Bismillah walhamdulillah.
Maka tibalah hari kedua untuk
Konvensyen Nikah Itu Cinta. Semangat hari pertama masih ada :D
AKU TERIMA NIKAHNYA – Ustaz Syed
Mohd Norhisyam al-Idrus
Kata-kata hukama’
Anak dididik 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan. Kerana didikan anak berkait rapat dengan didikan ibu bapa.
Ataupun kata lainnya;
Parenting starts before marriage and the first child you’ll raise is yourself.
Macam mana tu? Ok kalau masa
single pun diri tak terurus, bolehkah kita menguruskan pasangan atau
rumahtangga selepas kahwin nanti? Dan kalau diri sendiri tak terurus sebelum
kahwin, what do you expect from your spouse? Pasangan yang baik dan pandai
mengurus diri? Kan Allah dah janji lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang
baik. Tepuk dada tanya iman.
Perkahwinan Rasulullah s.a.w
merupakan TRUE LOVE kerana ia berasaskan Iman dan kekal walaupun setelah
ketiadaan Saidatina Khadijah
Faktor-faktor Kebahagiaan
Komunikasi yang berjaya.
Cuba memahami pasangan—proses
taaruf berpanjangan. Jangan ingat bila kita dah kahwin, kita dah cukup kenal
dengan pasangan kita.
Menerima pasangan seadanya dan
berusaha memperbaiki kekurangan.
Fahami perkembangan anak-anak dan
layan anak-anak.
Perancangan kewangan.
Budaya menuntut ilmu dalam
keluarga.
Restu ibubapa sangat besar
kesannya dalam kehidupan rumahtangga.
MENANTU TERBAIK ADUNAN SUNNAH –
Ustaz Zamri
Perkahwinan bukan setakat saya
dan awak, ana wa anta, I and you, tapi perkahwinan melibatkan the whole family.
Maka perlu ada taktik dan usaha untuk memahami keluarga baru kita.
Okay mari kita belajar matematik
di sini ye anak-anak
(I + K)S = ?Di manaI = IlmuK = KemahiranS = SikapKatakan I=7, K=10 dan S=2Maka (I + K)S = 34Katakan I=3, K=5 dan S=9Maka (I + K)S = 72
Nampak tak perkiraanya di situ? Bila
ilmu dan kemahiran tinggi tapi sikap kurang, hasilnye takde la mantap sangat.
Tapi bila sikap tinggi walau tak banyak ilmu dan kemahiran, hasilnya lebih
berkualiti daripada yang awal. Tuntasnya, sikap yang baik sangat penting
IMAM BACA SEDAP, MAKMUK KHUSYU’ –
Heliza Helmi, Imam Muda Asyraf, Ustazah Norlaila
Slot santai dan penat gelak sebab
Heliza dengan IM Asyraf buat lawak je. Satu soalan dari Heliza kepada Ustazah
Norlaila, macam mana nak dapatkan anak yang soleh, solehah, cerdik, pandai, comel,
comeyngaaa
Jawab ustazah, lelaki harus jaga
diri sebaik-baiknya. Wanita pula perlu jaga rahim sebaik-baiknya supaya anak
yang dikandung nanti adalah anak yang soleh, solehah, cerdik dan yang baik-baik
belaka. Nampak tak yang pembentukan anak-anak tu sememangnya kena mula dengan
diri kita dulu. Jangan tunggu dah beranak baru nak perbaiki diri.
Pesan IM Asyraf, istikharah bukan
terletak pada mimpi. Solat istikharah tapi dok sibuk nak tunggu mimpi tak
kunjung tiba. Mimpi bukan jawapannya. Tapi istikharah terletak pada ketenangan
dan kemudahan urusan selepas melakukan solat istikharah.
TA’DIB, TA’LIM, TARBIAH &
IRSHAD ADALAH TANGGUNGJAWAB IBUBAPA – Ustaz Izhar Ariff
Semua orang yang nak kahwin bukan
kena fikir keseronokan berkahwin je. Tapi perlu juga memikirkan kehidupan
selepas kahwin which is much more challenging. Tanggungjawab bukan setakat
untuk diri sendiri je, tapi juga untuk pasangan dan anak-anak.
Dalam slot ni ustaz ada berkongsi
cara dia didik anak-anak. Macam yang kita tahu, children will tend to follow
apa yang orang sekeliling dia buat. Tak kisah la kawan-kawan di sekolah mahupun
famili di rumah. Environment sangat memainkan peranan penting.
Jadi kalau nak anak-anak buat
benda baik, ibubapa dulu kena buat. Kalau beria suruh anak solat awal waktu
tapi diri sendiri pun liat solat awal, nanti anak tu akan persoalkan “kenapa
mummy solat lambat?” haa sila sentap di situ.
Ustaz ada cerita yang anak
perempuan sulung berusia 8 tahun ada mintak papa dia belikan stongan (stokin
tangan) dan baju yang labuh je. Pernah sekali ustaz belikan dia baju yang tak
berapa nak labuh sangat. Tapi beria anak perempuan ustaz taknak pakai sambil
cakap “papa, kakak taknak pakai baju tu sebab pendek. Kakak nak baju yang labuh-labuh
je”
Boleh agak kenapa anak ustaz
macam tu, sebab didikan ustaz dan isteri bermula dari rumah. Bukan harapkan
ustaz ustazah di sekolah yang didik anak.
Didikan Cara Nabi s.a.w
Berkomunikasi dengan lemah lembut.
Bergurau dengan anak-anak.
Selalu beri motivasi, memuji,
setiasa positif.
Pemakanan gaya Nabi Muhammad
s.a.w
MALAM NUR KASIH – Inteam Reunion
Slot terakhir untuk konvensyen
kali ni. Kali terakhir dengar dan tonton InTeam buat persembahan masa tahun
2011 untuk Konsert Maher Zain di Shah Alam. Masa tu pun ada Suhaimi dan Hisham
pun ada jugak, so bila ada diorang banyak la lagu masa memula InTeam keluar
dulu.
Alhamdulillah, dapat tunggu
sampai ke akhir slot malam tu sebab kalau nak diikutkan ramai dah balik. Alhamdulillah
thumma alhamdulillah. Allah izinkan lagi nak menimba ilmu, mengingat balik
tujuan penciptaan kita di dunia ni. Sebab manusia sifatnya pelupa dan untuk
mengingatkan balik, selalulah berdamping dengan majlis ilmu. Walau sekarang ni
masa dah limited, tak macam masa study dulu, kena pandai grab peluang yang ada.
Semoga kita semua dikurniakan
belahan jiwa yang soleh/solehah. Ameen :)
InshaAllah next event; Twins of Faith on this coming December.
Tweet
0 comments:
Post a Comment