Showing posts with label ad-deen. Show all posts
Showing posts with label ad-deen. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Cermin.


Mirror mirror..



Bila fikir-fikir balik, cermin tu mungkin orang akan nampak benda yang sangat simple. Kalau ada yang kecik pun dah kira ok sebab boleh tengok muka. Selalunya orang guna untuk tengok muka je, nak make-up, nak tengok tudung senget-benget ke tak, nak tengok brooch ada kat bawah dagu ke kat sebelah pipi. Ahah!

Tapi tahukah anda yang sebenarnya cermin tu sangat penting? Terutamanya untuk perempuan lah kan. Lelaki simple je, takde pulak diorang nak duduk lama-lama depan cermin telek satu-satu pakaian diorang :p

Saya masih ingat apa yang seorang ustazah cakap, waktu tu masih di matrik. Ayat dia lebih kurang macam ni;

"Sepatutnya setiap perempuan/muslimah kena ada cermin besar dalam bilik atau rumah masing-masing. So bila nak keluar rumah boleh lah check mana yang tak kena pada pakaian. Baju tak cukup labuh ke, takpun terlupa pakai stokin, lengan baju panjang ke tak, tudung labuh mana, etc. Takut nanti bila kita keluar rumah, ada syarat-syarat yang kita tak penuhi. Kalau cermin kecik penuh muka je, macam mana kita nak check baju, tudung dan yang lain-lain tu?"

Ye dak?

Saya merasakan bahawa nasihat ini sangat berguna untuk semua orang. Perempuan memang la kena take note! Untuk lelaki pula, si suami boleh lah belikan untuk isteri, si abang boleh lah belikan untuk adik perempuan, si adik lelaki boleh lah belikan untuk kakak. Tapi si pakwe tak payah nak sibuk nak belikan untuk makwe, jaga famili sendiri dulu. Eheh!

Jadi, marilah kita sama-sama menyerbu kedai yang menjual cermin besaaaaaaar dan membelinya lalu diletakkan di dalam bilik atau rumah.

Sekian.

Selamat membeli cermin. Ahah!

Wassalam.

=D


Saturday, July 28, 2012

Blessings





Bismillah.

Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Its Ramadhan :)

I’m thankful that He gives me the opportunity to encounter with this blessed month; Ramadhan. Sebab itu tandanya Dia masih sayang, masih mahu diri ini mendekatkan diri pada Dia di bulan yang penuh barakah ni.

I’ve read Contengan Jalanan before Ramadhan. Dan rasanya kalau tak baca buku tu, mungkin ‘ruh’ Ramadhan takkan terasa lagi dalam diri. Sebab bila baca CJ membuatkan rasa semangat nak hadap bulan Ramadhan, semangat nak tarawih, tadarus, lumba-lumba nak khatamkan Quran, qiam, hidupkan sepuluh malam terakhir. See? Banyak sangat benda baik yang boleh dibuat, hatta hidangkan makanan untuk orang yang nak berbuka pun dapat pahala. Kan?

Allah~

We should be grateful, sebab Dia bagi lagi kita bernafas. Still living. Alhamdulillah. Reading Contengan Jalanan by hlovate before Ramadhan makes me realize that this month shouldn’t be wasted. Sepatutnya kena gunakan kesempatan yang Allah bagi ni untuk pulun buat amal banyak-banyak.

Bila masuk je bulan Ramadhan, mesti kita akan dengar ayat 183 surah al-Baqarah.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [2;183]


…supaya kamu bertaqwa


…you may become righteous


Maka seharusnya tujuan kita menjalani Ramadhan ni adalah untuk dapatkan taqwa. Bukan sekadar dapat lapar dan dahaga semata-mata. Bukan sebab nak pegi beli ayam percik dengan air mata kucing tiap-tiap hari dekat bazar Ramadhan. Bukan sebab nak beli baju raya sepuluh pasang. Apatah lagi berazam untuk main bunga api dan mercun yang bunyi macam bom je gayanya.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.
– hlovate





Memang perit. Memang sakit. But it is better to change now, yes?

