Saturday, September 20, 2014

The Bidadari

Bismillah.

Bila melihatkan bahagian blog archive di sebelah kanan blog ini, baru sedar yang betapa sudah lama tidak menulis di sini. Jujur, zaman belajar tersangatlah tidak sama bila dah berkerjaya.




30 dan 31 Ogos lepas sempat join The Bidadari di PICC. Dan seperti biasa, ringkasan cacatan sepanjang program akan dikongsikan di sini. Mungkin ada kekurangan here and there, maka maaf dipinta dari awalnya. Tulisan ini untuk diri sendiri terutamanya. Moga nanti boleh diulang-baca untuk rujukan, diingat dan terzahir melalui amalan. InshaAllah.


SRIKANDI DI SISI RASULULLAH S.A.W – Ustazah Ummi Rose

Slot pertama bersama Ummi Rose – pengasas Raudhatus Sakinah. Slot ni banyaknya Ummi Rose berkongsi tentang cerita-cerita serikandi tersohor dalam sirah seperti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Fatimah binti Asad r.a, Umm Haram binti Milhan, Nusaibah binti Ka’ab dan lain-lain.

A woman admired or idealized for her courages, outstanding achievements or noble qualities.



Sambil bercerita tentang serikandi-serikandi ini, Ummi Rose ada juga menyelitkan tentang pengalaman Ummi ketika mengendalikan anak-anak di Raudhatus Sakinah, sebuah institusi yang diwujudkan untuk memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang terlibat dengan gejala sosial.

Dan apabila bercakap tentang remaja ini, mungkin ada yang memandang serong. Malah ada juga suara-suara ‘sumbang’ yang memperkecilkan usaha Ummi serta rakan-rakan yang lainnya. Perkara biasa, kadang benda baik yang kita nak lakukan banyak cabaran dan dugaan. (bukan kadang-kadang, tapi selalunya begitulah huuu T_T)

Begitu banyak sebenarnya kualiti dan sifat serikandi-serikandi ini yang boleh kita contohi. Dan apa yang sahabiah ada tapi tidak pada kita? Jom muhasabah diri balik.

Total ketaatan kepada Allah dan Rasul.
Berani berhadapan dengan musuh.
Sentiasa mempertahankan diri dan maruah agama.
Menahan sabar dalam menghadapi kesakitan, kesusahan dan ditimpa musibah.
Menahan sabar dalam menerima nikmat dan kesenangan.
Ithar – mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain.
Sentiasa memohon doa yang lebih baik.

Boleh ke kita ni nak jadi serikandi? Kerana merasakan diri ini terlalu kerdil dan sangat jauh lagi perjalanan untuk memperbaiki diri. Perlu ada matlamat jelas tujuan kita di dunia ini. Perlu tahu mana yang lebih penting – dunia atau akhirat? Perlu yakin dengan Allah dalam setiap perkara.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, SERTA melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
~ Surah ali-ImraN [3;104]

Bina keluarga yang anak-anak kita nanti pilih syurga untuk kita.



MERDEKA : KEMERDEKAAN SEBENAR SEORANG MUSLIMAH – Prof Muhaya






Bagaimana mahu hidup dalam ketenangan pada setiap masa?
(How to live your life at every moment with calmness?)
Jadi pemerhati pada diri sendiri. Hargai orang di sekeliling, gunakan mata hati.
Rasa bahagia bila duduk sorang-sorang. Bila tak suka orang, tak akan suka duduk dengan orang tu. Tapi bila kita tak suka duduk sorang-sorang, itu maknanya tak suka diri sendiri.
Sentiasa lakukan refleksi diri.

Seperti yang diketahui, Prof Muhaya sangat terkenal dengan aura positifnya. Prof selalu ingatkan kita untuk buat baik supaya kita juga boleh lakukan kebaikan pada orang lain.

Kebebasan yang utama adalah kebebasan daripada makhluk. Orang yang tidak bebas sangat fokus untuk dapatkan perhatian manusia sedangkan orang yang bebas adalah yang dapat membebaskan diri daripada penghargaan manusia dan hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.


