Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

kek coklat lembab kukus

Salam.

ini entri khas untuk Cik Puan Noor Shafika Syuhada bintun Rosli aka Cik Peeka. sebab dia yang mintak resipi ni heheh.

*tak ingat la resepi ni ambik kat mana. 

Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / minyak jagung
1/2 cawan susu manis
1 2/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara-caranya :
mulakan dengan bismillah ye cik-cik sekalian :)

-campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. (saye mix kan dulu kejap guna mixer. pastu baru masak atas api) tutupkan api dan biarkan suam.

haa jangan bagi ketul-ketul camtu. bia dia larut betul-betul.


-disebabkan kita guna kaedah mengukus, maka cik-cik sekalian jangan lupa panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. macam ni ha ye~

- ayak tepung, soda bicarbonate dan baking powder bersama-sama

-pukul telur hingga kembang dalam mangkuk yang besar. kemudian cik-cik tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan. (gunakan mixer yang tadi ye, bukan pukul guna penukul. hehe)

kalau rasa mangkuk tak cukup besar, gunalah besen mangkuk yang lebih besar hehe

-masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup dan balik menggunakan senduk hingga sebati. tapi saye guna mixer je. hehe

-tuang ke dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak di bahagian dasar dan tepinya. acuan tersebut jugak dialas dengan kertas minyak. tapi saye guna kertas surih. kalau kat kedai ada je jual kertas alas kek.

-kukus selama 1 jam 15 minit atau 1 jam 30 minit atau sehingga masak. kalau nak tahu kek tu dah masak ke belum, kek tak melekat kalau kita cucuk dengan lidi atau pisau. penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih untuk mengelakkan wap menitik di atas kek. macam ni ye~
 

takpun tutup acuan menggunakan aluminium foil. macam ni ye cik-cik sekalian.

okay dah siap. sila basuh barang-barang yang telah digunakan terlebih dahulu. lepastu baru makan. kebersihan itu kan sebahagian daripada iman. hee~

okay selamat makan!

eh alaa gambar kek takde pulak sebab dah selamat masuk mulut. hehe. ampun~~

Monday, November 23, 2009

kek lapis asam haw flakes

Salam 'Alayk.

heh, cun tak title kat atas tuh? tetibe balik ni kan, aku dan kakak membuat kek. eh eh. bukan tiba-tiba lah. memang dari kepulangan aku ke rumah yang sebelum ni pon kakak aku ada bagitahu, nak buat kek lapis tu. tapi, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka kami tak buat pon. [heh aku pon tatau ape sebabnye tu]

since kek ini menjadi, jadi sekarang aku mahu share-kongsi dengan kau orang semua, resepi membuat kek ini. [ceh ceh] ape lagi? pergi mengambil pen dan kertas untuk di catat laa. [hoi hoi, copy and paste sudahh] ouh. tak perlu ke?? :D

bahan-bahan:



250 gm buttercup
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
7 biji telur (asingkan putih dan kuning)
4 cawan biskut marie (blended-di'blend')
1 camca teh esen vanilla

cara-cara:

1) pukul butter dan gula hingga kembang.

2) masukkan kuning telur, susu pekat dan esen. pukul hingga sebati.


adunan

3) masukkan biskut marie yang telah di-'blend' halus dan gaul rata.


biskut marie yang sudah di-blend


adunan yang telah dicampur dengan biskut marie

4) dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dan gebu. (kalau nak tahu dah kembang ke belum, ia takkan jatuh kalau di terbalikkan)


putih telur yang sudah kembang.

5) masukkan adunan putih telur ke dalam adunan butter tadi dan gaul rata.

6) bahagikan adunan kepada 4 bahagian;
1-letak pewarna hijau
1-letak pewarna merah
1-letak pewarna merah jambu
1-dibiarkan warna original
(boleh diubah mengikut cita rasa anda)



7) masukkan 3-4 sudu adunan berwarna hijau ke dalam acuan dan lapiskan dengan asam dan dikukus lebih kurang 10 minit atau sehingga masak.

8) buat berselang-seli hingga habis adunan.


ni la hasilnya bila da siap. :))







cuba jangan tak cuba ya...

wassalam.