Semoga kita dapat taqwa yang kita impi-impikan tu.

-------------------------------------------------------------------------

Fend bingkas bangun. “Sampai hati kau nak masuk syurga,pi tinggal aku?” Saja.

“Dah tu?Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” K² pandang ke belakang sekilas dengan sengih selamba.

Fend sengih.Kena sebijik dengan K².



ps; Masuk syurga sama-sama, jom?



Till then, 

Wassalam :)

Tuesday, November 15, 2011

A Lecture - Yasmin Mogahed



[Semua ni apa yang saya dapat dari lecture Yasmin Mogahed. Watch it if you want to know more. May this will benefit us, inshaAllah.]

Kadang-kadang kita plan sesuatu dan kita rasakan planning tu paling best dan terbaik untuk kita, tapi sepatutnya kita tahu bahawasanya Allah tu sebaik-baik perancang.

And they planned, and Allah also planned. And Allah is the best of planners. ~Quran. Surah ali-'Imran [3;54]

Bila kita minta sesuatu dari Allah dan kita nak sangat-sangat benda tu walaupun kita tau sebenarnya susah nak dapat, percaya lah kat Allah. Just put our hopes and believes in Allah. Allah kan Maha Berkuasa atas segala-galanya.

:’)




Pernah tak dalam hidup kita, kita rasa yang kita tak boleh sangat-sangat nak keluar dari sesuatu masalah? Pernah tak? Pernah tak? Pernah taaaak?

Pernah, kan?

Biasa la kita manusia. Ada ups and downs. So Allah soothes us with these verses.

..Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ~Quran. Surah al-Talaq. [65;2-3]

See? *dari arah yang tak disangka-sangka* Subhanallah~


Bila kita ada masalah dan rasa sedih, it is okay to feel sad. Tak salah pun. Bukannya bila kita sedih tu maksudnya kita tak sabar ke apa. Kita kan manusia biasa dan ada perasaan. Tak selalunya kuat. Tapi perasaan sedih tu sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Make the sadness drives you to Allah. Use the sadness makes you cries to Allah.


Bila Allah bagi kita ujian, kesakitan, kesusahan, itu maksudnya Allah nak kita ubahkan sesuatu.

Contohnye macam ni. Bila kita letak tangan kat api, kita mesti nak alihkan tangan kita dari api kan? Maksudnya kita nak ubah posisi tangan kita supaya tangan tak terbakar. Sama la jugak bila Allah bagi kita ujian. It shows that He wants us to change something in ourselves. Mungkin dengan ujian tu boleh ubah kita ke arah kebaikan. Mungkin dengan ujian yang Allah bagi tu mendekatkan kita kat Allah. Who knows?



Awak tahu ke?

Thursday, November 3, 2011

Love Letters #3 Rabbi zidni 'Ilma

Masjid Negeri Pulau Pinang, Air Hitam.



Bumi Allah ni luas.
Dan Ilmu tu ada kat mana-mana.
Untuk semua orang.
Untuk orang yang nak mencari.





...dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". ~ Quran. Surah Taha [20;114]



Fi Amanillah ^__^

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem








"O you who have believed, Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may attain taqwaa." [2:183]



The Prophet peace be upon him said, “Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah), his past sins will be forgiven”. (Bukhari)



The month in which you deny the food to your body (Ramadhan), is the month in which the food for your soul came down (Qur’an).


Ramadhan yang dirindui datang lagi bersama tawaran-tawaran yang hebat. Jom rebut! Hehe. Moga tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Ada salah silap, mohon maaf ye. Selamat berpesta ibadah! =D

Marhaban ya Ramadhan. Kullu 'am wa antum bi alfi khair!


