Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Monday, November 8, 2010

hati sudah tertaut

hati sudah tertaut pada sesuatu yang rasanya sayang nak ditinggal lama-lama



sayang nak tinggalkan bacaan lama-lama. kalau rindu nak baca, pegi curi-curi baca. satu muka surat pun jadi laa hehe~

Hidup ini tidak terlepas daripada ujian. Ujian kita sebagai pelajar adalah peperiksaan. Orang lain pula mempunyai ujian masing-masing. Saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Acheh dan lain-lain lebih teruk teruji daripada kita. Apalah sangat ujian kita ini jika nak dibandingkan dengan mereka. Kita hadapilah apa saja ujian yang diberi oleh Allah dengan penuh redha dan lakukan yang terbaik. Asiah Yusra

Dalam exam, takkan kita nak bagi C saja untuk Islam. Kita kena berusaha dan bertawakkal dengan cara yang paling maksimum. Usaha dan tawakal yang dicurahkan sekarang, itulah harga yang kita bayar untuk membeli kejayaan akan datang. Elya Khadeeja


terbaca dialog kat atas tu masa nak exam ni, tak salah kalau nak share dengan orang lain kan? yang dua atas tu jugak dah sedikit-sebanyak bagi semangat kat aku. harapnya boleh bagi semangat kat korang yang akan menghadapi exam. yang dah habis jangan bising-bising, duduk situ diam-diam haha.

till then,

wassalam.

:)

*PS; iA nanti dah habis exam baru dapat tulis penuh pasal novel ni. tak habis baca lagi hehe
*PS; dialog tu mukasurat 318/319.









belajar bukan sebab exam, tapi sebab Allah. exam tu dunia je, Allah kan selama-lamanya~ ;)

Friday, November 5, 2010

cabaran dunia

Assalamualaikum.

hari ini hari jumaat. hari ini hari cuti. hari ini hari deepavali.

motif?

ini peringatan untuk diri sendiri namanya. final tinggal lagi beberapa hari je. semua orang tengah bertungkus-lumus belajar, dok kat bilik je tak pergi mana, takpun pergi-balik library. yang duduk kat bilik nak turun makan kat kafe pun malas sebab macam rugi woo baik study kat bilik haha~

subjek sem ni :

1. Differential Equations and Complex Analysis (subjek ni paling banyak theorem. bagi la boohoorah theory ke apa haha)
2. Electronics (penuh dengan nombor 0 & 1. logic gates, boolean algebra, k-map, flip-flops bla bla)
3. Vector Analysis (tiba-tiba jadik speechless. siapa yang ambik subjek ni tau aa lecturer kitorang macam mana hehe)
4. Thermodynamics (ingat mula dengan 1st law ke? subjek ni ada zeroth law ye)
5. Introduction to Management (1st subjek untuk minor management. memang jadi ulat buku ambik subjek ni)
6. Scientific and Medical English

nak exam ni, macam-macam dugaan yang datang. nampak katil, itu pun kira satu dugaan. maka jangan lah study atas katil hehe~ nampak novel yang tak habis baca lagi tu ; 'sabar sabau sabaq lepas exam baca la nak khatam berapa kali pun boleh'. 

nak berperang dengan diri sendiri, ingat senang ke?

itu belum lagi yang tak boleh nak fokus belajar, teringat 'kisah lalu' lah apa. (silalah define 'kisah lalu' tu ikut suka hati korang ye, boleh?)

kenapa waktu-waktu macam ni semua dugaan nak datang? kenapa kenapa kenapa???


sebab tu semua nak jadikan kita kuat. itu baru dugaan masa nak exam, baru sikit. belum lagi dugaan orang kat Palestin tu ha. jangan cepat sangat mengalah. ingat, Allah pasti tolong kita. oleh itu, dengar lah lagu Maher Zain - Always Be There. (promote ke apa ni?)

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula, andai terluka, ingatlah janjiNya. (sini)


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong


akhirul kalam ;

آسف على كل حال

بالتوفيق والنجاح في الامتحان

salam imtihan    [kalkulator mesti nak ada kan? hehe]


ini la kelebihan kalau ada kakak yang ambik kos lebih kurang je. buku tebal-tebal takyah beli, culik dari rumah je haha

till then,

wassalam.

^_~


ingatan-untuk-diri-sendiri ; buat yang terbaik, ya?