Friday, July 2, 2010

hate and love [aA+bB]

[apesal tulisan ni jadik kecik, aku pon taktau. dah buntu nak tuka nih. ampunn. maaf]


Assalamualaikum.

hate and love. apekebende tu? hee orang dah lama layan hlovate, aku baru la ni nak layan. lantak a. janji layan.

petang semalam aku dah habiskan satu novel tulisan hlovate, aA+bB. kenapa tajuk dia aA+bB? nak tau baca sendiri. haha~

ye aku tau novel ni dah lama publish. tapi disebabkan aku baru je kenal hlovate ni, maka mahapkan aku la yek. hehe~

sebenarnya aritu aku nak carik novel hlovate yang baru; versus. tapi tak jumpa pulak. punya la lama aku dok bertapa kat popular tu sampai mak & kakak aku pun dah bising-bising. jumpa aA+bB ni terus aku rembat.



nak tahu cerita dia pasal apa? meh aku bagitau. [padahal copy paste dari belakang novel jek]

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin


Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.


Addin mengemukakan teorinya begini:


   1.membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
   2.membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak


7 tahun kemudian...


Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya? Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

jalan cerita dia memang best ah, tulisan pun santai dan tak berat sangat pun jalan cerita dia. kelakar tu memang ada aa. kekadang aku pun tergelak sorang-sorang baca buku ni.

Didi suka cakap ; tarappappa
Benji suka cakap ; kartun betul!

ouh! cerita ni pun ada lagu dan lirik jugak. dan yang bestnya, aku pegi cari lagu-lagu tu kat youtube, dengar sambil baca novel. haha kewl tak kewl tak? konon nak dapat feeling aa tu ecewahh~~ meh dengar sekali meh.

Edwin McCain - I'll Be (LIVE) [aku suke neh. haha]

Alison Krauss - When You Say Nothing At All

Nickelback - How You Remind Me

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. [Luqman: 34]

ditakdirkan dalam cerita ni Didi keguguran. huu sedih aa jugak. tapi still jalan cerita dia best aa. jadi pada korang yang tak baca lagi, sila-sila la baca. hee~

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

ini salah satu yang aku dapat dalam cerita ni. [even terjemahan ayat Quran ni takde dalam novel ni] setiap apa yang Allah bagi kat kita, walaupun benda tu kita tak suka, tapi percayalah pasti ada hikmahNya. dan walau apa pun yang berlaku, kita perlu sentiasa positif. dalam novel ni jugak, ada tentang hidup dan belajar untuk jadi dewasa. pendek kata, sila lah baca. hee~
Who says there's nothing more complicated than E=mc^2 ? There's something much more complicated; it's called emotion.


Identifying something unidentified is harder than justifying E=mc^2 equation. Emotion falls under that something.

okay dah habis. maka sila baca okay. hee~
till then,


wassalam.

Monday, June 14, 2010

アタシんちの男子 | Atashinchi no Danshi | More Than Family But Less Than Lovers


Assalamualaikum.

malam tadi aku baru habis tengok satu movie jepun. biasalah, ni kerja-kerja orang yang takde kerja macam aku. tengok movie. walaupun aku bukan selalu layan cerita jepun sebab aku layan korea je, tapi cerita ni seronok, layankan.


aku sarankan korang tengok movie ni sebab dia best. bukan macam cerita-cerita lain yang banyak pasal cintan-cintun ke apa. cerita ni lain dari lain. kenapa lain? sebab tak sama lah.



okay cerita dia macamni. seorang perempuan berumur 20 tahun, Chisato. hidup dia tak tentu arah sebab nak larikan diri dari hutang yang ayah dia tinggalkan kat dia. pastu seorang lelaki, Shinzo datang nak tolong Chisato untuk langsaikan hutang ayah dia tapi dengan syarat, diorang kena kahwin.

sebulan lepas kahwin, Shinzo mati. tapi perjanjian diorang tak habis sampai situ je. Chisato kena duduk kat rumah Shinzo selama tiga bulan dan rapatkan balik enam orang anak angkat Shinzo yang ada macam-macam ragam. kalau Chisato tak buat tu semua, dia kena bayar duit hutang ayah dia. mana nak carik duit? dah la homeless budak nih. nak tak nak kena la jugak ikut perjanjian.

so, macam-macam yang perempuan ni buat untuk rapatkan enam orang beradik angkat ni. semua lelaki pulak tu. yang keras kepala aa, taknak keluar bilik, fobia dengan perempuan. tah apa lah perangai diorang ni.

sedih, kelakar semua ada. tapi mostly cerita ni memang kelakar. dan satu benda yang aku dapat dalam cerita ni, walaupun diorang tujuh orang ni cuma strangers yang duduk dalam satu rumah dan takda blood relations langsung, tapi bila buat something tu sama-sama, diorang boleh jadi satu family yang sangat rapat sampaikan salah sorang daripada diorang takde, rasa sunyi pulak.


oh~~


apa gunanya duduk dalam satu rumah tapi tak bertegur sapa? apa gunanya family tapi tak tolong satu sama lain? ni la yang cuba ditunjukkan dalam movie ni. apa maksud sebenar 'family' tuh.

dah dah pergi tengok sekarang kat sini!!

aku nak tengok cerita korea pulak hee~

daa.

wassalam.

Sunday, April 4, 2010

bisikan cinta


chenta


c i n t a

Assalamualaikum.

jumaat malam sabtu lepas, aku pergi ke USM kampus kejuruteraan (USMKKj) kat Transkrian. kalau di USM induk, ada Bulan Islam dan Kelestarian. tapi di USMKKj ada Minggu Kelestarian Ummah. semuanya berkonsep kan kelestarian. yelah, USM ni lestari jek sume. huhu~

jumaat malam tu, ada konsert bisikan cinta bersama inteam. seronok seronok. excited ah nak pergi petang tu. even kena tunggu bas for an hour, beratur panjang kat jambatan pulau pinang dan hujan, tapi semangat nak pergi tengok inteam tu still ada lagi. alhamdulillah.

sebelum inteam ambil stage, students persatuan silat cekak USMKKj buat persembahan. syok tengok dorang bersilat. best best.

bisikan cinta. semuanya tentang CINTA cinta dan CINTA. cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah saw, cinta pada kedua-dua ayah dan ibu.

satu kata-kata dari saudara Syahril, salah satu ahli kumpulan inteam. lebih kurang macam ni aa bunyik dia;

Islam itu seperti sebuah Istana. cantik dan indah. dibina oleh Rasulullah dan para sahabat 1400 tahun dahulu. orang-orang yang berada di dalam Istana tu sendiri bahagia, gembira. malah, orang-orang di keliling Istana tersebut pun tertarik dengan kecantikannya hinggakan rasa nak masuk ke dalam Istana tu. tapi tu 1400 tahun dulu. semakin lama Istana tu dah jadi seperti sebuah pondok buruk. orang-orang kat dalam tu pun nak keluar dari dalam pondok buruk tu. macam tu lah ibaratnye.


tak sedih ke? renung-renungkan lah wahai diriku ini.. ini peringatan untuk kita bersama. sekadar perkongsian.

nahhh, layan gambar pulak ey~






rahim , syahril , hazamin



sign jangan tak sign .
heheh~



syahril



okeh itu sahaja untuk kali ni. maaf yek gambar tak banyak, ni pun aku amik dari kamera-kamera orang, campo dari camera fon aku. heheh~

till then,

wassalam.

^_~