Fi Amanillah ^___^








PS; "Orang patutnya kejar Lailatul Qadar, tapi orang Malaysia selalunya kejar Laitatul Kamdar" - Contengan Jalanan by hlovate


Friday, July 29, 2011

love letters #2

photo courtesy



And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive (to Allah). Who are certain that they will meet their Lord and that they will return to Him.  Qur'an [2:45-46]




Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. Qur'an [2:45-46]




Fi Amanillah ^___^

Monday, July 18, 2011

living here for the hereafter

Hidup.

Apa erti hidup ni sebenarnya? Apa tujuan kita hidup ni? 

Kalau nak tanya kat orang; students la kiranya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan degree. Lepas tu dapat kerja yang bagus-bagus, kahwin, and have your own family. Follow the flow. Macam tu.

Macam tu je?

Fender


Fend…
Fend the Fendy Fender. Pelajar Limkokwing, jurusan fotografi. Hidup dia cuma dengan Nikon, Htc, Dell, gitar Fender, member-member Creepy Hues. Dia anggap masa depan tak perlu dirancang. Pada dia, walau kita rancang macam mana pun tapi kalau bukan benda tu yang tersurat, memang takkan jadi jugak.

Kalau cakap macam tu, tak ke sama kalau kita tak payah buat apa-apa langsung dalam hidup? Semua orang tau yang dia bakal mati. Buat apa sekali pun, sudahnya akan mati juga. Dah tu baik kita duduk diam je tak payah buat apa tunggu mati, macam tu? [ms 62]

Tapi bukan macam tu, masa depan ni perlu dirancang sebenarnya.

One who fails to plan is planning to fail.

Sejak Fend jumpa Lia dan Lia bagi dia cd the 11th Hour, Fend cuba untuk cari erti sebenar kehidupan. Mula cari tafsir Qur’an, buku-buku motivasi yang cerita tentang hidup. Tiba-tiba Chad pula datang dengan idea nak buat masjid-hopping di Australia. Fend sendiri tak pernah terlintas di kepala yang dia akan buat semua tu dengan Chad, di bulan Ramadhan. Dan sejak tu la dia faham apa sebenarnya tujuan hidup. 

Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter.

Chad…
Irsyad. Sepupu rapat Fend, tengah sambung belajar di Texas. Even dia dah ada karier, degree, duit, rumah sendiri, kereta sendiri, tapi dia still rasa ada sesuatu yang tak complete dalam life dia. 

“Bila kau ada rasa kosong kat sini..” Chad meletakkan telunjuknya di dada Fend “…segala benda yang kau sebut tu tak bawa makna apa sebenarnya. Sama je macam debu tepi jalan.” [ms70]

Maka apabila dia teringin nak buat masjid-hopping, Chad angkut sekali Fend untuk ikut sama. Kat sana, dia belajar macam-macam dan buat banyak benda dengan Fend; khatam Qur’an, khatam hadith 40, tarawikh, qiyam. Kepulangan Chad dan Fend ke Malaysia dari Australia beberapa hari sebelum Syawal tahun tu sangat bermakna, sebab diorang dah belajar banyak benda di Australia dan dah kenal macam-macam orang.

Dah tertulis di takdirnya bahawa Chad pergi pada 1 Syawal setelah mula kenal semula Dia itu siapa. Chad sempat kenal Dia sebelum 11th hour.

“Aku teringin nak masuk syurga.”
“Siapa yang taknak?”
“Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?”
Chad sengih. “Jom ambil air sembahyang.”

Lia…
Lia-Musalmah. Was an avid fan of the underground scene. WAS. Tapi dia tinggalkan semua tu sebab dia rasa banyak benda lain yang boleh diikut. Dan dialah budak yang beri cd the 11th hour pada Fend.

Terima kasih Allah, kerana hantar dia – Fend.

