Sunday, October 14, 2012

Cermin.


Mirror mirror..



Bila fikir-fikir balik, cermin tu mungkin orang akan nampak benda yang sangat simple. Kalau ada yang kecik pun dah kira ok sebab boleh tengok muka. Selalunya orang guna untuk tengok muka je, nak make-up, nak tengok tudung senget-benget ke tak, nak tengok brooch ada kat bawah dagu ke kat sebelah pipi. Ahah!

Tapi tahukah anda yang sebenarnya cermin tu sangat penting? Terutamanya untuk perempuan lah kan. Lelaki simple je, takde pulak diorang nak duduk lama-lama depan cermin telek satu-satu pakaian diorang :p

Saya masih ingat apa yang seorang ustazah cakap, waktu tu masih di matrik. Ayat dia lebih kurang macam ni;

"Sepatutnya setiap perempuan/muslimah kena ada cermin besar dalam bilik atau rumah masing-masing. So bila nak keluar rumah boleh lah check mana yang tak kena pada pakaian. Baju tak cukup labuh ke, takpun terlupa pakai stokin, lengan baju panjang ke tak, tudung labuh mana, etc. Takut nanti bila kita keluar rumah, ada syarat-syarat yang kita tak penuhi. Kalau cermin kecik penuh muka je, macam mana kita nak check baju, tudung dan yang lain-lain tu?"

Ye dak?

Saya merasakan bahawa nasihat ini sangat berguna untuk semua orang. Perempuan memang la kena take note! Untuk lelaki pula, si suami boleh lah belikan untuk isteri, si abang boleh lah belikan untuk adik perempuan, si adik lelaki boleh lah belikan untuk kakak. Tapi si pakwe tak payah nak sibuk nak belikan untuk makwe, jaga famili sendiri dulu. Eheh!

Jadi, marilah kita sama-sama menyerbu kedai yang menjual cermin besaaaaaaar dan membelinya lalu diletakkan di dalam bilik atau rumah.

Sekian.

Selamat membeli cermin. Ahah!

Wassalam.

=D


0 comments: