Saturday, November 2, 2013

Kerana Cinta Kita Tuainya di Syurga (Part 2)


Bismillah walhamdulillah.

Maka tibalah hari kedua untuk Konvensyen Nikah Itu Cinta. Semangat hari pertama masih ada :D


AKU TERIMA NIKAHNYA – Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

Kata-kata hukama’


Anak dididik 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan. Kerana didikan anak berkait rapat dengan didikan ibu bapa. 

Ataupun kata lainnya;


Parenting starts before marriage and the first child you’ll raise is yourself.

Macam mana tu? Ok kalau masa single pun diri tak terurus, bolehkah kita menguruskan pasangan atau rumahtangga selepas kahwin nanti? Dan kalau diri sendiri tak terurus sebelum kahwin, what do you expect from your spouse? Pasangan yang baik dan pandai mengurus diri? Kan Allah dah janji lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Tepuk dada tanya iman.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w merupakan TRUE LOVE kerana ia berasaskan Iman dan kekal walaupun setelah ketiadaan Saidatina Khadijah

Faktor-faktor Kebahagiaan

Komunikasi yang berjaya.
Cuba memahami pasangan—proses taaruf berpanjangan. Jangan ingat bila kita dah kahwin, kita dah cukup kenal dengan pasangan kita.
Menerima pasangan seadanya dan berusaha memperbaiki kekurangan.
Fahami perkembangan anak-anak dan layan anak-anak.
Perancangan kewangan.
Budaya menuntut ilmu dalam keluarga.
Restu ibubapa sangat besar kesannya dalam kehidupan rumahtangga.


MENANTU TERBAIK ADUNAN SUNNAH – Ustaz Zamri

Perkahwinan bukan setakat saya dan awak, ana wa anta, I and you, tapi perkahwinan melibatkan the whole family. Maka perlu ada taktik dan usaha untuk memahami keluarga baru kita. 

Okay mari kita belajar matematik di sini ye anak-anak


(I + K)S = ?

Di mana
I = Ilmu
K = Kemahiran
S = Sikap

Katakan I=7, K=10 dan S=2
Maka (I + K)S = 34

Katakan I=3, K=5 dan S=9
Maka (I + K)S = 72

Nampak tak perkiraanya di situ? Bila ilmu dan kemahiran tinggi tapi sikap kurang, hasilnye takde la mantap sangat. Tapi bila sikap tinggi walau tak banyak ilmu dan kemahiran, hasilnya lebih berkualiti daripada yang awal. Tuntasnya, sikap yang baik sangat penting


IMAM BACA SEDAP, MAKMUK KHUSYU’ – Heliza Helmi, Imam Muda Asyraf, Ustazah Norlaila

Slot santai dan penat gelak sebab Heliza dengan IM Asyraf buat lawak je. Satu soalan dari Heliza kepada Ustazah Norlaila, macam mana nak dapatkan anak yang soleh, solehah, cerdik, pandai, comel, comeyngaaa

Jawab ustazah, lelaki harus jaga diri sebaik-baiknya. Wanita pula perlu jaga rahim sebaik-baiknya supaya anak yang dikandung nanti adalah anak yang soleh, solehah, cerdik dan yang baik-baik belaka. Nampak tak yang pembentukan anak-anak tu sememangnya kena mula dengan diri kita dulu. Jangan tunggu dah beranak baru nak perbaiki diri.

Pesan IM Asyraf, istikharah bukan terletak pada mimpi. Solat istikharah tapi dok sibuk nak tunggu mimpi tak kunjung tiba. Mimpi bukan jawapannya. Tapi istikharah terletak pada ketenangan dan kemudahan urusan selepas melakukan solat istikharah.


TA’DIB, TA’LIM, TARBIAH & IRSHAD ADALAH TANGGUNGJAWAB IBUBAPA – Ustaz Izhar Ariff

Semua orang yang nak kahwin bukan kena fikir keseronokan berkahwin je. Tapi perlu juga memikirkan kehidupan selepas kahwin which is much more challenging. Tanggungjawab bukan setakat untuk diri sendiri je, tapi juga untuk pasangan dan anak-anak. 

