Monday, September 12, 2011

Pasti.




picture by deviantart


Telah bermula langkah untuk bertemu Pencipta Yang Maha Agung. 


Kan Allah dah kata, mati itu pasti. PASTI. Dan siapa kita untuk mempersoalkan ketetapan yang Allah dah tentukan? 

Malam ni seorang lagi hamba dah pergi bertemu Tuhannya. Seorang yang saya pernah kenal. Walau mungkin tak lah serapat mana. Tapi sebab kita pernah satu sekolah dulu, dan pernah merancang nak buat reunion untuk ex-SK Jasin 1997-2002. Allah lebih sayangkan dia, kan?

Moga-moga Allah permudahkan urusan dia di Sana kelak. Dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Allahumma ameen. 




Moga, moga dan semoga pemergiannya ini memberikan pengajaran untuk kita yang masih hidup. 


Sunday, September 11, 2011

bon voyage





Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


Seingat saya waktu nak percubaan SPM, datang-datang je tengok meja kat tempat sendiri dah takde. Takut la jugak,kot lepas tu nak kena pegi cari meja lain la pulak. Sebab pagi tu dah ada exam. Cuak tahap. 

Rupa-rupanya ada hamba-hamba Allah yang letakkan meja saya kat luar dewan sebab diorang nak kena kan saya. Ceh, sampai hati. Lepas tu angkat la meja tu sorang-sorang. Diorang nak kena kan saya, sebab hari tu birthday saya hehe. Ingat tau sampai sekarang, inshaAllah tak lupa. 

Dan salah satu dari ‘pembuli’ tu saya kenalkan sebagai S =D (Taktau kenapa kenangan ini yang diingat, mungkin sebab waktu SPM kitorang duduk dekat-dekat je.)



Waktu saya di matrik dulu, ada je dugaan-dugaan yang datang. Sampai rasa diri tu lemah sangat, tak boleh nak hadap lagi dah. Dan sampai rasa macam nak quit dari matrik. Tapi Alhamdulillah, Allah tu baik sangat-sangat! Dia cekal kan juga saya kat sana. Dan waktu dugaan tu menimpa, Dia datangkan orang-orang yang dapat memberi semangat pada saya. 

And one of them is H. Thank you so much sebab awak dah dengar saya mengadu macam-macam :’) 


Kenapa mesti tulis satu entri untuk S dan H? Heh mesti la! Sebab diorang ni nak fly ke Jordan esok inshaAllah. 

Untuk kalian berdua, *you-knew-who-you-are* ;

Tahniah! Moga dipermudahkan perjalanan nak menuntut ilmu di sana dan semoga sentiasa dalam lindunganNya. InshaAllah saya iring doa untuk awak berdua dari bumi Malaysia ni ye. Jaga diri baik-baik dekat negara orang tu. Kitorang, yang awak berdua tinggalkan kat Malaysia ni akan selalu rindukan korang.


Terima kasih untuk kenangan berhari raya dan ber’shopping’ haritu hehe. Ouh, saya sayang sangat kat awak berdua ;) 


Friday, September 9, 2011

this is not easy



'Growing up'
picture by deviantart


Kalau dulu masa kecik-kecik, ada orang lain yang tolong buatkan macam-macam untuk kita. Kita cuma ikut je. Tak payah susah-susah nak fikir pasal macam-macam benda. Rasa macam boleh bersuka-ria setiap masa. Yela, takde masalah nak kena fikir. Menangis setakat sebab tak dapat mainan, gula-gula, aiskrim, kena marah etc. Itu pun sekejap je lepas tu dah ok balik. 

Bila dah besar, bukan macam tu lagi.

Sebab bila kita makin besar, kita makin faham erti hidup dan makin banyak yang kita tahu. Kalau ada apa-apa masalah dah boleh faham dan kena selesaikan sendiri. Bila nak buat keputusan, orang lain cuma boleh bagi guidance je dan keputusan terletak di tangan sendiri. Bila ada masalah hadap la sendiri lepas tu menangis la sorang-sorang =.= Oh tapi jangan risau, kita boleh mengadu kat Allah because He's listening. Allah Maha Mendengar =)

Growing up and learning ain't easy.

Senang cakap, berdiri atas kaki sendiri. Semua nak kena buat sendiri.




*Macam packing barang nak balik U ni haaa~*