Bismillah.
Bila
melihatkan bahagian blog archive di sebelah kanan blog ini, baru sedar yang
betapa sudah lama tidak menulis di sini. Jujur, zaman belajar tersangatlah
tidak sama bila dah berkerjaya.
30 dan 31
Ogos lepas sempat join The Bidadari di PICC. Dan seperti biasa, ringkasan
cacatan sepanjang program akan dikongsikan di sini. Mungkin ada kekurangan here
and there, maka maaf dipinta dari awalnya. Tulisan ini untuk diri sendiri
terutamanya. Moga nanti boleh diulang-baca untuk rujukan, diingat dan terzahir
melalui amalan. InshaAllah.
SRIKANDI DI
SISI RASULULLAH S.A.W – Ustazah Ummi Rose
Slot pertama
bersama Ummi Rose – pengasas Raudhatus Sakinah. Slot ni banyaknya Ummi Rose
berkongsi tentang cerita-cerita serikandi tersohor dalam sirah seperti Khadijah
r.a, Aisyah r.a, Fatimah binti Asad r.a, Umm Haram binti Milhan, Nusaibah binti
Ka’ab dan lain-lain.
A woman admired or idealized for her courages, outstanding achievements or noble qualities.
Sambil
bercerita tentang serikandi-serikandi ini, Ummi Rose ada juga menyelitkan
tentang pengalaman Ummi ketika mengendalikan anak-anak di Raudhatus Sakinah,
sebuah institusi yang diwujudkan untuk memberi perlindungan dan bimbingan
kepada remaja puteri yang terlibat dengan gejala sosial.
Dan apabila
bercakap tentang remaja ini, mungkin ada yang memandang serong. Malah ada juga
suara-suara ‘sumbang’ yang memperkecilkan usaha Ummi serta rakan-rakan yang
lainnya. Perkara biasa, kadang benda baik yang kita nak lakukan banyak cabaran
dan dugaan. (bukan kadang-kadang, tapi selalunya begitulah huuu T_T)
Begitu
banyak sebenarnya kualiti dan sifat serikandi-serikandi ini yang boleh kita
contohi. Dan apa yang sahabiah ada tapi tidak pada kita? Jom muhasabah diri
balik.
Total ketaatan kepada Allah dan Rasul.
Berani berhadapan dengan musuh.
Sentiasa mempertahankan diri dan maruah agama.
Menahan sabar dalam menghadapi kesakitan, kesusahan dan ditimpa musibah.
Menahan sabar dalam menerima nikmat dan kesenangan.
Ithar – mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain.
Sentiasa memohon doa yang lebih baik.
Berani berhadapan dengan musuh.
Sentiasa mempertahankan diri dan maruah agama.
Menahan sabar dalam menghadapi kesakitan, kesusahan dan ditimpa musibah.
Menahan sabar dalam menerima nikmat dan kesenangan.
Ithar – mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain.
Sentiasa memohon doa yang lebih baik.
Boleh ke
kita ni nak jadi serikandi? Kerana merasakan diri ini terlalu kerdil dan sangat
jauh lagi perjalanan untuk memperbaiki diri. Perlu ada matlamat jelas tujuan
kita di dunia ini. Perlu tahu mana yang lebih penting – dunia atau akhirat?
Perlu yakin dengan Allah dalam setiap perkara.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, SERTA melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
~ Surah ali-ImraN [3;104]
Bina keluarga yang anak-anak kita nanti pilih syurga untuk kita.
MERDEKA :
KEMERDEKAAN SEBENAR SEORANG MUSLIMAH – Prof Muhaya
Bagaimana mahu hidup dalam ketenangan pada setiap masa?
(How to live
your life at every moment with calmness?)
Jadi pemerhati pada diri sendiri. Hargai orang di sekeliling, gunakan mata hati.
Rasa bahagia bila duduk sorang-sorang. Bila tak suka orang, tak akan suka duduk dengan orang tu. Tapi bila kita tak suka duduk sorang-sorang, itu maknanya tak suka diri sendiri.
Sentiasa lakukan refleksi diri.
Jadi pemerhati pada diri sendiri. Hargai orang di sekeliling, gunakan mata hati.
Rasa bahagia bila duduk sorang-sorang. Bila tak suka orang, tak akan suka duduk dengan orang tu. Tapi bila kita tak suka duduk sorang-sorang, itu maknanya tak suka diri sendiri.
Sentiasa lakukan refleksi diri.
Seperti yang
diketahui, Prof Muhaya sangat terkenal dengan aura positifnya. Prof selalu
ingatkan kita untuk buat baik supaya kita juga boleh lakukan kebaikan pada
orang lain.
Kebebasan yang utama adalah kebebasan daripada makhluk. Orang yang tidak bebas sangat fokus untuk dapatkan perhatian manusia sedangkan orang yang bebas adalah yang dapat membebaskan diri daripada penghargaan manusia dan hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
Satu pesan
Prof Muhaya kepada peserta yang masih belum berkahwin (err is that me? :p)
perlu tulis segala ciri-ciri orang yang ingin kita kahwini dan kemudian
bandingkan dengan diri sendiri. Mana-mana sifat yang tak ada dalam diri kita
bolehlah diperbaiki. Apa anda ingat akan dapat pasangan yang soleh/solehah jika
diri sendiri masih melakukan perkara lagha? **krik krikk*
Dalam hidup,
kita dapat apa yang kita jangkakan. Fikir baik, rasa baik, buat baik dan
kemudian inshaAllah akan dapat kebaikan. Dan apabila kita ada masalah (baca :
ujian) tambah lagi rasa kesyukuran. Count our blessings that He already grant
us.
Your thinking and your emotions today will create your future. So choose well your emotions.
KHABAR
GEMBIRA BUAT WANITA PENGHUNI SYURGA – Dr Harlina Siraj
Belajar ilmu
ada tiga tingkatan.
Pertama :
barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang
sombong.
Kedua :
barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang
tawadhu’.
Ketiga :
barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasa bahawa dia tidak
tahu apa-apa.
Pesan Dr
Har, wanita penghuni syurga tidak berenggang dengan al-Quran. Selalulah
perdamping dengan al-Quran. Selalu orang pesan (and I read in hlovate’s novel
too) kalau kita rasa sedih dan nak dengar Allah tengah bercakap dengan kita,
baca Quran (and of course with the translations too la kan). Dan kalau kita
rasa nak bercakap dengan Allah, solat dan doa.
Bukan
setakat tu je, Quran kan GPS kita untuk hidup di dunia ni. Atau mungkin juga
WAZE. Hoho =D Sebab setiap
apa yang ada dalam Quran tersangatlah berguna untuk kita.
Untuk masuk
syurga perlu jadi orang yang beriman [an-Nahl : 97], perlu menjadi hamba
kepada Allah [adz-Dzariyat : 56],
perlu menjadi khalifah di muka bumi ini [al-An’am : 95]
See? Semua
memang dah lengkap dalam Quran. Cuma kita (saya lah tu) yang sangat leka.
Nastaghfirullah.
BAGAIMANA
KEKAL PRODUKTIF SEBAGAI ISTERI, IBU DAN WANITA BEKERJAYA – Dr. Rubiah K. Hamzah
Ok slot ni
memang banyak kelakar ye. Tak pernah tengok Dr Rubiah secara live, waktu ni
baru tahu yang Dr kelakar orangnya hee =D Selingan supaya kitorang tak
mengantuk la agaknya sebab slot waktu petang memang mengundang zzzz
Tengok
tentatif program, tajuk ni antara yang saya tunggu-tunggu sebenarnya. Emm emm
sebabnya kan, (ini pandangan saya yang kerdil, subjektif ok!) merasakan untuk
mendidik anak-anak di zaman ini sangat mencabar. Maka jika masih bekerjaya
walau setelah berkeluarga, adalah sangat mencabar dan saya rasa sangat kagum
pada wanita berkeluarga dan bekerjaya. Tapi sebenarnya untuk melakukan semua
itu tidak mustahil, kan?