Dalam slot ni ustaz ada berkongsi cara dia didik anak-anak. Macam yang kita tahu, children will tend to follow apa yang orang sekeliling dia buat. Tak kisah la kawan-kawan di sekolah mahupun famili di rumah. Environment sangat memainkan peranan penting. 

Jadi kalau nak anak-anak buat benda baik, ibubapa dulu kena buat. Kalau beria suruh anak solat awal waktu tapi diri sendiri pun liat solat awal, nanti anak tu akan persoalkan “kenapa mummy solat lambat?” haa sila sentap di situ.

Ustaz ada cerita yang anak perempuan sulung berusia 8 tahun ada mintak papa dia belikan stongan (stokin tangan) dan baju yang labuh je. Pernah sekali ustaz belikan dia baju yang tak berapa nak labuh sangat. Tapi beria anak perempuan ustaz taknak pakai sambil cakap “papa, kakak taknak pakai baju tu sebab pendek. Kakak nak baju yang labuh-labuh je”

Boleh agak kenapa anak ustaz macam tu, sebab didikan ustaz dan isteri bermula dari rumah. Bukan harapkan ustaz ustazah di sekolah yang didik anak.

Didikan Cara Nabi s.a.w

Berkomunikasi dengan lemah lembut.
Bergurau dengan anak-anak.
Selalu beri motivasi, memuji, setiasa positif.
Pemakanan gaya Nabi Muhammad s.a.w


MALAM NUR KASIH – Inteam Reunion




Slot terakhir untuk konvensyen kali ni. Kali terakhir dengar dan tonton InTeam buat persembahan masa tahun 2011 untuk Konsert Maher Zain di Shah Alam. Masa tu pun ada Suhaimi dan Hisham pun ada jugak, so bila ada diorang banyak la lagu masa memula InTeam keluar dulu.





Alhamdulillah, dapat tunggu sampai ke akhir slot malam tu sebab kalau nak diikutkan ramai dah balik. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Allah izinkan lagi nak menimba ilmu, mengingat balik tujuan penciptaan kita di dunia ni. Sebab manusia sifatnya pelupa dan untuk mengingatkan balik, selalulah berdamping dengan majlis ilmu. Walau sekarang ni masa dah limited, tak macam masa study dulu, kena pandai grab peluang yang ada.


Semoga kita semua dikurniakan belahan jiwa yang soleh/solehah. Ameen :)









InshaAllah next event; Twins of Faith on this coming December. 

Friday, November 1, 2013

Kerana Cinta Kita Tuainya di Syurga (Part 1)


Bismillah walhamdulillah.

Sebenarnya agak kekok sebab dah lama tak update blog maka maaflah kalau rasa awkward hihi :D

Minggu lepas sempat join Konvensyen Nikah Itu Cinta di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Maka boleh lah tahu ke mana arah tuju post ni ye? Konvensyen ada dua hari, jadi perkongsian di blog ni pun akan dibahagi dua.


 

Dengan lambakan seminar dan konvensyen di Malaysia ni, dah takde alasan untuk mengelak. La budda. Tidak dapat tidak. Keputusan semua letak di tangan sendiri sama ada nak join ke tak. Sebab ilmu takkan datang bergolek kalau duduk diam situ je tanpa ada apa-apa usaha. Kan?

Dan kata Ustaz Zaharuddin;


Ilmu yang kita dapat dan telah ditulis di dalam buku nota perlu ditelaah, dirancang elok untuk simpanan serta rujukan. Perlu diulang-ulang juga bagi melekat diminda dan hati. Tanpanya, ia 'lari' atau 'mati' seperti larinya haiwan kesayangan tanpa perhatian.

Nah. Moga usaha untuk menaip semula nota-nota di blog dapat dibaca berulang-ulang kelak, melekat di minda dan hati seterusnya terzahir melalui amalan. Biiznillah!


MENGURAT VS DINGURAT – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Kata Ustaz Pahrol, sewaktu dia dapat tajuk ni pun dah pening kepala nak cakap pasal apa sebab tengok tajuk lain macam je kan. Tapi diusahakan juga supaya disampaikan dengan sebaik mungkin. Ini kali ketiga mendengar dari Ustaz Pahrol secara live dan mashaAllah isi-isi yang ustaz sampaikan sangat padat.

