Friday, November 5, 2010

cabaran dunia

Assalamualaikum.

hari ini hari jumaat. hari ini hari cuti. hari ini hari deepavali.

motif?

ini peringatan untuk diri sendiri namanya. final tinggal lagi beberapa hari je. semua orang tengah bertungkus-lumus belajar, dok kat bilik je tak pergi mana, takpun pergi-balik library. yang duduk kat bilik nak turun makan kat kafe pun malas sebab macam rugi woo baik study kat bilik haha~

subjek sem ni :

1. Differential Equations and Complex Analysis (subjek ni paling banyak theorem. bagi la boohoorah theory ke apa haha)
2. Electronics (penuh dengan nombor 0 & 1. logic gates, boolean algebra, k-map, flip-flops bla bla)
3. Vector Analysis (tiba-tiba jadik speechless. siapa yang ambik subjek ni tau aa lecturer kitorang macam mana hehe)
4. Thermodynamics (ingat mula dengan 1st law ke? subjek ni ada zeroth law ye)
5. Introduction to Management (1st subjek untuk minor management. memang jadi ulat buku ambik subjek ni)
6. Scientific and Medical English

nak exam ni, macam-macam dugaan yang datang. nampak katil, itu pun kira satu dugaan. maka jangan lah study atas katil hehe~ nampak novel yang tak habis baca lagi tu ; 'sabar sabau sabaq lepas exam baca la nak khatam berapa kali pun boleh'. 

nak berperang dengan diri sendiri, ingat senang ke?

itu belum lagi yang tak boleh nak fokus belajar, teringat 'kisah lalu' lah apa. (silalah define 'kisah lalu' tu ikut suka hati korang ye, boleh?)

kenapa waktu-waktu macam ni semua dugaan nak datang? kenapa kenapa kenapa???


sebab tu semua nak jadikan kita kuat. itu baru dugaan masa nak exam, baru sikit. belum lagi dugaan orang kat Palestin tu ha. jangan cepat sangat mengalah. ingat, Allah pasti tolong kita. oleh itu, dengar lah lagu Maher Zain - Always Be There. (promote ke apa ni?)

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula, andai terluka, ingatlah janjiNya. (sini)


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong


akhirul kalam ;

آسف على كل حال

بالتوفيق والنجاح في الامتحان

salam imtihan    [kalkulator mesti nak ada kan? hehe]


ini la kelebihan kalau ada kakak yang ambik kos lebih kurang je. buku tebal-tebal takyah beli, culik dari rumah je haha

till then,

wassalam.

^_~


ingatan-untuk-diri-sendiri ; buat yang terbaik, ya?

18 comments:

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

DE.. ak x suka datang lecture DE..
206.. masa aku dulu zubir dengan yam ajar..

vektor.. low ah chuan.. sampai sekarang tak tau kenapa kena blaja benda ni..

thermo.. paling sikit input, paling confius..

lsp402.. senang jeh..

gud luck!!

Apek_JADIANjr said... [Reply to comment]

kisah lalu = kisah kite? muahaha...

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ja a;

DE dulu kau blaja dengan dr norhaslinda jugak eh?

206 aku dengan yam jugak

haha aku pun konpius dengan vector

ada apa2 tips tak?

thanks!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

apek;

benda tu takde kena-mengena dengan aku la pulak
haha~

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

DE.. urm.. ngn lecturer cina.. lupa plak nama dia.. selalu jalan ngn payung.. sem lepas dia sabatikal..

tips hah..
DE kau buat past yr bebanyak.. soalan beh kuang sama je.. yg lain tu, maaf sebab aku sendiri nyaris P*.. hahaha..

masa aku di tempat kau keputusan aku sangat teruk sebab banyak main.. jangan main.. :)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ja a;

aku hadap past yr DE pun berjam-jam
haha
nyaris P* bukannya P* pun kan kan?

terima kasih !
:)

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

nsaib baik bukan keduanya.. hahaha..
btw, kau tahu bila kau dah sedia bila jalan kerja mencurah-curah ke ladang gandum..

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

jalan kerja sampai 4 5 muka surat

erk~

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

ok arh tu.. hahaha..

Shafika Syuhada Rosli said... [Reply to comment]

sukses dear !!!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ja a;

ok lah sangat haha

nway, doakan aku ya!
terima kasih~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

peeka;

suksis!
haha

same goes to you
;)

maCy said... [Reply to comment]

sll dgr lgu always be there tu. cm tenang j :)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

maCy;

yup.
tenang je
tak bosan dengar lagu tu
:)

Syida Shukor said... [Reply to comment]

teringat kat matrik dulu T_________T tak suka fizik ! wuwuuw

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

syida;

saya suka fizik
hee
:D

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

gud luck ya exam...jangan stress2 sangat...:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

mawaddah;

okkay
thank you
:)