapatkan duit poket, tapi mak ayah tak pernah nak support. Balik rumah asyik kena leter, marah dengan mak dia. 

sumber


Jade dan Trisy dipertemukan di rooftop Wisma Topaz masa Trisy pengsan. Sejak daripada tu diorang jadi rapat sebab diorang ada masalah yang lebih kurang sama. In the same boat, but different cabin.

Wonderwall.” Gadis itu menyambung lagi. “This song goes to my lifesaver Encik Jade,yeah!” Trisy menutur pada tangan yang konon macam memegang mic. 
-hlovate

Wajah Jade berubah riak. “Kau rasa aku macam tu?” Rendah dia bertanya dengan mata masih belum beralih. “Aku bukannya a psychiatrist or a counsellor who is paid to care.” Dia melepas nafas sambil menggeleng perlahan. “Fine.Sorry for caring.”


Bermula dari pertemuan diorang masa Trisy pengsan tu, diorang jadi rapat dan support each other. Tapi tak lama lepas tu, diorang terpaksa berpisah sebab parents Trisy decide untuk hantar dia dok dengan atok dan opah dia di JB.

“Don’t do pills.” 
            “Right.”
             “Jangan smoke.Say ‘Tak Nak’.”
             “Tak nak.”      
            “Study elok-elok untuk SPM tahun depan.Kau budak bijak.”
            “’kay...”
            “Remember Trisy,to live well or live hell,you choose.
            “Ai ai,Sir.”

Dalam tempoh tu, diorang cuma berbalas surat je. Dan dalam tempoh tu juga, diorang banyak melalui perubahan. Belajar untuk jadi dewasa. Belajar untuk cope dengan masalah-masalah yang melanda dalam hidup. Belajar dengan benda baru, environment baru. Dan juga change for good, berubah ke arah kebaikan.

Komik bidadari besi, dari tangan ‘Jade’

Walaupun masing-masing ada masalah tersendiri, tapi diorang tak putus asa untuk teruskan hidup. Lebih kesian bila baca tentang Trisy yang ketandusan kasih sayang daripada family sampaikan nak bunuh diri telan macam-macam pil, sebab dah give up tengok family dia macam huru-hara, parents pulak plan nak bercerai.

Membaca RR ni membuatkan kita berfikir, walau sebesar mana dugaan yang datang atau masalah yang kita hadapi, life must go on. Bukan dengan mengambil jalan singkat macam bunuh diri tu. Itu takkan menyelesaikan masalah. Kita masih ada Allah untuk mengadu.

Bukhari :: Book 8 :: Volume 75 :: Hadith 362 Narrated Anas: 
Allah's Apostle said," None of you should long for death because of a calamity that had befallen him, and if he cannot, but long for death, then he should say, 'O Allah! Let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me.' "

Dan tu semua nak ajar kita tentang hidup sebab hidup tak selalunya indah.

Life breaks us all, but in the end we’re stronger in the broken places –Hemingway.

Satu benda lagi yang kita dapat dalam novel ni ialah tentang family. Yes, family sangat penting dalam hidup kita sebab diorang yang bersama dengan kita sejak lahir lagi. Maka apabila dapat family macam Trisy ni, jangan give up dan jangan salahkan family yang macam tu. Kita sendiri yang kena try untuk ubah.

Heh kalau nak diikutkan banyak je lagi benda yang boleh belajar through novel ni. Nak suruh saye tulis satu-satu, baik suruh korang baca sendiri je kan? Hehe. So, cari la novel ni kalau korang tak baca lagi. Worth to read, inshaAllah. Yang dah baca, jom la share pendapat korang pulak.

Till then,

Wassalam.







*PS; novel baru hlovate contengan jalanan will be published masa PBAKL. Naakkk!