Tapi untuk makan kek juga! Hehe
Hakikatnya bukan senang nak mengejar impian, kan? Bukan senang nak capai apa yang kita nak. Banyak benda yang kita kena korbankan. Banyak benda yang harus diharungi.
Kalau orang yang suka dengan photography, kena beli kamera/DSLR. Lepas tu kena pergi kelas photography, selalu outing nak shoot gambar yang cun, bergaul dengan orang yang dah pro dalam bidang photography, etc.
Macam saya yang suka baking ni, bukan boleh suka-suka guna resepi itu ini tanpa kemahiran dan pengetahuan yang betul. Silap guna bahan, lain jadinye. Silap teknik, hancur weh! Maka perlu lah ke kelas memasak dan beli peralatan yang cukup.
Apa awak ingat senang nak bake ni? Dok dapur tu pun rasa macam nak beli lagi satu oven besauu so that boleh bakar kek, cookies, cupcakes, cheese tart banyak-banyak dalam tu. Hiperbola sungguh!
Bila nak buat sesuatu tu, ada je halangan, dugaan dan cabaran. Tapi tu semua Allah nak uji, nak tengok kesungguhan kita macam mana. Sejauh mana kita boleh lalui.
Takpe, yang penting ada kesungguhan untuk buat apa yang kita suka.
Ada yang jadi engineer, doctor, lecturer dan lain-lain. Ada pulak yang suka photography, suka menulis buku, main alat muzik, menyanyi. Setiap orang Allah kurniakan kelebihan masing-masing. Takde orang yang takde kelebihan. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Cuma cara kita nak gunakan kelebihan yang Allah bagi dengan sebaik-baiknya.
Teringat pesanan dalam booklet yang dapat masa pergi konsert Maher Zain haritu ;
I believe that each and everyone of us is born with something that he or she is especially good at. Our responsibility is first to RECOGNIZE that special gift. I believe Allah gave me a gift of loving music. We should never belittle ourselves or our talent. We just need to find that talent, develop it and use it for the good of our society, use it in a way that pleases Allah.
Macam dah panjang sangat intro, sebenarnya nak cerita pasal novel ni hehe~
Aku, pekan kecil dan skateboarding. |
Ini novel indie. Takkan dapat kalau awak cari di Popular ye. Cerita pasal skater di pekan kecil; Pitri al-Fateh Zainon. Macam mana dia boleh terjebak dengan skateboarding, buat mini ramp sendiri, ‘tabung 20 sen’ yang dia buat untuk beli deck dan macam-macam lagi.
Even dia dapat macam-macam dugaan untuk main skate, tapi dia harung je sebab tu dah memang asam garam kehidupan. Takkan senang nak dapat apa yang kita nak.
Dan satu benda yang saya suka bila baca cerita penulis ni ialah, apa pun yang kita minat nak buat, nasihat dan teguran mak ayah jangan dipandang sebelah mata. Sebab kita tak mahu jadi anak yang derhaka.
Redha Allah kan bergantung pada redha kedua ibu bapa =)
Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Jangan berlakon sewaktu bermain bola ==”
PS; happy belated birthday, NFR! sanah helwah izzati hashim! moga Allah sentiasa melindungi kalian =)
PS; congratulations to yana, mirra zac, teha, syed, hanzalah, hazirah, sarah, dan kawan-kawan lain yang dah konvo! =D
PS; 1 days remain till Ramadan 1432H, inshaAllah. #RamadanCountdown
Fi Amanillah ^___^ Tweet
5 comments:
ta suke bola . mencederakan manusia . skate tu pun.. mainlah congkak . <3
#aku, pekan sederhana dan si congkak .
nak wat tabung 2 posen beli congkak . besar.. punya .
@Shafika Syuhada Rosli
main congkak tak keluar peluh.
main masak-masak boleh la jugak keluar peluh
:p
akan ku tunggu 'aku, pekan sederhana dan si congkak'
nak buat tabung 2 posen jugak, beli oven besauuuu punya
huhu. syahdu je tgk tajuk buku itu. ^^,
mungkin zaman penceritaan dalam buku itu ketika kebangkitan kembali kegemilangan skateboard scene kat malaysia. :)
huhu..tabung 20posen? i waiting almost 1year to get 3rd hand skateboard + 3rd skate shoes. wuhuhu :')
thanks kerana prihatin dgn tajuknya, tp apapun yg kita buat unsur-unsur kenangan akan terselit jua, ditambah dgn humor yg tak seberapa harap2 dpt memberi sesuatu pd semua..
@pitri al-fateh zainon
tiap-tiap hari yang kita lalui mesti akan ada kenangan, kenangan yang seronok untuk dikenang mahupun yang tidak.
inshaAllah, moga pembaca lain juga dapat 'sesuatu' dari novel ni.
terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. teruskan menulis!
=)
Post a Comment