Kalau nak diikutkan apa yang ustaz sampaikan lebih kurang je macam masa Seminar Baitul Muslim 2.0 yang lepas. So bolehlah jadikan ini untuk ‘ulangkaji’ apa yang dah dipelajari dulu.

Keamanan sesebuah negara bergantung kepada pembinaan Baitul Muslim. Memetik kata-kata Mother Teresa;


She was asked, "What can we do to promote world peace?" She answered "Go home and love your family."

Carilah teman yang dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab pada Allah. Cinta hanya JALAN untuk sampaikan MATLAMAT menuju Allah. Dan apabila ada tujuan, Allah akan tunjukkan jalan yang betul. 


Hukum Kasih Sayang;

Berilah dulu kasih sayang, baru kita akan dapat kasih sayang.
Jangan cari bahagia dalam rumahtangga, tapi bawalah kebahagiaan sejak dari awal (bujang) ke dalam rumahtangga.

Carilah calon yang menjaga solat kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah. Kalau hubungan dengan Allah yang dah beri hidung, mata, telinga, udara, nafas semua pun dia tak boleh nak jaga, apatah lagi dengan kita yang tak beri pun hidung, mata, dan telinga tu pada dia. Kan?


Untuk satukan kertas dengan kertas kita guna gam

Untuk satukan kayu dengan kayu kita guna paku

Untuk satukan hati dengan hati, gunalah IMAN


PERSIAPAN ZAHIR BATIN PENGANTIN – Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jofrie

Slot yang santai sebab ustaz ni pun kelakar orangnya :D

Ok bila cakap pasal persiapan mesti dah fikir banyak benda yang perlu disiapkan. Bukan sahaja persiapan untuk walimah, tapi termasuklah persiapan mental dan rohani untuk menempuh alam yang baru. Tapi kita tak boleh nak expect kita akan sedia 100% sebelum kahwin. Kalau nak tunggu bebetul sedia memang ntah bila baru boleh kahwin, ye dak? So sedia mana yang mampu, selebihnya tawakkal pada Allah sebab lepas kahwin pun ada je lagi banyak benda yang boleh belajar (ceh gaya cakap macam dah kahwin je agagagaaa)

Kenali Diri

Mesti tahu kelebihan dan kekurangan diri sebab kalau nak jadi pasangan yang baik, kena tahu bagaimana untuk lengkapkan pasangan melalui kelebihan kita. Barulah boleh cakap “you complete me” haa gitu haha. 

Expectation dalam Perkahwinan

Perlu realistik. Bukan khayalan. Bukan fairytales. Apa kau ingat ini cerita Cinderella, ada putera raja kacak datang menyelamatkan keadaan? Oh tidak!

Communication Skill

Perlu tahu bagaimana cara nak bagi respon yang baik kepada pasangan. Part paling kelakar bila ustaz ajar bagaimana nak jawab pasangan yang kuat bebel, especially untuk lelaki. Kan perempuan ni kat luar nampak malu-malu tapi bila balik rumah potpetpotpet bercerita dengan sang suami. So bila lalui situasi camni, ulang balik apa isteri tu cakap. Contohnye macam ni;

Isteri : Abang tadi masa on the way nak balik ada orang tu bawak kereta slow sangat
Suami : Ohhh slow sangat?

Nanti mesti isteri akan jawab, “haah slow sangat. Dah la banyak kereta bla bla”
So lelaki kalau dapat isteri camni jangan la buat taktau je hoho. Dan benda ni pun applicable untuk perempuan yang dapat suami banyak cakap hehe.

Ilmu Agama

Untuk perempuan especially, jangan harap suami akan ajar semua benda lepas kahwin. Tuntutlah ilmu bermula dari sekarang. Tak rugi pun!

BERSEDIA untuk membentuk rumahtangga bukan untuk keluarga kita sahaja, tetapi untuk masyarakat juga. Supaya keluarga kita dapat jadi pemimpin untuk orang-orang bertaqwa dan membentuk masyarakat yang bertaqwa.

