Pernah tak rasa macam nak buat something baik, sesuatu yang kita tak pernah buat atau jarang-jarang buat? Tapi kat dalam hati tu masih lagi ada perasaan ragu-ragu.
Hemm contohnye macam ni.
Contoh ye. CONTOH. Satu; Tak pernah masak tengah hari untuk family, tiba-tiba rasa macam nak masak something yang best, macam sayur ubi masak lemak sekali dengan sambal ayam. Pergh! (Apesal bagi analogi camni? -.-) Apa la salahnye kan, dah la tak selalu ada kat rumah. Sesekali balik tu nak jugak masak. Bukan setakat tolong masak nasi, basuh pinggan, buat air etc.
Lepas tu kat dalam hati mesti teragak-agak nak buat. Yelah, tak pernah dibuat sebelum ni. Nanti tak jadi pulak, tak sedap, tak ke membazir tu.
CONTOH. Dua; Tak pernah solat sunat dhuha, tiba-tiba je rasa macam nak buat pulak harini. Tapi ada pulak persoalan kat dalam diri. 'Eh betul ke aku buat ni? Boleh ke? Nanti dulu lah.'
Heh. Tu maknanya syaitan sedang mengacau niat baik anda ye. Dorang kan tak suka manusia ni buat kebaikan.
Someone told me, kalau rasa nak buat something yang baik, terus buat je. Tu maksudnya Allah tengah ketuk pintu hati kita untuk berubah. Sebab kita taktau sampai bila Allah nak hadirkan rasa nak buat kebaikan dalam hati. Buatnye harini kita bertangguh, esok dah tak diberi keinginan nak lakukan kebaikan tu cemana? Siapa yang rugi?
InsyaAllah, He will lead. Allah dah ketuk pintu hati, jangan sampai nanti Dia merajuk taknak ketuk pintu hati kita lagi. –Versus, hlovate
Jangan bertangguh. Sebab? Kita taktau bila Allah nak tarik nyawa kita.
Baiknye Allah! Even kita ni selalu lalai leka, tapi Dia selalu nak ingatkan kita. Cuma kadang-kadang kita je buat-buat tak sedar, buat-buat taktau. So lepas ni kalau rasa nak buat sesuatu yang baik, just do it. Yang penting Allah suka :’)
Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya... ~ Surah al-Hadid [57;21]
#NtMS; Note to myself.
Fi Amanillah ^__^
2 comments:
that's right my dear..just do it!!!
moga istiqamah =)
@alFarafisyah
Akak! Rindunye huhu~
InsyaAllah. Doakan :)
Post a Comment