Terima kasih Allah, kerana buka hati dia – Lia.
K²…
Ku Kamaruzzaman. Kawan baik Fend dan Chad, kawan sekampung dan kenal sejak dari kecil. Drummer Creepy Hues, tapi dia boleh main macam-macam instrument. Tak terhad kepada drum sahaja. Dan dia layan semua lagu, tak terhad kepada lagu-lagu yang Creepy Hues layan. Budak Creative Studies Limkokwing. Prinsip K², there’s no such thing as ‘wrong’ in arts.

“Apabila fikir balik… aku rasa statement tu macam terlampau liberal sangat.”
Kening K² terangkat sebelah.
“Kalau nak ikutkan statement tu, maknanya tak salah pengukir-pengukir zaman Renaissance tu buat nude statues. Tak salah Michelangelo ukir David macam tu. Tak salah untuk letak crude language dalam lirik lagu atau buku atau apa-apa karya sebab semua benda tu dihalalkan dengan lesen ‘seni’. Tak ke?”
Fend pandang siling. “Kalau semua benda boleh dibuat atas lesen arts tu, there’s no such thing as dosa then?” [ms 143]

Apabila Fend dah ‘berubah’ lepas tengok the 11th hour, lepas pergi masjid-hopping, lepas Chad ‘pergi’, Fend cuba untuk bagi K² rasa apa yang dia pernah alami. Fend beri cd the 11th hour pada dia tapi dia tak dapat rasa macam Fend dapat masa Fend tengok cerita tu. Lepas tu, Fend bawa dia backpacking ke Australia, tempat Fend pergi dengan arwah Chad dulu.

“Kenapa kau nak aku ikut sekali sebenarnya? Kenapa kau nak aku datang sini?” - K²

“Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawak aku datang sini. Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri. Tapi kalau kau tak rasa apa-apa, it’s okay. Aku faham. Dan aku tak ambil hati. Hati kau bukan aku yang pegang.” - Fend
Tapi bila balik Malaysia, dia teringat kata-kata Bapak Tono masa di masjid Punchbowl – Jakarta penuh dengan hidup, erti hidup yang beda. Setiap tempat, mana-mana pun kat bumi Allah ni memang penuh dengan hidup. Cumanya, mungkin lain tempat, lain ertinya. Dan apabila dia teringat kata-kata Bapak Tono tu dia terus book tiket ke Jakarta, untuk cari erti hidup. 

K² bawak sekali sketchbook hitam pemberian Fend ke Jakarta dan dia baca sketchbook tu tiap-tiap hari. Sketchbook tu penuh dengan lukisan Fend yang Fend lukis masa ke Sydney. Tiap-tiap mukasurat, Fend lukis dan ditulis terjemahan ayat Qur’an di setiap bawah lukisan.

Then after you hearts were hardened and become as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. ~ al-Baqarah [2;74]

Sedangkan batu yang keras pun boleh pecah, air mengalir daripadanya kerana takutkan Allah, inikan pula hati manusia. Sungguh, hati manusia tu Allah yang pegang. 

Verily, you (O Muhammad) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. And He knows best those who are guided. ~ al-Qasas [28:56]

Dan K² pulang dengan prinsip seni baru;

There’s no such thing as ‘wrong’ in arts, provided that Islam is a given.
Tak ada benda yang salah bawah lesen seni selagi segalanya ikut lesen Islam.

Guide us to the straight path. The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray. ~al-Fatihah [1;6-7]

Erti hidup itu berbeza. Berbeza mengikut tujuan masing-masing. Takkan sama kalau cara hidup setiap orang pun lain-lain. Kena cari erti hidup tu, baru tau kita nak ke mana, baru tau ke mana kita nak tuju. 

Kan lebih mudah dan indah kalau hidup berlandaskan hukum Allah. Rasa macam hidup tu ada tujuan, ada matlamat, lebih terisi dan semua benda yang dibuat semuanya untuk dapatkan redha Allah. Takde la cuma ikut flow je.