So true. Sangat bertepatan dengan doa yang kita selalu baca [25;74]


KAHWIN MUDA: OH INDAHNYA! – IM Nazrul, Hilal Asyraf, Ustaz Halim Hafidz 

Slot ni semua dok cerita pengalaman kahwin masing-masing yang semuanya kahwin masa belajar. Dan pastilah tentangan-tentangan untuk kahwin di waktu masih belajar tu ada. Mana ada benda yang senang. Maka ketiga-tiga lelaki ini telah menunjukkan kesungguhan masing-masing untuk bernikah dan seterusnya membantu agama Allah.

IM Nazrul dinasihati oleh pensyarahnya untuk kahwin kalau nak cemerlang dalam pelajaran. Haa lecturer sendiri suruh kahwin. Bila pulang dan minta izin pada ibunya, mestilah dapat tentangan sebab masa tu masih study kan. Soalan yang common; nak bagi anak isteri makan apa?

Hilal Asyraf pula bernikah lepas tamat belajar di Jordan. Dan dia membuat ‘kertas kerja’ untuk ditunjukkan pada ummi ayah. Dan tentulah itu untuk menunjukkan kesungguhan. Kalau tak mesti paperwork kena reject on the dot kan.

Bak kata Ustaz Halim; lautan api sanggup ku renangi. Nak kahwin awal kena tunjukkan kesungguhan. Dan pastinya semua ujian-ujan tu mematangkan dan tak sia-sia. [2;286] So sweet!


RANCANG WANG SEJAK JATUH CINTA –Tuan Shamsudin Kadir

Okey ni benda yang penting ye. Rumahtangga bukan untuk sehari dua, perkahwinan tu ye sehari dua je. Maka laburlah untuk rumahtangga, bukan untuk majlis perkahwinan tu. So untuk slot ni ada tips yang diberi untuk menjimatkan duit.

Untuk majlis perkahwinan la kan, tak perlu nak salin lapan belas helai baju dalam masa satu hari. Pelamin pun kalau boleh simple je la kan sebab takyah guna untuk sanding. Guna untuk ambil gambar dengan famili dan kawan-kawan pun dah ok kan. Utamakan yang wajib dan buat se-simple yang boleh. Tapi kalau nak buat juga, itu dinamakan

Membiayai perasaan seronok.
Dan hidup dalam dunia khayalan.

Lepas kahwin mesti nak pergi bulan madu kan? Honeymoon yang pergi tempat-tempat tertentu dengan kos yang banyak itu dinamakan bulan madu import. Okei nak tahu apa yang boleh dijimatkan untuk honeymoon ni? Ia dinamakan bulan madu tempatan.

Apo bondo eh tu? Bulan madu tempatan adalah pasangan yang baru berkahwin pergi menziarahi kaum keluarga supaya dapat belajar tentang pantang larang ataupun perangai keluarga baru kita. Boleh baca lebih lanjut di sini 


WACANA FIQH USRAH – Ustazah Norhafizah Musa, IM Jabar

Kata ustazah, beristikharahlah. Bertanyalah pada yang Maha Tahu sebagai satu manifestasi keyakinan kita pada Allah. Sebab segala keputusan yang mendapat petunjuk dari Allah itulah yang terbaik buat kita. Kena yakin. Jangan seberono cakap taknak tanpa bertanya pada Allah.

Fiqh Menentukan Tujuan Rumah Tangga

Perlu tahu ke mana arah tuju perkahwinan dan rumahtangga yang dibina. Dan pastilah tujuan dan matlamatnya kerana Allah. 

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut`ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
 ~ Surah al-Ahzab [33;28-29] 

Fiqh Memahami Tabiat Pasangan

Selalu berikan sokongan untuk pasangan dan berikan kedamaian jiwa. Dan bila dah masuk alam rumahtangga, kita akan jadi macam-macam untuk pasangan. Jadi artis untuk hiburkan pasangan, jadi nurse yang sentiasa senyum dan sabar, jadi pendakwah untuk berdakwah kepada pasangan dan anak-anak. Ingat cikgu kat sekolah je ke multi-tasking? Dah kahwin pun kena multi-tasking tau!

Fiqh Keharmonian Rumah Tangga

Wujudkan suasana yang harmoni dalam rumahtangga. Jangan disebabkan kelebihan atau kekurangan jadi sebab perbalahan.
 


Tamat hari pertama. Pulang dengan kepenatan dan kesesatan (memang tak sah kalau tak sesat haha) tapi masih bersemangat untuk hari kedua pula. See you soon!