Satu pesan Prof Muhaya kepada peserta yang masih belum berkahwin (err is that me? :p) perlu tulis segala ciri-ciri orang yang ingin kita kahwini dan kemudian bandingkan dengan diri sendiri. Mana-mana sifat yang tak ada dalam diri kita bolehlah diperbaiki. Apa anda ingat akan dapat pasangan yang soleh/solehah jika diri sendiri masih melakukan perkara lagha? **krik krikk*

Dalam hidup, kita dapat apa yang kita jangkakan. Fikir baik, rasa baik, buat baik dan kemudian inshaAllah akan dapat kebaikan. Dan apabila kita ada masalah (baca : ujian) tambah lagi rasa kesyukuran. Count our blessings that He already grant us.

Your thinking and your emotions today will create your future. So choose well your emotions.



KHABAR GEMBIRA BUAT WANITA PENGHUNI SYURGA – Dr Harlina Siraj


Belajar ilmu ada tiga tingkatan.
Pertama : barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.
Kedua : barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu’.
Ketiga : barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasa bahawa dia tidak tahu apa-apa.

Pesan Dr Har, wanita penghuni syurga tidak berenggang dengan al-Quran. Selalulah perdamping dengan al-Quran. Selalu orang pesan (and I read in hlovate’s novel too) kalau kita rasa sedih dan nak dengar Allah tengah bercakap dengan kita, baca Quran (and of course with the translations too la kan). Dan kalau kita rasa nak bercakap dengan Allah, solat dan doa.

Bukan setakat tu je, Quran kan GPS kita untuk hidup di dunia ni. Atau mungkin juga WAZE. Hoho =D Sebab setiap apa yang ada dalam Quran tersangatlah berguna untuk kita.


Untuk masuk syurga perlu jadi orang yang beriman [an-Nahl : 97], perlu menjadi hamba kepada Allah [adz-Dzariyat : 56], perlu menjadi khalifah di muka bumi ini [al-An’am : 95]

See? Semua memang dah lengkap dalam Quran. Cuma kita (saya lah tu) yang sangat leka. Nastaghfirullah.


BAGAIMANA KEKAL PRODUKTIF SEBAGAI ISTERI, IBU DAN WANITA BEKERJAYA – Dr. Rubiah K. Hamzah

Ok slot ni memang banyak kelakar ye. Tak pernah tengok Dr Rubiah secara live, waktu ni baru tahu yang Dr kelakar orangnya hee =D Selingan supaya kitorang tak mengantuk la agaknya sebab slot waktu petang memang mengundang zzzz

Tengok tentatif program, tajuk ni antara yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Emm emm sebabnya kan, (ini pandangan saya yang kerdil, subjektif ok!) merasakan untuk mendidik anak-anak di zaman ini sangat mencabar. Maka jika masih bekerjaya walau setelah berkeluarga, adalah sangat mencabar dan saya rasa sangat kagum pada wanita berkeluarga dan bekerjaya. Tapi sebenarnya untuk melakukan semua itu tidak mustahil, kan?

Slot ini Dr Rubiah bincangkan tentang tokoh Khadijah binti Khuwailid. Dalam diri Khadijah terdapat kekuatan spiritual dan kejernihan cinta. Beliau sentiasa dan selamanya beriman kepada Allah serta meyakini kebesaran risalah Rasulullah s.a.w.

Untuk kekal produktif, kita perlu bangunkan bahagia dalam diri untuk bahagiakan suami dan anak-anak, mampu menyumbang untuk keluarga, masyarakat, syarikat dan negara, mampu mengikut arus tetapi masih kekal di jalan syariat Allah serta mampu memberi nasihat, pelindung dan kasih sayang kepada keluarga, suami dan anak-anak.