Dan walau macam mana cara sekalipun kita cuba nak ajak orang lain buat kebaikan, takkan semudah yang kita sangka. Sebab hati manusia tu Allah yang pegang. Baik hati yang selembut salju, mahupun yang sekeras batu.






Read and heed.

Contengan Jalanan.


Fi Amanillah ^___^

Tuesday, July 5, 2011

love letters #1




Allah does not burden a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people."  Qur'an [2:286]



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Qur'an [2:286]




Fi Amanillah  ^___^

Thursday, June 16, 2011

Kebimbangan dalam Kehidupan


- 75% penyakit bermula daripada minda kita.

- Manusia selalu cakap perkataan kalau, tapi, bimbang.

- Manusia ni banyak ketakutan :

1] manusia ni takut mati ; kalau kita tak buat apa yang Allah suruh.
2] takut sakit ; sebab sakit boleh bawa mati
3] takut pada kemiskinan ; bila miskin susah nak hidup
4] takut kalau orang kata kita tak elok
5] takut kehilangan orang yang disayangi

- Daripada takut jadi bimbang. Most of the things that we worry about never happen.

- Setiap perkara yang berlaku, kita kena fikir apa mesej yang Allah nak bagi pada kita.

- Jangan sebut perkataan bimbang, bila sebut perkataan bimbang; - emosi akan jadi negatif, banyak penyakit.

- Katakan 'saya prihatin'.

Contohnye macam ni. 'saya bimbang saya nak exam'. Cuba tukar cakap, 'saya prihatin saya nak exam'. Makanya kita akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Kan?

- Jangan buat aktiviti dengan fokus pada apa yang kita akan dapat, tapi fokus pada apa yang kita boleh beri pada orang lain.




Sumber ; Prof Dr Muhaya Mohamad. (Kembimbangan dalam kehidupan, Ikim fm, 10 pagi, 15 Jun 2011) download di sini





*PS; Basically it's about how we think. Kalau dalam kepala dah fikir negatif, memang lah negatif jadinya. Oleh itu, teruskan dengan fikiran POSITIF ye! ^___* 

Friday, March 25, 2011

note to self | the cctv is everywhere

sumber

 a note to self.








ohh. bukan gambar tu sebenarnya.

ini~



sumber


cctv bukan hanya ada di 7 eleven, tesco, giant, jusco sahaja. dan cctv juga bukan hanya ada di kedai runcit apek. wah kedai apek pun letak cctv ye? maju! sedarlah bahawa cctv paling besar punya, Allah swt. HE is watching you everytime, every nano seconds, everywhere.

siapa yang takutkan Allah walaupun tak nampak Dia, Allah janji akan ampunkan dosa dan berikan syurga.
-[al-Mulk ; 12]


till then,

wassalam.

Friday, February 11, 2011

probability; valentine's day vs. Maulidur Rasul



-Bismillah.

petang tadi tengok je coursemate update status. sorang-sorang cakap pasal probability.


mentang-mentang baru habis test statistical mechanics kan. soalan yang keluar semua suruh kira probability. sampai habis test pun nak kira probability lagi ye hehe.

harapnya probability yang akan sambut Maulidur Rasul, P(n)=1.  insyaAllah~

tahun ni Maulidur Rasul jatuh pada 15 februari. sehari selepas Valentine's day. tak perlu la nak sambut valentine's day. sepatutnya tunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Rasulullah.




bagusnye la kalau semua artis pun macam Wardina ni ha. dan media pun tak sibuk-sibuk nak promote valentine's day.

say no to valentine's day. yes to Maulidur Rasul.

صلى الله عليه وسلم ♥

till then.


wassalam.


^_^

PS; nah baca tentang valentine's day kat sini.

Sunday, January 30, 2011

far away





renung-renungkan dan selamat beramal~

till then,

wassalam

^_~





kadang-kadang kalau dah lama tak update sampai taktau nak taip apa even mencurah-curah idea.
 

