Wednesday, August 10, 2016

Jalan Yang Lurus

Penang, 2009




Hari ini pulang dari tempat kerja seperti biasa, melalui jalan yang biasa. Tapi bila lalu di satu jalan ni, ada kereta di depan dengan kelajuan statik 60km/j, maksudnya tiada pecutan di situ. Layan je ikut belakang sebab dah tak boleh nak potong.

Tapi bila tiba satu simpang, kereta yang di depan tadi pun masuk ke jalan lain. Maka tiadalah lagi kenderaan di depan dan saya bolehlah memandu dengan senang-lenang di atas jalan raya.

Sebenarnya nak cakap, walau ada waktu-waktu kita terasa seperti ada beban di bahu, atau mungkin ada masa-masa kita rasa ujian sangat berat di depan, tetaplah berjalan. Jangan berhenti melangkah. Pasti di depan ada kegembiraan yang menanti.

Perjalanan kita masih jauh. Setiap langkah kaki kita akan mendekatkan kita. Jangan berhenti.
- Kurniawan Gunadi


Cant believe its already 10 August. Time flies too fast. Moga Allah sentiasa memandu setiap langkah kita.

Monday, June 6, 2016

Faith


Ada banyak hal yang kita rancang-rancangkan. Ada banyak hal yang kita impi-impikan. Ada terlalu banyak hal yang kita harap-harapkan.

Tapi tak semua berlaku atas impian dan rancangan kita. Allah yang menentukan, dan ketentuan Allah itulah yang terbaik buat kita.

Kukira yang memperjuangkan akan selalu mendapatkan apa yang diperjuangkan, ternyata hukumnya tidak demikian. Agar setiap orang tidak lupa bahawa urusan hasil adalah kuasa Tuhan. Dan aku menjadi mengerti.
- Kurniawan Gunadi




Ramadhan Kareem buat semua. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Saat berbuka, ada doa yang tak tertolak dan tak tersia, maka perbanyakkan berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Sunday, April 3, 2016

Hilang





Sudah terlalu lama tak menulis seperti dulu. Rindu.


Tak hilang, ada. Cuma kadang rasa takut untuk meluahkan segala sebab manusia selalu diuji dengan apa yang diperkatakan. Semoga amal sentiasa laju ke depan mendahului kata-kata. Dan semoga, Dia masih menjadi yang pertama.




April. Masih perlu belajar banyak hal.