Saturday, December 17, 2011

To Be Remembered.





Alhamdulillah, Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.


#1

151211
Terima kasih cik A sebab teman saye. Jazakillah khairan kathiran :')




#2

151211
Cik S, S, E. Terima kasih lah jugak sebab bawa Syarifah ke sini hihi. Lain kali ada rezeki kita pegi sini dengan yang lain ramai-ramai okey. InshaAllah =)




#3

171211


Hari ni untuk pertama kalinya setelah lebih 2 tahun di usm, baru berkesempatan cycling. Walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang 24/7 menghadap buku je kerjanya, tapi dah lebih 2 tahun kat sini baru nak cycling. Teruk ke? Heheh. 

Terasa sangat kecil dan kerdil bila kereta lain lalu kat sebelah. Yela selama ni kan driving je, tiba-tiba cycling pulak kan, rasa sangat kerdil sampai nak melintas jalan dan masuk simpang pun takut-takut. Tapi redah je :p 

Penat. Puas. Seronok. 

Seronok memang la seronok sebab lalu tempat favorite yang boleh nampak laut + awan + penang bridge. Heh ini memang kesukaan sepanjang duduk sini ^__^ 

TAPI. 

Hah, harini memang saya takkan lupa. Bukan sebab harini kali pertama cycling di usm. Tapi sebab tadi tu saya hampir-hampir 

ditabrak. 


*Pejam mata* 


*speechless* 





Sepanjang perjalanan nak balik ke hostel tu, dalam kepala saya asyik fikir; ‘kalaulah Allah tarik nyawa aku tadi dalam keadaan iman yang sangat nipis ni, Allahu Allah~’ 

Entah, macam-macam yang terfikir dalam kepala. Terus teringat kat mak, ayah, si kecik ain sumayyah. Betapa terasa macam…… heh, I can’t even describe the feeling with words. 

Sungguh, saya rasa bersyukur sangat-sangat Allah masih panjangkan umur saya ni. Itu tandanya Allah masih sayang. Am I right? Itu tandanya Dia nak suruh saya perbetulkan diri yang tak berapa nak betul ni. So many things to be corrected. 

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?" Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat" 

Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang  kepadamu ~ Quran. Surah al-Hijr [15;99]






*A starting point to be better, perhaps?

3 comments:

alFarafisyah said... [Reply to comment]

jazakillah atas perkongsiannya dik...
kata-kata Imam Ghazali tu mampu menggetar jiwa. Moga Allah redha...ayuh, kita sama-sama berhijrah, membina diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya...

p/s: rindu kamu juga ^__^

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

@alFarafisyah

Allah.

Apa la sangat tulisan sy ni kak.

Yup, kata-kata Imam Ghazali tu sangat bermakna. Moga menjadi manfaat untuk sy dan yang lain-lain.



p/s: terharunya ada orang rindu sy =D

Faarihin said... [Reply to comment]

As-salah.. syarifah..
lama akak tak singgah sini..

baca entri ni..

buat teringat aje kat U..

belum pernah lagi berbasikal..

tengok dia orang berbasikal.. teringin juga..

Allah sentiasa berikan hamba-Nya peluang untuk bertaubat kepada-Nya..