Tuesday, August 10, 2010

dia datang lagi


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.
Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan kali ni.
Ramadhan yang sarat dengan janji pahala.

Marhaban ya Ramadhan.
Ramadhan yang ku rindu.
kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

ini puasa yang hakiki

sumber dari sini

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)

even bulan Ramadhan ni membuatkan aku teringat pada dua orang tersayang kerna mereka telah 'pergi' pada bulan yang mulia ni, rindu pada Ramadhan tak kurang. hidup perlu diteruskan, aite?

kakngah, banglang;

Rest in peace. You're missed.
we miss you, loads!
May Allah bless.
ameenn~



buat orang-orang kampung [erk, aci main redah je haha]
buat Muslimin dan Muslimat ;

selamat berpuasa,
selamat bertarawih,
selamat ber-khatam Quran,
selamat ber-Qiyam
&&  
selamat berpesta Ibadah.


^_~

Wassalam.

Friday, August 6, 2010

j a u h

Assalamualaikum.

pagi semalam Alhamdulillah selamat sampai ke melaka. masa ayah amik, dalam kereta dok dengar radio IKIM, keluar puisi ni pulak. sedih. pilu. sendu. isk baca ajelah.











Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


by Muharikah
25 MAY 2006.