KEJITUAN AQIDAH, KELUASAN FIQH, KELEMBUTAN AKHLAK – Prof Madya Dr Syarifah Hayati




(My favorite speaker please. Dari zaman sekolah dulu sebab tengok dia di Forum Perdana Hal Ehwal Islam =D)

Ciri-ciri wanita solehah
Muslim
Mukmin
Taat
Benar
Sabar
Merendah diri kepada Allah / khusyu’
Bersedekah
Berpuasa
Memelihara kehormatan
Menyebut nama Allah banyak-banyak

Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


Kejituan aqidah didasari oleh kesyukuran rahmat iman, keyakinan kekuasaan Allah yang boleh memberi atau melupuskan nikmat dan keikhlasan beramal menuntut syara’.

Orang yang kuat adalah orang yang tahan apabila diuji.

Ibnu Abbas mengingatkan;
Apa-apa kebaikan yang kita nak lakukan segerakanlah, anggaplah segalanya adalah kecil, walau berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, rasakanlah ianya sedikit. Supaya kita menambah lagi kebaikan itu.


Slot malam tu mula dimulakan dengan slot Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki. Slot ini sebenarnya banyak tentang poligami. Dan satu pesan ustazah tentang poligami adalah niat dan hala tuju poligami itu sendiri. Adakah ia akan menambah lagi taqwa atau sebaliknya?

Walau ke mana kita pergi, suka atau tidak, kita adalah hamba kepada Allah.



MATLAMAT UNTUK ANAK-ANAK MENGKHATAM, MENGHAFAZ ATAU MENGHAYATI AL-QURAN – Ustazah Fatimah Syarha


Sebenarnya, saya sangat kagum melihat Ustazah mendidik anak-anak beliau yang dipanggil ulama’ kecil. Merasakan bahawa setiap ibu perlu menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak. Maka persediaannya harus dimulain dari sekarang yukkk!

Tarbiyah itu jalannya panjang. Jangan harapkan hari ini ajar anak sesuatu, esok dia akan dapat.



Al-Quran perlu dijadikan matlamat paling utama. Kalau menghantar anak ke kelas Quran tetapi pada waktu sama ibubapa lebih mementingkan hal-hal dunia, tiada gunanya. Perlu menyebut perkara-perkara positif di depan anak-anak walaupun anak buat nakal.
  
Wanita perlu bermatlamat untuk melahirkan generasi hebat.



Tamat program untuk hari pertama. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan semuanya - peneman sepanjang hari tu baru dua kali bersua, tapi terasa macam dah lama benar kenal. Allah memang dah satukan kita dalam doa agaknya, ya?



Moga Allah redha semuanya.

Thursday, August 14, 2014

Ujian.

Sedangkan Muhammad kekasih Allah pun diuji, inikan kita cuma hamba Dia. Hidup memang takkan sunyi dari diuji.

Sebab, hidup ini memang ujian.


' Hidup di dunia ini cuma modal untuk hidup di akhirat. Itulah hakikat hidup, ia satu perjuangan menempuh jalan pulang. Jika sesekali terasa lemah melangkah, renungilah alam. Insha Allah kita akan dapat belajar hidup daripada hidup-hidupan. '

- Ustaz Pahrol ( Di Mana DIA di Hatiku? )

Monday, March 24, 2014

Mimpi dan Doa

http://distilleryimage6.ak.instagram.com/20170114342c11e3b6c622000a1f92d1_7.jpg
As usual, langit Ilahi tak pernah menghampakan. Pandang langit -- ini kegemaran saya :)








 So many things happen lately. And so many things to ponder upon deeply. 

Sebab setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita. Yes, no? And to think of every single thing that happened, rasa macam kasih sayang Allah tu berlimpah ruah setiap hari.



Tuhan,

Tak pernah leka dari mendengar doa-doa mimpi-mimpi kita.

Dan atas setiap doa yang Tuhan kabulkan,

Pandang langit, senyum.





Haza min fadhli Rabbi ^^;








Keep playing this song for I-dont-know-how-many times mihmihmihs ;p