Saturday, April 14, 2012

Of being Hijabers and Fashionista

Bismillah.


Pheww.
Setelah sekian lama tidak menulis, maka saya kembali lagi dengan entri baru. Jangan rindu saya lagi, okay? Kehkehkeh :p

Baiklah, kita langsung saja ke point yang bener ya teman-teman sekalian. Ohh ya sebelum itu, silakan menonton video-video osem ini dulu.





Dua-dua video ni memang osem, kan? Siapa tak kenal aiman azlan, seorang blogger dan vlogger. Ramai dah yang kenal dia ni sebab dia selalu buat video-video yang best, meaningful dan ada nasihat-nasihat yang nak disampaikan.

Adibah, she’s a 17 years old girl and still studying at Sekolah Menengah al-Amin. [Say whaaaat?]

Yup, dia baru je 17 tahun. Tapi vlog dia sangat bermakna, kan? Well said, girl.

Okay, back to the vlog.

Perkara pertama yang kita kena consider bila kita nak buat sesuatu ialah niat. Sebab Rasulullah s.a.w sendiri pernah cakap; sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung kepada niat. Kalau niat kita baik, maka kita akan dapat apa yang kita niatkan tu.

Contohnya, bila seseorang tu pakai tudung sebab dia nak orang puji dia, maka dia akan dapatlah pujian tu. Tapi, bila kita menutup aurat sebab Allah yang suruh, maka Allah akan redha dengan apa yang kita buat. Tak guna kalau dapat pujian orang sekeliling tapi dicerca dan dihina oleh penduduk langit sana. Kan?

So, please know why you wear the hijab. It’s because Allah told you to do so and not because you want to please people.

Hijab is not just about covering your aurah, but it is also a sign of modesty. Tak guna jugak kalau pakai tudung tapi cakap macam apa je. Bila kita pakai tudung, kita dah menunjukkan bahawa kita seorang muslim. Maka, kita perlu membawa imej Islam. Islam agama yang chantek, maka tunjukkanlah ke-chantek-kan anda. Islam agama yang lemah lembut, maka tunjukkanlah ke-lemah-lembut anda itu. Serta, tunjukkanlah kesopanan anda ;D

Photo courtesy, Wardina Safiyyah

Saya sedar dan akui bahawasanya sekarang ni kalau pegi kedai tudung memang akan jumpa banyaaaaaaaak jenis tudung. Ada shawl, pashmina, Syria, tudung bawal Aidijuma, tudung bawal Dian Pelangi, tudung Siti [err]

Itu menunjukkan sekarang ramai orang yang nak pakai tudung. Kan?

Berfesyen tak salah. Pakai laaa apa pun yang kita nak pakai, tapi kita kena tau keutamaan kita apa.

Iaitu; untuk mendapatkan redha Allah dan bukan penghargaan manusia. Letakkan Islam di tempat yang pertama. Macam yang Aiman ni buat, perkara pertama yang kita kena pertimbangkan ialah ‘Islamic dress code’

Islam tak larang kita berfesyen, selagi kita mengutamakan etika berpakaian dalam Islam. Contohnya kalau kita nak pakai shawl, pakai je la. Asalkan labuh menutup dada, tak jarang, longgar dan tak melekat (macam nampak telinga tu)

Nak lagi detail boleh tengok kat sini

Actually, apart from discussing about hijab and fashion, I’m writing here too to introduce all of you about one of my sisters business. And hopefully you will like it!




Mashitah Syria - Chantek!


Apa yang best mengenai DF ni ialah, tudung soft awning, Syria dan shawl yang dijual semuanya labuh menutup dada :)



Till then,

Wassalam ^__^

Thursday, February 2, 2012

Because it is not the same.




Harini duduk dalam lab dari pukul 10 pagi sampai 3.30 petang. Keluar hanya untuk makan dan solat je. Orang lain seronok duduk rumah tapi saya kat Penang masuk lab. Takpe, FYP punya pasal. Redah je laaa.

Masa nak keluar lab petang tadi, berlaku conversation antara saya dan kawan, dengan co-supervisor kitorang; Husam. Husam ni student dari Iraq yang tengah buat PhD kat usm.

“When will you come again?”

“Maybe next Wednesday inshaAllah. Because on Monday and Tuesday are public holidays for Thaipusam and Maulidur Rasul.”

“Ohh yaa Maulidur Rasul. By the way, do you have any special celebration for Maulidur Rasul? Maybe in your hostel, mosque, or perhaps with your friends?” 

Nodded. 
“Yes, usually we have celebration in the mosque with talks about the Prophet Muhammad s.a.w.” 

“I see. What about your personal celebration? Maybe you can sit together with your friends and talk about our Prophet. Just to remember our Prophet.” 
“Why we can’t have special celebration here for Maulidur Rasul like the Chinese celebrating Chinese New Year? With so many lights and fireworks.” 

“Maybe because there are so many Chinese living here in Penang. That’s why.” 

“Yeah but still there are Muslims here too, right? Just a special celebration to remember Muhammad s.a.w” 

“You find it is different here from your country? Maybe the celebration and the surrounding is a bit different.” 

“Yeah different. Same goes with Eid Adha and Eid Fitri. During that time, the road is crowded. And we can feel the celebration. But not here.” 
“You know, I’ve asked people here about our Prophet but they don’t know. They are Muslim but yet they don’t know about Muhammad s.a.w. Allah said that Islam is the best religion, right? But the people here...” 

