Showing posts with label kaunter pertanyaan. Show all posts
Showing posts with label kaunter pertanyaan. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

sesuatu yang bukan milik kita | Salam Maal Hijrah 1432H


salah satu perkara yang bukan milik kita;


hidayah.

ya. hidayah bukan milik kita. bahkan ia milik Allah.

terkecuali jika anda punya anak atau saudara yang bernama Hidayah, ia milik anda. tapi jangan lupa, akhirnya dia akan kembali kepada Penciptanya.

ok, berbalik kepada hidayah, yang bukan milik kita.

kita tak punya kuasa dan upaya untuk memberi hidayah kepada orang lain dan diri sendiri. 


light of Islam




Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-Qasas, 28:56)




TAPI,

sebagai kawan/sahabat, mesti kita taknak kawan sendiri jatuh masuk dalam lubang yang salah kan?



sebagai manusia, aku sayang padamu
-laksamana sunan




kerna sayangkan dia, maka tegurlah dia secara berhikmah. cakap elok-elok, sambil gurau-gurau ke, insyaAllah Allah akan buka kan pintu hati dia.

tunjukkan sifat-sifat dan kelakuan yang baik. mungkin dia boleh tertarik dengan kelakuan kita yang baik-baik tu.

dan lagi, doakan yang terbaik buat dia kerna sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.

kita dah usaha, serahkanlah semuanya pada Allah.

do the best, let Allah do the rest.


terima kasih kepada semua 14 orang yang telah menjawab soalan padan entri ini. jazakumullah khairan kathiran.

sempena tahun baru ni, 

Salam Maal Hijrah 1432H. semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, inshaAllah. apa khabar agaknya iman kita? moga baik-baik sahaja :)



till then,

wassalam.

Monday, November 29, 2010

tolong jawab

Salam.

seperti yang diketahui umum, (ceh umum la sangat) sekarang ni tengah cuti sem. makanya waktu cuti ni kalau tak keluar dengan kawan-kawan memang tak sah la kan.

hari jumaat lepas keluar dengan sorang kawan, ke melaka. ingatkan nak 'dating' beramai-ramai tapi yang lain sibuk mengalahkan menteri. ok ini hiperbola namanya.


tempat 'dating' jumaat lepas. ehehhe~ eh bendera melaka lah..


 




borak punya sembang, entah macam mana tetiba kawan ni cakap. jeng jeng jeng~
'aku ada kawan. dia memang jahat gila. nakal. sosial. aku tau aa. memang jahat sangat-sangat. pernah terlanjur lagi. orang macamni boleh berubah ke?'

haa tu la soalan dia masa tu. aku tak ingat la kenapa boleh keluar topik ni.

nak tanya korang, kalau la korang ada di waktu dan tempat kejadian, apa korang jawab ek? aku ada jawapan sendiri, tapi nak tau la jugak pandangan korang.

jawab jangan tak jawab.
heee~