Friday, January 1, 2010

aku bercakap pasal azam, bukan khairul azzam

Salamun 'Alayk.



*credit to iLuvislam.com*


hari ini dah masuk 1 januari 2010. semalam, malam tahun baru orang semua sibuk nak tengok bunga api, cakap pasal tahun baru, dan semua orang nak buat azam masing-masing. oke fine.

bagi aku, kalau nak berazam bukanlah setakat nak tunggu tahun baru. bila-bila masa je boleh pasang azam dalam diri masing-masing. cuma benda ni dah jadi macam ikutan dan benda biasa bagi setiap orang. tahun baru, mesti azam baru. tapi kalau azam tahun lepas tak menjadi? haha pandai-pandai la korang jawab sendiri.


apsal kartun macam comel je?! hoho~~
*credit to iLuvislam.com*

yang paling penting (apa yang penting??!!) bila dah berazam macam-macam, kenalah berusaha. bukannya suka-suka cakap, lepas tu kau ingat senang-senang je boleh dapat? mimpi aje la wehhh.

kalau aku, nak berazam lebih-lebih pon tak kesah. sebab nanti aku akan berusaha untuk dapatkan apa yang aku nak. tapi bila aku tak dapat, aku tak lah rasa sedih sangat sebab aku tahu yang aku dah berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan yang terbaik. dan aku akan berusaha lagi lepas tu.

bak kata kakak aku, puan izzatul nadiah ibrahim;

aim to shoot the MOON, but if you fail, you will fall among the stars

kalau tak berjaya mencapai azam tu, jangan pernah kenal erti putus asa. usaha lagi.


*credit to iLuvislam.com*

oke ini ada tips sikit yang aku terjumpa. kat sini dan sini.

till then.

wassalam.

:)


*p/s: khairul azzam tu hero dalam cerita KCB. ^_^