Nampak sangat muka dia sedih masa cakap pasal ni dengan kitorang tadi. 
Nampak muka dia sedih. 
Nampak mata dia merah. 

Sedih laa. Sedih. T____T 
Haih do you know how it feels here in my liver? 

Masa part dia cakap beza perayaan Muslim dengan Cina kat Penang, boleh la lagi nak bagitau dia yang majoriti penduduk kat sini Cina. Tempat lain lagi meriah agaknya. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak. Masih ada lagi Muslim yang duduk kat Penang ni. 

Kita dah dibiasakan kalau ada sambutan Maulidur Rasul mesti ada perarakan, mesti ada pertandingan sepanduk paling cantik. Bukanlah nak cakap cara-cara tu salah, tapi apa gunanya kalau lepas berarak berselawat bagai, lepas tu lepak kedai kopi sambil hisap rokok? Tell me, please? Hadith mana pulaknya yang bagitau nabi buat benda tu? 

No, I’m not blaming those smokers. Tapi nak cakap yang perbuatan tu macam ‘tak kena’. Kalau betul mengaku Muslim dan sayangkan Rasulullah, ikutlah apa yang baginda lakukan. *Reminding my ownself* 

Teringat rancangan ‘Law Kaana Baynana’ kat tv al-Hijrah masa dia interview sorang perempuan. Pengacara tu tanya apa dia akan cakap kalau Rasulullah ada pada waktu sekarang ni dan baginda dok sebelah kita? Dan perempuan tu terus menangis tak boleh nak kata apa dah. MashaAllah T____T 



Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlak mu 
Tidak terbalas segala jasa mu 
Sesungguhnya engkau Rasul mulia 

Lagi satu, bila dia cakap pasal Eid Adha dan Eid Fitri tu, memang dalam hati mengaku yang perayaan-perayaan tu takde la semeriah mana kalau nak banding kat negara diorang. Di Malaysia ‘ruh’ tu tak terasa sangat, tempat diorang lagi hebat agaknya. Kalau kat Malaysia ni, orang sibuk pergi bazar je petang-petang. Dekat nak raya pulak sibuk buat persiapan raya. 

Masa ni terus teringat satu quote dalam Contengan Jalanan

“Orang patutnya kejar Lailatul Qadar, tapi orang Malaysia selalunya kejar Laitatul Kamdar” 

Haih tiba-tiba rindu sangat nak ber-Ramadhan. Sempat ke tak ni? Allah, tolong panjangkan nafas kami hingga ke Ramadhan. Ameen. 


Fi Amanillah ^__^ 



Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Wednesday, January 25, 2012

Random #1


Hamdan Lillah. Dah habis exam untuk semester ni. Saya Cuma mampu bertawakkal dan berdoa pada Allah, so that everything will be alright. Tembakan doa bukan hanya waktu exam je, kan? 

Selepas exam terus ke queensbay dengan BFTJ. Hiks. Nak buat macam mana, orang dah ajak ikut je la kan. Bukannya selalu dapat spend time dengan Cikpuan sorang ni sebab kitorang tak sama course even dalam satu school. 

2. Pasca Exam. 

Tekanan exam bagaikan hilang dibawa arus angin bila dapat tengok buku-buku. Novel dan buku-buku kek, to be exact. Ewaaah bukan main hilang terus hehe. Jalan-jalan sampai sakit kaki, lepas tu balik rumah kat Melaka. Last minute punya decision, main redah je. 

Dan bila di rumah masa tu baru tersedar. Walau se-osem mana aglio olio dan chocolate indulgence, walau sesedap mana nasi kerabu pasar malam depan tesco sungai dua atau pasemboq padang kota, makanan yang dimasak dan dimakan di rumah-manis-rumah lebih osem dan enak! 

3. Buku-buku. 

Dah menjadi tabiat, kalau keluar pegi mana-mana mesti nak masuk kedai buku. Tak beli, masuk je pun jadi lah. Kalau tak tengok novel, tengok buku masakan. Sebenarnya haritu lepas exam nak cari novel Dia Yang Kunikahi – Iqbal Syarie. Tapi tak jumpa. Takpe la, takde rezeki lagi. Mana tahu boleh pegi book fair pulak lepas ni hihi~ 

Chicken Soup, anyone?


4. Tarbiyyah ‘Rainbow Cake’. 

Masih ingat yang ini? Ataupun ini? Kalau bukan kerana Allah yang gerakkan hati nak buka entri tersebut, mungkin dah terjelepuk atas lantai menangis tak mahu masuk dapur lagi dah. *exaggerate* Ye, Allah nak ajar supaya tak berputus asa, jangan mengalah, sabar, cuba lagi next time. Chillax, this is part of learning process sister! Allah knows best. 

‘…But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.’ Surah al-Baqarah [2;216]

5. Birthday. 

25Jan. Happy birthday, my hero. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk beribadah kepada Allah. Nanti orang balik orang buat kek lagi okey! Sayaaaaaaaaaaang hero saya. 


There goes my hero, he's ordinary =]

6. Rindu! 

Dearest _____ and _____. I miss you so so much! In fact, all of us miss you both. Till we meet again in Jannah, inshaAllah.





Okey tu je la nak bebel setakat ni sebab rasa macam dah lama sangat tak letak entri baru hihi.

Fi Amanillah ^__^



.