PS; mari sama-sama tembakkan doa buat saudara kita di Mesir. moga mereka baik-baik sahaja insyaAllah~

Sunday, January 16, 2011

wear it right campaign

mari lah mari kita berkempen~ 

jangan salah sangka ok! ni bukan kempen pilihanraya ke apa. takde kena-mengena pun dengan yang itu. tapi ini, kempen untuk saham akhirat kita. untuk peringatan diri sendiri terutamanya, dan untuk kawan-kawan yang saya sayang ;)

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)
deviantart


wearing hijab is not just untuk tutup kepala dan rambut. Allah dah bagitahu, labuh menutupi dada. jadi kenapa tak buat? kadang-kadang kita ni terlupa, lalai. sebab tu selalu kena diingatkan. jadi, sekarang nak ingatkan diri sendiri, dan juga anda-anda yang saya sayang (oo perempuan sahaja ok!)



from sue anna joe



saya tahu, bukan mudah nak ubah secara mendadak. sedikit demi sedikit dan secara berterusan, insyaAllah Dia akan tolong. sayangkan Allah? sayangkan Islam? jom buat sama-sama.

changing for good is not a crime but it costs hell as manner of speaking 
versus by hlovate




ini pula kempen Anda Bijak Jauhi Zina. thanks peeka!








till then,


wassalam.





^_~

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs. Indonesia

goal~! (gambar dari sini)


semua orang sibuk cerita Malaysia lawan Indonesia. semua cakap pasal bola-bola-bola-laser-bomoh-menang-kalah. ha apa-apa aje lah ye. saye taknak cakap pun pasal bola ni. tapi nak cakap tentang benda yang ada dan takda di Malaysia dan Indonesia.

kalau dekat Indonesia ada ini; Pemilihan Dai'e Cilik (Pildacil)





tapi kat Malaysia pulak ada ini



oh apakah ini semua?





















eh nanti tak habis taip lagi. ini rancangan realiti yang ada kat Malaysia. Adik-adikku namanya.




bukan nak membeza-bezakan rancangan realiti yang ada kat Malaysia dan Indonesia. tapi benda-benda ni kan penting jugak untuk pembentukkan sahsiah dan peribadi anak-anak. sebab, pembentukan sahsiah dan peribadi anak-anak berkadar terus (directly proportional) dengan pembangunan negara dan agama pada masa hadapan. (peh ayat)

berharap agar banyak lagi program realiti tv yang lebih bermanfaat dan berilmu. kepada korang (dan jugak orang yang tengah menaip ni),  bakal-bakal ibu dan bapa, bersedialah nak mendidik anak-anak korang nanti ye. pesanan ini dibawa khas dari Pulau Pinang.

sekian, terima kasih!

wassalam.

^_~




PS; nak baca lagi tentang program Adik-adikku, klik kat sini dan sini

PS; Alhamdulillah Malaysia menang. yeay~!!

Wednesday, December 8, 2010

sesuatu yang bukan milik kita | Salam Maal Hijrah 1432H


salah satu perkara yang bukan milik kita;


hidayah.

ya. hidayah bukan milik kita. bahkan ia milik Allah.

terkecuali jika anda punya anak atau saudara yang bernama Hidayah, ia milik anda. tapi jangan lupa, akhirnya dia akan kembali kepada Penciptanya.

ok, berbalik kepada hidayah, yang bukan milik kita.

kita tak punya kuasa dan upaya untuk memberi hidayah kepada orang lain dan diri sendiri. 


light of Islam




Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-Qasas, 28:56)




TAPI,

sebagai kawan/sahabat, mesti kita taknak kawan sendiri jatuh masuk dalam lubang yang salah kan?



sebagai manusia, aku sayang padamu
-laksamana sunan




kerna sayangkan dia, maka tegurlah dia secara berhikmah. cakap elok-elok, sambil gurau-gurau ke, insyaAllah Allah akan buka kan pintu hati dia.

