Saturday, October 22, 2011

Ikhlas, A.K!


Kata Adam Khalis: 

Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau. 

Kata Kaseh: 

Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis! 

Kata Orang: 

… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara! 

Nur Kaseh Kaisara. Dia student major in English Literature yang berumur 20 tahun. Playgirl, clubbing, karaoke, night life, minum arak. Nak kata kaki arak tu tak la, tapi kat rumah dia memang ada je stok beer dan jenis-jenis arak yang lain. Siap ada stok dalam bilik sendiri lagi. Dan apabila stok arak dalam bilik dia dah habis, automatik bibik dia akan refill balik. 

Mummy daddy dia pun jenis yang macam tu. Ahli perniagaan yang berjaya sangat-sangat dan semua orang kenal famili dia. Tapi tu la, parents sendiri pun keluar pagi balik petang, bila malam pergi bersuka-ria. Balik rumah mesti dalam keadaan mabuk. Kaseh cuma ada adik dia, Kaisara yang berumur 8 tahun. Kaseh taknak Ira kekurangan kasih sayang sebagaimana yang Kaseh rasa, maka dia pun cuba sedaya-upaya nak bahagiakan Ira. Kiranya Kaseh ni kakak yang baik la, kan? 


Pengetahuan agama Kaseh nil, zero, kosong, sifrun, sifar. Takde langsung-langsung (!) Dan yang paling kesian, Kaseh taktau pun yang togok arak tu haram, muslim kena solat dan tutup aurat. Azan pun dia taktau apa benda. Maksudnya benda basic pasal agama pun dia tak tahu. Kesian sangat dengan Kaseh. Kawan baik Kaseh, Syera dan Aiman, pun selalu buat benda yang sama dengan dia. Clubbing, karaoke, night life, study sama-sama. Memang la Syera dan Aiman tu kawan yang baik, will always be there when Kaseh need them. Tapi tu la, kawan yang tak boleh nak bawa ke jalan yang benar. 

Iskandar, kekasih Kaseh yang ke 33. Mamat yang selalu jemput Kaseh naik Lamborghini. Memang la anak orang kaya jugak, tapi Iskandar nakkan Kaseh sebab nak luaskan perniagaan. Some sort like that la.

Apabila Kaseh putus dengan Iskandar, dia tertarik dengan Adam Khalis dan plan nak jadikan Adam kekasih ke 34 dia. Kaseh ni, selama dia ada pakwe, dia buat untuk main-main je. Takde nak serius pun. Tapi bila dengan Adam ni lain. Adam kena kan syarat dekat Kaseh. Nak tau syarat apa? Ceh, pegi la baca sendiri :p 

:') - tumblr

Adam Khalis ni senior Kaseh tapi lain fakulti. Dia budak engineering. Adam budak baik, boleh jadi ustaz laa, budak pandai, down-to-earth. Takde sapa pun yang tau mak ayah dia ada company besar sebab bagi Adam, yang kaya tu ummi dengan ayah dia, bukannya Adam. Maka, kalau Adam sendiri nak hidup senang, kena la usaha sendiri dan bukannya hidup senang dengan harta parents. True much? :)

Bila Kaseh dengan Adam, secara sikit-sikit Adam ajarkan Kaseh tentang Islam. And from that, Kaseh cuba untuk berubah. Bukan susah sangat nak ubah Kaseh ni sebenarnya sebab Kaseh perempuan yang naïf. Bila orang suruh buat sesuatu, memang senang je dia nak buat. Walaupun ada je halangan, tapi Kaseh bertegas juga nak ubah cara hidup dia. No more night life, no more beer, no more baju tak cukup kain dan banyaaaak lagi la. In short, Kaseh totally berubah bila dia kawan dengan Adam. 

Ok, korang memang kena baca novel ni. Best! =D 

Cuma, ada benda yang saya pelik sikit. Masih adakah orang macam Kaseh, yang taktau langsung-langsung pasal agama? Maksudnya, sikit pun taktau. Pasal aurat, pasal arak tu haram, etc. Kalau betul la ada, berat nanang kite lenim. 

Tapi kalau ada pun, macam kes Kaseh ni, mungkin sebab background family sendiri tak berapa nak elok dan kawan-kawan dia pun sama. Makanya, para ibu bapa dan bakal ibu bapa, persiapkan diri masing-masing untuk nak mendidik anak-anak kalian kelak ye. Ibu bapa yang akan mencorak anak-anak nanti bukannya orang lain. 

Kawan-kawan pun mainkan peranan yang penting. Sebab, kita mungkin tak selalu ada dengan keluarga. Bila dengan keluarga ada la juga yang nak menegur. Tapi kalau dengan kawan-kawan, kawan-kawan yang baik mesti akan membawa kita ke jalan yang benar. Dahtu kalau diorang tak baik? Jangan salah kan diorang yang tak baik, tapi kita sendiri yang kena ada usaha nak berubah dan ajak la sama kawan-kawan kita tu. Tu baru namanya sahabat sejati. Eheh~  :)

Dalam review di blog-blog lain, ramai ‘menegur’ tentang Adam Khalis yang dikategorikan sebagai ‘stok budak masjid’. Dan mereka tulis, Adam tu bukan la ‘stok budak masjid’ sangat sebenarnya sebab ada je dia terlewat solat. Menunaikan solat di awal waktu tu kan sangat dituntut. 

Apa pun, jalan cerita ‘Ikhlas, A.K!’ ni sangat-sangat best. Kadang-kadang sedih apabila Kaseh teringat dosa-dosa dia, kelakar dengan gelagat kawan-kawan baik Adam, geram dengan Iskandar dan lain-lain lagi la. Cik roommate saya pun cakap novel ni best :)

Tahniah Nirrosette

Oh btw, Nir is from Singapore. Maka, kadang-kadang korang macam akan nampak lain sikit bahasa dia. Contoh, ‘siang-siang’ = awal-awal. Tapi takpe, inshaAllah faham je bila baca :) 

:') - tumblr
Fi Amanillah  ^__~

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #3 - [30;48]