Wednesday, November 30, 2011

Hero





Ini Hero yang biasa kita tahu dan biasa kita tengok di tv. Tapi yang saya nak bagitau sebenarnya bukan hero-hero kat atas tu. Saya nak cakap pasal novel Hero yang ditulis oleh Hilal Asyraf


sinopsis

Amir Faheem bin Amir Muiz (Afam) Dia anak tunggal yang sudah kehilangan ibu dan ayah. Orang-orang yang ada di sekeliling Afam cuma Pak Arbi, Mr Umayer dan Makcik Amirah. Afam kekurangan kasih sayang sebenarnya, disebabkan ayahnya sangat sibuk bersama-sama sembilan lagi jutawan Islam yang lain untuk membangunkan ummah. Dan Afam menjadi liar atas sebab itu, sebab dia kekurangan kasih sayang dari ayahnya. 

Siapa sangka ayahnya meninggalkan wasiat kepada Afam supaya dia mengahwini seorang wanita solehah sebagai syarat untuk mewarisi harta Datuk Amir Muiz. Wanita itu ialah Afeefah Husna. Datuk Amir Muiz sayangkan Afam, sebab tu dia wasiatkan supaya Afam kahwin dengan wanita solehah supaya isterinya nanti dapat bimbing Afam sama-sama ke syurga. 

Walaupun tinggal serumah dengan Afam, tapi Afam buat Husna macam tak wujud. Husna cekal nak ajak Afam ke jalan yang benar, untuk sama-sama bercinta hingga ke syurga. Bayangkan, Husna tersangatlah tabah untuk ubah Afam. 

"Husna. Bunga tu, waktu hendak tunggu dia mekar, kita rasa terseksa dengan kelambatannya. Tapi, bila dia dah mekar indah, kita seakan merasakan bahawa sebelum itu kita tak pernah terseksa menunggunya." 

Afam juga seorang Hero yang keluar setiap malam untuk memastikan keselamatan kotaraya Angsana. Tiada siapa yang tahu bahawa Afam lah orang di sebalik sut Hero termasuklah isterinya sendiri, kecuali Pakcik Arbi dan Mr Umayer. 

Kalau dalam cerita-cerita Superhero yang tayang kat tv tu, diorang tu cuma nak selamatkan nyawa orang, lawan dengan orang jahat etc. Tapi kat dalam novel Hero yang ini, Hero tu bukan sekadar nak banteras jenayah, tapi Hero yang sebenarnya ialah yang membawa orang keluar dari kegelapan. 

Hero bukanlah hero yang bersut hitam, terbang di langit, turun ke bumi membasmi penjenayah semata-mata. Setiap Mukmin itu hakikatnya adalah hero. Bertanggungjawab terhadap agamanya. Bertanggungjawab membawa manusia di sekelilingnya ke syurga, dan contoh orang beriman adalah Rasulullah s.a.w. Hero mereka yang sebenarnya. 

Bukanlah membasmi penjenayah itu yang menjadikan seseorang itu hero. 

Hero adalah mereka yang mengeluarkan manusia daripada gelap kebatilan, kepada cahaya kebenaran. 
Walaupun Afam seorang Hero, tetapi dia seorang perokok tegar dan tidak mendirikan solat. Tapi atas berkat kesabaran dan doa Husna, Pak Arbi, Mr Umayer, Makcik Amirah dan lain-lain, Afam akhirnya berubah menjadi hero yang sebenar-benar hero, yang membawa manusia kepada cahaya kebenaran :)

Ohye, saya sangat teruja bila membaca dalam novel ni ada Kotaraya Angsana – sebuah Bandar Islam, Tower of Imaan, Plaza Taqwaa – shopping mall, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dibina mengikut landasan Islam. Best! 

Hero; complete. Aksi, Cinta, Komedi dan Hikmah. Semuanya ada. Semuanya cukup. Padat! Ohseemmm! Bacalah, tak rugi =) 


Fi Amanillah ^__^

sumber

PS;  "Akhirnya, saya hendak memberitahu bahawa saya sudah tidak merokok. Allah marah. Sekian."

Tuesday, November 15, 2011

A Lecture - Yasmin Mogahed



[Semua ni apa yang saya dapat dari lecture Yasmin Mogahed. Watch it if you want to know more. May this will benefit us, inshaAllah.]

Kadang-kadang kita plan sesuatu dan kita rasakan planning tu paling best dan terbaik untuk kita, tapi sepatutnya kita tahu bahawasanya Allah tu sebaik-baik perancang.

And they planned, and Allah also planned. And Allah is the best of planners. ~Quran. Surah ali-'Imran [3;54]

Bila kita minta sesuatu dari Allah dan kita nak sangat-sangat benda tu walaupun kita tau sebenarnya susah nak dapat, percaya lah kat Allah. Just put our hopes and believes in Allah. Allah kan Maha Berkuasa atas segala-galanya.

