Hidup.
Apa erti hidup ni sebenarnya? Apa tujuan kita hidup ni?
Kalau nak tanya kat orang; students la kiranya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan degree. Lepas tu dapat kerja yang bagus-bagus, kahwin, and have your own family. Follow the flow. Macam tu.
Macam tu je?
Fend…
Fend the Fendy Fender. Pelajar Limkokwing, jurusan fotografi. Hidup dia cuma dengan Nikon, Htc, Dell, gitar Fender, member-member Creepy Hues. Dia anggap masa depan tak perlu dirancang. Pada dia, walau kita rancang macam mana pun tapi kalau bukan benda tu yang tersurat, memang takkan jadi jugak.
Kalau cakap macam tu, tak ke sama kalau kita tak payah buat apa-apa langsung dalam hidup? Semua orang tau yang dia bakal mati. Buat apa sekali pun, sudahnya akan mati juga. Dah tu baik kita duduk diam je tak payah buat apa tunggu mati, macam tu? [ms 62]
Tapi bukan macam tu, masa depan ni perlu dirancang sebenarnya.
One who fails to plan is planning to fail.
Sejak Fend jumpa Lia dan Lia bagi dia cd the
11th Hour, Fend cuba untuk cari erti sebenar kehidupan. Mula cari tafsir Qur’an, buku-buku motivasi yang cerita tentang hidup. Tiba-tiba Chad pula datang dengan idea nak buat masjid-hopping di Australia. Fend sendiri tak pernah terlintas di kepala yang dia akan buat semua tu dengan Chad, di bulan Ramadhan. Dan sejak tu la dia faham apa sebenarnya tujuan hidup.
Hidup itu untuk akhirat. Living here for the hereafter.
Chad…
Irsyad. Sepupu rapat Fend, tengah sambung belajar di Texas. Even dia dah ada karier, degree, duit, rumah sendiri, kereta sendiri, tapi dia still rasa ada sesuatu yang tak complete dalam life dia.
“Bila kau ada rasa kosong kat sini..” Chad meletakkan telunjuknya di dada Fend “…segala benda yang kau sebut tu tak bawa makna apa sebenarnya. Sama je macam debu tepi jalan.” [ms70]
Maka apabila dia teringin nak buat masjid-hopping, Chad angkut sekali Fend untuk ikut sama. Kat sana, dia belajar macam-macam dan buat banyak benda dengan Fend; khatam Qur’an, khatam hadith 40, tarawikh, qiyam. Kepulangan Chad dan Fend ke Malaysia dari Australia beberapa hari sebelum Syawal tahun tu sangat bermakna, sebab diorang dah belajar banyak benda di Australia dan dah kenal macam-macam orang.
Dah tertulis di takdirnya bahawa Chad pergi pada 1 Syawal setelah mula kenal semula Dia itu siapa. Chad sempat kenal Dia sebelum
11th hour.
“Aku teringin nak masuk syurga.”
“Siapa yang taknak?”
“Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?”
Chad sengih. “Jom ambil air sembahyang.”
Lia…
Lia-Musalmah. Was an avid fan of the underground scene. WAS. Tapi dia tinggalkan semua tu sebab dia rasa banyak benda lain yang boleh diikut. Dan dialah budak yang beri cd the
11th hour pada Fend.
Terima kasih Allah, kerana hantar dia – Fend.
Terima kasih Allah, kerana buka hati dia – Lia.
K²…
Ku Kamaruzzaman. Kawan baik Fend dan Chad, kawan sekampung dan kenal sejak dari kecil. Drummer Creepy Hues, tapi dia boleh main macam-macam instrument. Tak terhad kepada drum sahaja. Dan dia layan semua lagu, tak terhad kepada lagu-lagu yang Creepy Hues layan. Budak Creative Studies Limkokwing. Prinsip K², there’s no such thing as ‘wrong’ in arts.
“Apabila fikir balik… aku rasa statement tu macam terlampau liberal sangat.”
Kening K² terangkat sebelah.
“Kalau nak ikutkan statement tu, maknanya tak salah pengukir-pengukir zaman Renaissance tu buat nude statues. Tak salah Michelangelo ukir David macam tu. Tak salah untuk letak crude language dalam lirik lagu atau buku atau apa-apa karya sebab semua benda tu dihalalkan dengan lesen ‘seni’. Tak ke?”
Fend pandang siling. “Kalau semua benda boleh dibuat atas lesen arts tu, there’s no such thing as dosa then?” [ms 143]
Apabila Fend dah ‘berubah’ lepas tengok the
11th hour, lepas pergi masjid-hopping, lepas Chad ‘pergi’, Fend cuba untuk bagi K² rasa apa yang dia pernah alami. Fend beri cd the
11th hour pada dia tapi dia tak dapat rasa macam Fend dapat masa Fend tengok cerita tu. Lepas tu, Fend bawa dia backpacking ke Australia, tempat Fend pergi dengan arwah Chad dulu.
“Kenapa kau nak aku ikut sekali sebenarnya? Kenapa kau nak aku datang sini?” - K²
“Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawak aku datang sini. Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri. Tapi kalau kau tak rasa apa-apa, it’s okay. Aku faham. Dan aku tak ambil hati. Hati kau bukan aku yang pegang.” - Fend
Tapi bila balik Malaysia, dia teringat kata-kata Bapak Tono masa di masjid Punchbowl – Jakarta penuh dengan hidup, erti hidup yang beda. Setiap tempat, mana-mana pun kat bumi Allah ni memang penuh dengan hidup. Cumanya, mungkin lain tempat, lain ertinya. Dan apabila dia teringat kata-kata Bapak Tono tu dia terus book tiket ke Jakarta, untuk cari erti hidup.
K² bawak sekali sketchbook hitam pemberian Fend ke Jakarta dan dia baca sketchbook tu tiap-tiap hari. Sketchbook tu penuh dengan lukisan Fend yang Fend lukis masa ke Sydney. Tiap-tiap mukasurat, Fend lukis dan ditulis terjemahan ayat Qur’an di setiap bawah lukisan.
Then after you hearts were hardened and become as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do. ~ al-Baqarah [2;74]
Sedangkan batu yang keras pun boleh pecah, air mengalir daripadanya kerana takutkan Allah, inikan pula hati manusia. Sungguh, hati manusia tu Allah yang pegang.
Verily, you (O Muhammad) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. And He knows best those who are guided. ~ al-Qasas [28:56]
Dan K² pulang dengan prinsip seni baru;
There’s no such thing as ‘wrong’ in arts, provided that Islam is a given.
Tak ada benda yang salah bawah lesen seni selagi segalanya ikut lesen Islam.
|
Guide us to the straight path. The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray. ~al-Fatihah [1;6-7] |
Erti hidup itu berbeza. Berbeza mengikut tujuan masing-masing. Takkan
sama kalau cara hidup setiap orang pun lain-lain. Kena cari erti hidup
tu, baru tau kita nak ke mana, baru tau ke mana kita nak tuju.
Kan lebih mudah dan indah kalau hidup berlandaskan hukum Allah. Rasa macam hidup tu ada tujuan, ada matlamat, lebih terisi dan semua benda yang dibuat semuanya untuk dapatkan redha Allah. Takde la cuma ikut flow je.
Dan walau macam mana cara sekalipun kita cuba nak ajak orang lain buat kebaikan, takkan semudah yang kita sangka. Sebab hati manusia tu Allah yang pegang. Baik hati yang selembut salju, mahupun yang sekeras batu.
Read and heed.
Contengan Jalanan.
Fi Amanillah ^___^