Thursday, February 25, 2010

cakap cun-cun, boleh?

Assalamualaikum.

bila aku selak-selak balik belog aku ni, tengok entri aku yang paling latest pon ahad lepas. uish. apsal lama tak update ni? ish ish. tapi aku ada je blogwalking kan kan kan ? yang tak tersinggah tu, nanti aku singgah yea?!

tak lama lagi dah nak masuk bulan mac. tak lama lagi nak final exam oiiii~~ lagi sebulan macam tu. uish, lama dah aku kat usm ni rupanya. lama dah aku kat penang ni. macam tak percaya pon ada la jugak sebab aku tak sangka dapat pergi sejauh ni. hee~~

dan dalam masa ni, dah macam-macam orang yang aku jumpa, macam-macam ragam. dan aku sedar perangai sorang budak ni masa kitorang buat team work. memang, kalau dah ramai-ramai tu susah nak jumpa kata sepakat. kadang-kadang kita susah nak terima pendapat orang lain.


teamwork, people!
teamwork!!


tapi bagi aku, kalau tak boleh terima pendapat orang, tak perlu la nak cakap kasar sangat. dan tak perlu la nak bangkang idea orang tu teruk-teruk. kesian kat orang yang perah otak. susah-susah nak dapatkan idea. alih-alih, pegi bangkang dan cakap idea tu tak best gila.


best best best

pergh. aku rasa macam nak tampar-tampar je. (amaran keras : sila jangan ikut perangai ni) cakap baik-baik tak boleh ke?bukan tak boleh nak bangkang idea orang, tapi tolong la guna bahasa yang cun-cun sket. :) (pengalaman jumpa orang macam-macam ragam)

dulu sebelum masuk universiti, ada orang cakap kat aku. "benda-benda yang tak bagi pointer, tak sumbang apa-apa kat pointer tak yah la nak join. tak yah nak berpersatuan bagai. tumpu kat study je. "

mula-mula, aku rase betol jugak tu. benda tu bukan bagi apa-apa effect pon kat pointer. kang kalau tak pandai nak bagi masa, study pon tah ke mana.

tapi sekarang, aku sedar yang benda-benda kita buat kat universiti ni belum tentu kita akan buat lepas ni, means bila kita kerja nanti. inilah yang dinamakan PENGALAMAN. susah tau nak dapat. masa ni la nak kenal semua orang, merapatkan tali silaturrahim. :)

jangan nak harapkan sijil, markah, pointer je. tapi pengalaman tu yang penting sebenarnya. ingat tak masa aku cerita pasal aku jual tiket dalam entri ni? masa tu, aku rasa fed-up sangat, rasa nak tarik diri. sampai aku fikir, apsal la aku buat keje nih. *gelak*

tapi kan, macam aku cakap tadi la. tu la salah satu pengalaman aku. dan sebab aku nak dapatkan pengalaman la, aku teruskan jugak join committee tu. (kalau nak cakap pasal semua pengalaman aku je memang sampai esok pon tak habes :P)

till then,

wassalam.

^_~


*sesukahatiakujenaktambah: salam Maulidur Rasul. (sangat-sangat tersentuh baca entri ni

12 comments:

Eyqa Zaque said... [Reply to comment]

Salam maulud kembali. sama2lah kita menyemarakkan sunnah nabi.

qamarguyz said... [Reply to comment]

salam ziarah..
agreed with u..
pengalaman itu amat berharga, banyak membantu membentuk peribadi diri..
sy sendiri pun 'muda2' dl agak pasif, pendiam..
tapi bile dah j0in tu semua, baru terserlah keterampilan...
nyway GudLuck yer.. =)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Billet-DOux;

salam.
insyaAllah2.
:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Azrai Ahmad Zamri;

salam,
yup betul. sy pon pendiam jugak nak2 lagi dengan orang yang baru kenal. tapi sekarang sedang belajar nak jadi peramah. heheh~

btw, thanks.

^_^

.::WaNiE::. said... [Reply to comment]

salam maulidur rasul,

Bagus what u are doing, actually participate dgn aktiviti2 masa kat U help u bila dah kerja nanti :-) macam tak susah sangat nak sesuaikan diri kalau kene kerja kat luar, ramai-ramai orang.

Gieyana said... [Reply to comment]

kt usm rupanya..akak stay kt Gelugor ja..akak ppn malas nk wat new entry..cuma blogwalking jer..adeeei!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

wanie;

yup betul. btw, thanks fr the advice.
:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

kak Gieyana;

la yeke. dekat sangat dah tu kak. heheh~
takpe2. blogwalking pun dah oke. hehe~
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to comment]

hehehe~

rindu aku ke?

tak memasal je~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

kak zara;

heheh~

:P

Apek_JADIANjr said... [Reply to comment]

aku pun nak menyibuk jugak.. pahh... lebiu... ekekekeke...

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

apek;

HAHAHAHA!!!
apek apek.
otak tiga suku kah?
:P