Bismillah.
dulu masa kecik-kecik suka main masak-masak. menyibuk kat dapur 'tolong' mak masak. keletang-keletung bunyik dia.(macam tu eh?) lepas tu dapat pulak mainan peralatan memasak. uish lagi suka. siap ada dapur, kuali, periuk, sudip. telur pun ada haha.
sekarang? mana main lagi. sekarang masak for real lah kan.
inilah salah satu sebab kenapa suka sangat berada di rumah. boleh buat apa sahaja
(asal Allah tak larang, sudah tentu) sepanjang cuti ni dah buat cheese tart, fruit tarlet,
kek coklat lembab kukus, macaroons yang tak jadi tu hehe. berbaloi-baloi!
 |
| kiri ; blueberry cheese tart. kanan ; fruit tartlet. |
 |
| blueberry cheese tart, untuk kawan kakak yang bertunang haritu. congrats! |
 |
| with chocolate ganache. apetah rupanya haha |
4/12 pulak pegi kelas cupcakes dengan kakak. ini lagi berbaloi-baloi sebab dapat belajar new things; nak timbang cupcakes banyak mana, macammana nak decorate cupcakes, dapat jumpa orang baru which is yang lain semuanya mak-mak dan isteri-isteri orang kami berdua je masih muda remaja hehe.
ingat senang ke nak buat semua ni? biasa la buat pertama kali, kadang-kadang tak menjadi.
 |
| buttercream |
 |
| fondant |
 |
| k e r j a t a n g a n kakakku |
 |
| mine |
tapi kira okey la kan, dah belajar nak buat, dah tau fungsi-fungsi nozzle tu. kalau tak selama ni main redah je buat apa pun tanpa mengetahui apakah kegunaan sebenarnya haha.
berbaloi-baloi bertapa kat dapur dan pergi kelas cupcakes ni sebab apa?
sebab memasak ni jugak mengajar kita erti kesabaran. dah kalau uli tepung nak buat base tart sorang-sorang untuk 50++ ketul, nak decorate cupcakes tapi yang jadik ntahapaapa je la, ini agak menguji kesabaran ye. sabar tu kan sebahagian daripada iman!
dan kalau bake sesuatu tu tak menjadi, takkan terus berhenti macam tu je. buat lagi dan terus mencuba sebab kita tak boleh putus asa, kan?
konklusinya, memasak bukan sekadar suka-suka. bukan macam main masak-masak masa umur tiga empat tahun dulu. bukan masak sebab nak makan je. ada macam-macam yang kita boleh pelajari.
diulas lebih hebat dan mantap di
sini. bacalah!
till then,
wassalam.
^_~
PS; agak-agak boleh tak nak tukar bidang masakan? haha
PS; untuk orang yang tengah exam tu, goodluck! bittaufiq wannajah. 2 more days to go