Slot ini Dr
Rubiah bincangkan tentang tokoh Khadijah binti Khuwailid. Dalam diri Khadijah
terdapat kekuatan spiritual dan kejernihan cinta. Beliau sentiasa dan selamanya
beriman kepada Allah serta meyakini kebesaran risalah Rasulullah s.a.w.
Untuk kekal
produktif, kita perlu bangunkan bahagia dalam diri untuk bahagiakan suami dan
anak-anak, mampu menyumbang untuk keluarga, masyarakat, syarikat dan negara,
mampu mengikut arus tetapi masih kekal di jalan syariat Allah serta mampu
memberi nasihat, pelindung dan kasih sayang kepada keluarga, suami dan
anak-anak.
KEJITUAN
AQIDAH, KELUASAN FIQH, KELEMBUTAN AKHLAK – Prof Madya Dr Syarifah Hayati
(My favorite
speaker please. Dari zaman sekolah dulu sebab tengok dia di Forum Perdana Hal
Ehwal Islam =D)
Ciri-ciri
wanita solehah
Muslim
Mukmin
Taat
Benar
Sabar
Merendah diri kepada Allah / khusyu’
Bersedekah
Berpuasa
Memelihara kehormatan
Menyebut nama Allah banyak-banyak
Muslim
Mukmin
Taat
Benar
Sabar
Merendah diri kepada Allah / khusyu’
Bersedekah
Berpuasa
Memelihara kehormatan
Menyebut nama Allah banyak-banyak
Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
Kejituan
aqidah didasari oleh kesyukuran rahmat iman, keyakinan kekuasaan Allah yang
boleh memberi atau melupuskan nikmat dan keikhlasan beramal menuntut syara’.
Orang yang kuat adalah orang yang tahan apabila diuji.
Ibnu Abbas
mengingatkan;
Apa-apa
kebaikan yang kita nak lakukan segerakanlah, anggaplah segalanya adalah kecil,
walau berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, rasakanlah ianya sedikit.
Supaya kita menambah lagi kebaikan itu.
Slot malam
tu mula dimulakan dengan slot Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki. Slot ini sebenarnya
banyak tentang poligami. Dan satu pesan ustazah tentang poligami adalah niat
dan hala tuju poligami itu sendiri. Adakah ia akan menambah lagi taqwa atau
sebaliknya?
Walau ke mana kita pergi, suka atau tidak, kita adalah hamba kepada Allah.
MATLAMAT
UNTUK ANAK-ANAK MENGKHATAM, MENGHAFAZ ATAU MENGHAYATI AL-QURAN – Ustazah
Fatimah Syarha
Sebenarnya,
saya sangat kagum melihat Ustazah mendidik anak-anak beliau yang dipanggil
ulama’ kecil. Merasakan bahawa setiap ibu perlu menjadi contoh yang terbaik
buat anak-anak. Maka persediaannya harus dimulain dari sekarang yukkk!
Tarbiyah itu jalannya panjang. Jangan harapkan hari ini ajar anak sesuatu, esok dia akan dapat.
Al-Quran
perlu dijadikan matlamat paling utama. Kalau menghantar anak ke kelas Quran
tetapi pada waktu sama ibubapa lebih mementingkan hal-hal dunia, tiada gunanya.
Perlu menyebut perkara-perkara positif di depan anak-anak walaupun anak buat
nakal.
Wanita perlu bermatlamat untuk melahirkan generasi hebat.
Tamat
program untuk hari pertama. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan semuanya - peneman sepanjang hari tu baru dua kali bersua, tapi terasa macam dah
lama benar kenal. Allah memang dah satukan kita dalam doa agaknya, ya?
Moga Allah
redha semuanya.
Tweet