:’)




Pernah tak dalam hidup kita, kita rasa yang kita tak boleh sangat-sangat nak keluar dari sesuatu masalah? Pernah tak? Pernah tak? Pernah taaaak?

Pernah, kan?

Biasa la kita manusia. Ada ups and downs. So Allah soothes us with these verses.

..Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ~Quran. Surah al-Talaq. [65;2-3]

See? *dari arah yang tak disangka-sangka* Subhanallah~


Bila kita ada masalah dan rasa sedih, it is okay to feel sad. Tak salah pun. Bukannya bila kita sedih tu maksudnya kita tak sabar ke apa. Kita kan manusia biasa dan ada perasaan. Tak selalunya kuat. Tapi perasaan sedih tu sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Make the sadness drives you to Allah. Use the sadness makes you cries to Allah.


Bila Allah bagi kita ujian, kesakitan, kesusahan, itu maksudnya Allah nak kita ubahkan sesuatu.

Contohnye macam ni. Bila kita letak tangan kat api, kita mesti nak alihkan tangan kita dari api kan? Maksudnya kita nak ubah posisi tangan kita supaya tangan tak terbakar. Sama la jugak bila Allah bagi kita ujian. It shows that He wants us to change something in ourselves. Mungkin dengan ujian tu boleh ubah kita ke arah kebaikan. Mungkin dengan ujian yang Allah bagi tu mendekatkan kita kat Allah. Who knows?



Awak tahu ke?

Tuesday, November 8, 2011

Sejernih Sinar Matamu



Mula-mula dapat tau pasal Prof Dr Muhaya ni daripada kakak. Dia  yang selalu dengar Dr Muhaya kat Ikim fm tiap-tiap hari Rabu pukul 10 pagi. Dan masa dengar Dr Muhaya di radio, mashaAllah, sangat ohsemmm =D



Ahad lepas berpeluang tengok Dr Muhaya kat tv3, alhamdulillah. Sambil basuh pinggan kat dapur pun bolehhh :p

Ok, ni serba sikit apa yang saya dapat daripada rancangan Sejernih Sinar Matamu. Hopefully this can benefit us, inshaAllah :)


- Kehidupan ialah hasil daripada pilihan yang dibuat. 

- Orang yang beriman pasti diuji. 

- Jangan kejar cita-cita, kejarlah makna yang memberi manfaat sebab cita-cita tu pandangan manusia, makna itu pula pandangan Allah. 

- Bila kita kejar Allah dan akhirat, dunia pasti datang. Kalau kita kejar redha Allah, penghargaan manusia tentu datang. Tetapi bila cari penghargaan manusia, redha Allah belum tentu kita dapat. [redha Allah tu lagi penting daripada pandangan manusia] 

- Guru yang hebat memberi inspirasi. 

- Mengajar sesuatu bukan nak tunjuk pandai tapi nak memberi manfaat kepada pelajar. 

- Jangkakan yang baik sahaja kerana firman Allah; Aku seperti sangkaan hamba-Ku. 

- Hidayah milik eksklusif Allah. Kita perlu minta hidayah daripada Allah. 

- Pergaulan dan cara hidup, penentu masa depan akhirat. 

- Hobi yang tidak mendekatkan diri dengan Allah, begitu sia-sia. 

- Salah satu ciri orang yang mengasihi Allah dan dikasihi Allah ialah tidak takut pada cemuhan orang dalam melakukan kebaikan. Jadilah kita bebas daripada penghargaan manusia, carilah hanya redha Allah. 

- Kalau kita bersandar pada tiang, kita akan takut tiang itu jatuh. Tapi bila bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada. 


Kat dalam rancangan ni juga ada diceritakan tentang kehilangan anak bongsu Dr Muhaya masa tahun 2000 dan Dr Muhaya sendiri yang drive bawak anak dia pegi hospital. Bayangkan la anak sendiri meninggal depan mata lepas tu gagah lagi driving. Allah~ 

Dan yang pasti Allah nak bagi kekuatan dia untuk hadapi dugaan waktu tu :')

Dr Muhaya ni sangat positif orangnye dan sangat-sangat menekankan kita untuk dapatkan redha Allah, instead of fikirkan pandangan dan pujian orang. Indeed, benda tu memang penting pun, kan?

Tuntasnya, marilah berfikiran positif dan dapatkan redha Allah :)

Ohye, kat sini ada lagi satu perkongsian daripada Dr Muhaya dan sini pulak download link Sejernih Sinar Matamu. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua =)


Fi Amanillah ^__^

Thursday, November 3, 2011

Love Letters #3 Rabbi zidni 'Ilma

Masjid Negeri Pulau Pinang, Air Hitam.



Bumi Allah ni luas.
Dan Ilmu tu ada kat mana-mana.
Untuk semua orang.
Untuk orang yang nak mencari.





...dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". ~ Quran. Surah Taha [20;114]



Fi Amanillah ^__^