tunjukkan sifat-sifat dan kelakuan yang baik. mungkin dia boleh tertarik dengan kelakuan kita yang baik-baik tu.

dan lagi, doakan yang terbaik buat dia kerna sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.

kita dah usaha, serahkanlah semuanya pada Allah.

do the best, let Allah do the rest.


terima kasih kepada semua 14 orang yang telah menjawab soalan padan entri ini. jazakumullah khairan kathiran.

sempena tahun baru ni, 

Salam Maal Hijrah 1432H. semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, inshaAllah. apa khabar agaknya iman kita? moga baik-baik sahaja :)



till then,

wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha 2010

Alhamdulillah.

kertas-kertas exam untuk lima subjek dah berlalu. tinggal lagi satu paper je, selasa depan. maka boleh la berehat sekejap. sekejap je, tak lama pun.

sekarang semua orang mesti dok sibuk rebus ketupat, persiapan untuk hari raya esok segala bagai. okay takpa teruskan teruskan. jangan lupa hulur-hulur kat sini yek. hehe

ibadah Haji

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauh manakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya.

baca lebih lanjut kat sini

dalam hidup ni, banyak yang perlu dikorbankan untuk banyak perkara. untuk diri sendiri, orang sekeliling, dan yang paling penting untuk agama. sebab?

hidup kat dunia ni sementara je. akhirat tu yang kekal abadi. maka kalau pengorbanan tu dilakukan untuk agama, lillahita'ala, ia adalah sesuatu yang cukup bernilai dan ganjarannya nanti jangan cakap la. memang cukup buatkan kita gembira di akhirat nanti.

berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
(eh lagu P Ramlee?)

mari kita renung balik, apa yang dah kita korbankan selama ni untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara? tak perlu berikan jawapan kat sini. tepuk dada tanya iman, tepuk minda bila terasa. bukan main tepuk amai-amai ye.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)




salam Eid Mubarak.
moga sentiasa dalam redha-Nya.
كل عام و انتم بألف خير

till then,

wassalam.

^_~






PS; sapa kat penang buat rumah terbuka? habaq mai kat ceq. eheheh~
PS; satu minggu lagi, tolong sabar ye.

Monday, November 8, 2010

hati sudah tertaut

hati sudah tertaut pada sesuatu yang rasanya sayang nak ditinggal lama-lama



sayang nak tinggalkan bacaan lama-lama. kalau rindu nak baca, pegi curi-curi baca. satu muka surat pun jadi laa hehe~

Hidup ini tidak terlepas daripada ujian. Ujian kita sebagai pelajar adalah peperiksaan. Orang lain pula mempunyai ujian masing-masing. Saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Acheh dan lain-lain lebih teruk teruji daripada kita. Apalah sangat ujian kita ini jika nak dibandingkan dengan mereka. Kita hadapilah apa saja ujian yang diberi oleh Allah dengan penuh redha dan lakukan yang terbaik. Asiah Yusra

Dalam exam, takkan kita nak bagi C saja untuk Islam. Kita kena berusaha dan bertawakkal dengan cara yang paling maksimum. Usaha dan tawakal yang dicurahkan sekarang, itulah harga yang kita bayar untuk membeli kejayaan akan datang. Elya Khadeeja


terbaca dialog kat atas tu masa nak exam ni, tak salah kalau nak share dengan orang lain kan? yang dua atas tu jugak dah sedikit-sebanyak bagi semangat kat aku. harapnya boleh bagi semangat kat korang yang akan menghadapi exam. yang dah habis jangan bising-bising, duduk situ diam-diam haha.

till then,

wassalam.

