Tuesday, March 9, 2010

hati, mari bersabar lagi

Assalamualaikum


*credit to google.com*

hati aku sakit lagi. kali ni lebih perit, sakit, pahit untuk di telan. entah la, susah nak cakap. manusia ni macam - macam ragam, macam - macam warna.

namakan sahaja ape - ape sifat pun. lain orang lain caranya. kata orang, manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain - lain.

ye betol lah tu. dah macam - macam ragam manusia aku jumpa sejak akhir - akhir ni. tapi kenapa harus hati aku yang di sakiti? macam dah takde keje lain nak buat, macam dah takde jalan lain nak ambik.

sumpah! aku tak suka perasaan macam ni. benci! mulut ni dah terlepas ape - ape perkataan lah agaknye kan. huh!

susah nak faham perangai setiap orang macam mana. susah nak tutup mulut orang. tak selalu boleh jaga hati semua orang. tapi kadang - kadang, suara - suara kecit ni la yang akan menyebarkan 'virus' kat orang lain. susah, kan?

rasa sangat 'down' . tapi bila aku renung - renungkan, ni dugaan dariNya yang sekecil cuma. ramai lagi orang yang terima dugaan yang besar - besar belaka. dugaan yang mengajar aku erti hidup yang sebenar, dugaan yang menjadikan aku lebih dewasa. (huh?!)

dan sudah tentunya, dugaan ini mengajar aku erti kesabaran. ye, sabar tu penting dalam setiap perkara. ah tapi kadang - kadang kesabaran aku ni ada hadnye. tak boleh selalu sangat bagi muka kat orang, nanti kita balik yang kena pijak. agree, no?

moga aku sentiasa dikurniakan kesabaran olehNya, insyaAllah, ameen.


الصبر من الإيمان

*sesukahatiakujenaktambah: ini cuma luahan rasa, jangan ada yang terasa.