Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.
"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.
"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"
Adam Johari mengangguk.
"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.
Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"
"Sebab?"
Buku keluaran pertama tulisan Iqbal Syarie yang saya baru je habiskan bacaan minggu lepas, tapi sebenarnya sebelum tu dah baca Transit Cinta terlebih dahulu. Eheh terbalik pulak kan. Tak kisah la yang mana dulu, yang penting dapat baca :)
Kalaupun bukan kerana sudah mengenali Iqbal terlebih dahulu sebagai seorang blogger, saya pasti akan membeli buku ini disebabkan cover yang sangat menarik tertarik. Comel! :)
Meski pengakhiran cerita yang sangat tak di sangka-sangka, (tak puas hati pun ada jugak ahah!) buku ni sangat berbaloi untuk dibaca. Banyak pengajaran. Siriyes tak rugi beli walaupun ada yang kata macam nak koyak je buku bila baca ending. Hee.
Tahniah buat Iqbal. Moga terus thabat dalam menyebarkan dakwah melalui penulisan dan menyentuh hati-hati ramai manusia yang membaca untuk terus dekat dengan Dia. Allah yubarik feek.
DYK yang menyedarkan kita bahawa sejauh mana kita merancang, sehebat mana kita merancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Dia merancang apa yang terbaik buat kita.
"Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan." (Surah Ali Imran, 3:54)
Senyumlah.
Senyumlah.
Senyumlah di saat apa sahaja yang kita rancangkan itu tak menjadi kerana kita hanya merancang dengan cita, sedang Allah merancang dengan cintaNya.
:)
Tweet
0 comments:
Post a Comment