Tuesday, November 8, 2011

Sejernih Sinar Matamu



Mula-mula dapat tau pasal Prof Dr Muhaya ni daripada kakak. Dia  yang selalu dengar Dr Muhaya kat Ikim fm tiap-tiap hari Rabu pukul 10 pagi. Dan masa dengar Dr Muhaya di radio, mashaAllah, sangat ohsemmm =D



Ahad lepas berpeluang tengok Dr Muhaya kat tv3, alhamdulillah. Sambil basuh pinggan kat dapur pun bolehhh :p

Ok, ni serba sikit apa yang saya dapat daripada rancangan Sejernih Sinar Matamu. Hopefully this can benefit us, inshaAllah :)


- Kehidupan ialah hasil daripada pilihan yang dibuat. 

- Orang yang beriman pasti diuji. 

- Jangan kejar cita-cita, kejarlah makna yang memberi manfaat sebab cita-cita tu pandangan manusia, makna itu pula pandangan Allah. 

- Bila kita kejar Allah dan akhirat, dunia pasti datang. Kalau kita kejar redha Allah, penghargaan manusia tentu datang. Tetapi bila cari penghargaan manusia, redha Allah belum tentu kita dapat. [redha Allah tu lagi penting daripada pandangan manusia] 

- Guru yang hebat memberi inspirasi. 

- Mengajar sesuatu bukan nak tunjuk pandai tapi nak memberi manfaat kepada pelajar. 

- Jangkakan yang baik sahaja kerana firman Allah; Aku seperti sangkaan hamba-Ku. 

- Hidayah milik eksklusif Allah. Kita perlu minta hidayah daripada Allah. 

- Pergaulan dan cara hidup, penentu masa depan akhirat. 

- Hobi yang tidak mendekatkan diri dengan Allah, begitu sia-sia. 

- Salah satu ciri orang yang mengasihi Allah dan dikasihi Allah ialah tidak takut pada cemuhan orang dalam melakukan kebaikan. Jadilah kita bebas daripada penghargaan manusia, carilah hanya redha Allah. 

- Kalau kita bersandar pada tiang, kita akan takut tiang itu jatuh. Tapi bila bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada. 


Kat dalam rancangan ni juga ada diceritakan tentang kehilangan anak bongsu Dr Muhaya masa tahun 2000 dan Dr Muhaya sendiri yang drive bawak anak dia pegi hospital. Bayangkan la anak sendiri meninggal depan mata lepas tu gagah lagi driving. Allah~ 

Dan yang pasti Allah nak bagi kekuatan dia untuk hadapi dugaan waktu tu :')

Dr Muhaya ni sangat positif orangnye dan sangat-sangat menekankan kita untuk dapatkan redha Allah, instead of fikirkan pandangan dan pujian orang. Indeed, benda tu memang penting pun, kan?

Tuntasnya, marilah berfikiran positif dan dapatkan redha Allah :)

Ohye, kat sini ada lagi satu perkongsian daripada Dr Muhaya dan sini pulak download link Sejernih Sinar Matamu. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua =)


Fi Amanillah ^__^

8 comments:

SeRi mAnJa said... [Reply to comment]

sgt suka dgr ceramah Dr Muhaya..dia insan yg sgt hebat =)

Apek_JADIANjr said... [Reply to comment]

dr muhaya neh takde rancangan die ke kat tv... teringin jugak nk tgk...

Faaein Talip Roy said... [Reply to comment]

Salam dek..

lama tak singgah sini..

apa khabar? hope sihat2 aje.. ^^,

dengar kata2 dari dr. muhaya memang kadang2 bagi motivasi terus.. sentiasa kena fikir positif selalu..

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

@SeRi mAnJa

yep!
=)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

@Apek_JADIANjr

Rasenye takde kot. Try carik kat utube ade la jugak beberapa talk dia.



:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

@Faaein Talip Roy

Wslm wbt. Alhamdulillah sihat2 je =)

Yup. Kadang-kadang tu terus pofff kena kat diri sendiri. Memang kena selalu fikir positif, kan kak?

~PENCHENTA~ said... [Reply to comment]

Salam. Suka juga Dr Muhaya. Mak saya selalu dengar. Dia cakap memang sampai ke hati. Ohsem lah dia. :)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

@~PENCHENTA~

Wslm wbt.
Ramai dah yang suka dengar Dr Muhaya ni hehe. Yup! Ohsemm =D