Sunday, October 14, 2012

Cermin.


Mirror mirror..



Bila fikir-fikir balik, cermin tu mungkin orang akan nampak benda yang sangat simple. Kalau ada yang kecik pun dah kira ok sebab boleh tengok muka. Selalunya orang guna untuk tengok muka je, nak make-up, nak tengok tudung senget-benget ke tak, nak tengok brooch ada kat bawah dagu ke kat sebelah pipi. Ahah!

Tapi tahukah anda yang sebenarnya cermin tu sangat penting? Terutamanya untuk perempuan lah kan. Lelaki simple je, takde pulak diorang nak duduk lama-lama depan cermin telek satu-satu pakaian diorang :p

Saya masih ingat apa yang seorang ustazah cakap, waktu tu masih di matrik. Ayat dia lebih kurang macam ni;

"Sepatutnya setiap perempuan/muslimah kena ada cermin besar dalam bilik atau rumah masing-masing. So bila nak keluar rumah boleh lah check mana yang tak kena pada pakaian. Baju tak cukup labuh ke, takpun terlupa pakai stokin, lengan baju panjang ke tak, tudung labuh mana, etc. Takut nanti bila kita keluar rumah, ada syarat-syarat yang kita tak penuhi. Kalau cermin kecik penuh muka je, macam mana kita nak check baju, tudung dan yang lain-lain tu?"

Ye dak?

Saya merasakan bahawa nasihat ini sangat berguna untuk semua orang. Perempuan memang la kena take note! Untuk lelaki pula, si suami boleh lah belikan untuk isteri, si abang boleh lah belikan untuk adik perempuan, si adik lelaki boleh lah belikan untuk kakak. Tapi si pakwe tak payah nak sibuk nak belikan untuk makwe, jaga famili sendiri dulu. Eheh!

Jadi, marilah kita sama-sama menyerbu kedai yang menjual cermin besaaaaaaar dan membelinya lalu diletakkan di dalam bilik atau rumah.

Sekian.

Selamat membeli cermin. Ahah!

Wassalam.

=D


Sunday, September 23, 2012

Convo 2012

:')

Ps; I'll write the story later. Heheh


Saturday, July 28, 2012

Blessings





Bismillah.

Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Its Ramadhan :)

I’m thankful that He gives me the opportunity to encounter with this blessed month; Ramadhan. Sebab itu tandanya Dia masih sayang, masih mahu diri ini mendekatkan diri pada Dia di bulan yang penuh barakah ni.

I’ve read Contengan Jalanan before Ramadhan. Dan rasanya kalau tak baca buku tu, mungkin ‘ruh’ Ramadhan takkan terasa lagi dalam diri. Sebab bila baca CJ membuatkan rasa semangat nak hadap bulan Ramadhan, semangat nak tarawih, tadarus, lumba-lumba nak khatamkan Quran, qiam, hidupkan sepuluh malam terakhir. See? Banyak sangat benda baik yang boleh dibuat, hatta hidangkan makanan untuk orang yang nak berbuka pun dapat pahala. Kan?

Allah~

We should be grateful, sebab Dia bagi lagi kita bernafas. Still living. Alhamdulillah. Reading Contengan Jalanan by hlovate before Ramadhan makes me realize that this month shouldn’t be wasted. Sepatutnya kena gunakan kesempatan yang Allah bagi ni untuk pulun buat amal banyak-banyak.

Bila masuk je bulan Ramadhan, mesti kita akan dengar ayat 183 surah al-Baqarah.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [2;183]


…supaya kamu bertaqwa


…you may become righteous


Maka seharusnya tujuan kita menjalani Ramadhan ni adalah untuk dapatkan taqwa. Bukan sekadar dapat lapar dan dahaga semata-mata. Bukan sebab nak pegi beli ayam percik dengan air mata kucing tiap-tiap hari dekat bazar Ramadhan. Bukan sebab nak beli baju raya sepuluh pasang. Apatah lagi berazam untuk main bunga api dan mercun yang bunyi macam bom je gayanya.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.
– hlovate





Memang perit. Memang sakit. But it is better to change now, yes?

Semoga kita dapat taqwa yang kita impi-impikan tu.

-------------------------------------------------------------------------

Fend bingkas bangun. “Sampai hati kau nak masuk syurga,pi tinggal aku?” Saja.

“Dah tu?Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” K² pandang ke belakang sekilas dengan sengih selamba.

Fend sengih.Kena sebijik dengan K².



ps; Masuk syurga sama-sama, jom?



Till then, 

Wassalam :)