:)

*PS; iA nanti dah habis exam baru dapat tulis penuh pasal novel ni. tak habis baca lagi hehe
*PS; dialog tu mukasurat 318/319.









belajar bukan sebab exam, tapi sebab Allah. exam tu dunia je, Allah kan selama-lamanya~ ;)

Tuesday, August 10, 2010

dia datang lagi


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.
Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan kali ni.
Ramadhan yang sarat dengan janji pahala.

Marhaban ya Ramadhan.
Ramadhan yang ku rindu.
kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

ini puasa yang hakiki

sumber dari sini

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)

even bulan Ramadhan ni membuatkan aku teringat pada dua orang tersayang kerna mereka telah 'pergi' pada bulan yang mulia ni, rindu pada Ramadhan tak kurang. hidup perlu diteruskan, aite?

kakngah, banglang;

Rest in peace. You're missed.
we miss you, loads!
May Allah bless.
ameenn~



buat orang-orang kampung [erk, aci main redah je haha]
buat Muslimin dan Muslimat ;

selamat berpuasa,
selamat bertarawih,
selamat ber-khatam Quran,
selamat ber-Qiyam
&&  
selamat berpesta Ibadah.


^_~

Wassalam.

Friday, August 6, 2010

j a u h

Assalamualaikum.

pagi semalam Alhamdulillah selamat sampai ke melaka. masa ayah amik, dalam kereta dok dengar radio IKIM, keluar puisi ni pulak. sedih. pilu. sendu. isk baca ajelah.











Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


by Muharikah
25 MAY 2006.

Tuesday, July 27, 2010

changing for good is not a crime....

....but it costs hell as a manner of speaking


pernah terfikir nak mengubah diri anda? naa..ku bukan bercakap mengubah diri secara fizikal, pakaian etc. tapi mengubah cara hidup dan sifat-sifat yang ada dalam diri korang. and of course from a not-too-good person to a better person.


memang, bukan senang nak merubah diri masing-masing especially apabila dah hadam benda-benda yang kita dah buat tiap-tiap hari. tapi perlu kita ingat, hidup ni punya matlamat sendiri. terpulang masing-masing untuk membuat keputusan sendiri. tapi selagi namanya penganut agama Islam; Muslim, natijah kita nanti pasti syurga, kan? ada sesiapa yang berazam nak ke neraka? pasti tidak.

maka yang harus kita lakukan, jadi manusia sebaik mungkin, jadi hambaNya yang sebenar-benar. perbaiki diri. bukan untuk menjadi manusia terbaik sebab nobody is perfect. but trying to be a better person is a good thing, not a crime, right?

You’ll never reach perfection because there’re always room for improvement.
Yet all the way to perfection you’ll learn to get better. [versus by hlovate]

berubah bukan satu benda yang senang. tapi selagi punya kesungguhan, selagi yang dilakukan dengan niat Lillahita'ala, inshaAllah Dia pasti bantu kita. no worries!

apa maksud 'baik'?
Bila kita buat semua apa yang Allah suruh, dan tinggalkan semua apa yang Allah larang. [versus by hlovate]

masih ingat hlovate yang aku review novel dia; aA+bB? kali ni aku habiskan baca buku versus by hlovate.
......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....
[versus by hlovate]

cerita pasal budak street and skaters yang berubah. versus! berubah 180 degree. sumpah, baca ni memang tersentuh dan sangat, ehh can't describe with words. haha~




bayangkan, the hero and heroin, both of them were skaters, budak street, selalu melepak etc, berubah menjadi lebih baik. memang thumbs up la. not just worth to read it, but worth to have it. aku boleh jamin, baca banyak kali pun tak jemu. and yes, buku ni sangat banyak info.

kenapa AO dan Minn boleh, tapi tidak kita? even those are just characters dalam novel ni. tapi as long as kita berusaha untuk jadi baik, inshaAllah boleh.
Doa tu wireless, dan coverage dia masuk satu universe [versus by hlovate]




PS; still makes mistakes here and there. but still trying to be a better person. pray for me ey?

may Allah bless!
wassalam.
:)