Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs. Indonesia

goal~! (gambar dari sini)


semua orang sibuk cerita Malaysia lawan Indonesia. semua cakap pasal bola-bola-bola-laser-bomoh-menang-kalah. ha apa-apa aje lah ye. saye taknak cakap pun pasal bola ni. tapi nak cakap tentang benda yang ada dan takda di Malaysia dan Indonesia.

kalau dekat Indonesia ada ini; Pemilihan Dai'e Cilik (Pildacil)





tapi kat Malaysia pulak ada ini



oh apakah ini semua?





















eh nanti tak habis taip lagi. ini rancangan realiti yang ada kat Malaysia. Adik-adikku namanya.




bukan nak membeza-bezakan rancangan realiti yang ada kat Malaysia dan Indonesia. tapi benda-benda ni kan penting jugak untuk pembentukkan sahsiah dan peribadi anak-anak. sebab, pembentukan sahsiah dan peribadi anak-anak berkadar terus (directly proportional) dengan pembangunan negara dan agama pada masa hadapan. (peh ayat)

berharap agar banyak lagi program realiti tv yang lebih bermanfaat dan berilmu. kepada korang (dan jugak orang yang tengah menaip ni),  bakal-bakal ibu dan bapa, bersedialah nak mendidik anak-anak korang nanti ye. pesanan ini dibawa khas dari Pulau Pinang.

sekian, terima kasih!

wassalam.

^_~




PS; nak baca lagi tentang program Adik-adikku, klik kat sini dan sini

PS; Alhamdulillah Malaysia menang. yeay~!!

Friday, December 24, 2010

heal and you will be healed, give and you will receive

kalau Justin Timberlake dengan 'what goes around comes around', Sami Yusuf pulak 'heal and you will be healed, give and you will receive'

eh lebih kurang la kan. hehe

maksudnya begini, kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita. kita tolong orang, orang akan tolong kita. dan sebaliknya.

meh layan lagu kejap.

Sami Yusuf - Healing





It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and I
It’s pulling us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

let’s start healing




jadi, jom la sam-sama buat baik kat orang lain!


till then, wassalam.

^_~





PS; selamat berhujung minggu. ahad ni nak balik penang dah. tidak~!

Wednesday, December 15, 2010

memasak bukan sekadar suka-suka

Bismillah.

dulu masa kecik-kecik suka main masak-masak. menyibuk kat dapur 'tolong' mak masak. keletang-keletung bunyik dia.(macam tu eh?) lepas tu dapat pulak mainan peralatan memasak. uish lagi suka. siap ada dapur, kuali, periuk, sudip. telur pun ada haha.

sekarang? mana main lagi. sekarang masak for real lah kan.

inilah salah satu sebab kenapa suka sangat berada di rumah. boleh buat apa sahaja (asal Allah tak larang, sudah tentu) sepanjang cuti ni dah buat cheese tart, fruit tarlet, kek coklat lembab kukus, macaroons yang tak jadi tu hehe. berbaloi-baloi!

kiri ; blueberry cheese tart. kanan ; fruit tartlet.

blueberry cheese tart, untuk kawan kakak yang bertunang haritu. congrats!



kek coklat lembab kukus


with chocolate ganache. apetah rupanya haha

4/12 pulak pegi kelas cupcakes dengan kakak. ini lagi berbaloi-baloi sebab dapat belajar new things; nak timbang cupcakes banyak mana, macammana nak decorate cupcakes, dapat jumpa orang baru which is yang lain semuanya mak-mak dan isteri-isteri orang kami berdua je masih muda remaja hehe.

ingat senang ke nak buat semua ni? biasa la buat pertama kali, kadang-kadang tak menjadi. 




buttercream


fondant


k e r j a t a n g a n kakakku


mine


tapi kira okey la kan, dah belajar nak buat, dah tau fungsi-fungsi nozzle tu. kalau tak selama ni main redah je buat apa pun tanpa mengetahui apakah kegunaan sebenarnya haha.

berbaloi-baloi bertapa kat dapur dan pergi kelas cupcakes ni sebab apa?

sebab memasak ni jugak mengajar kita erti kesabaran. dah kalau uli tepung nak buat base tart sorang-sorang untuk 50++ ketul, nak decorate cupcakes tapi yang jadik ntahapaapa je la, ini agak menguji kesabaran ye. sabar tu kan sebahagian daripada iman!

dan kalau bake sesuatu tu tak menjadi, takkan terus berhenti macam tu je. buat lagi dan terus mencuba sebab kita tak boleh putus asa, kan?

konklusinya, memasak bukan sekadar suka-suka. bukan macam main masak-masak masa umur tiga empat tahun dulu. bukan masak sebab nak makan je. ada macam-macam yang kita boleh pelajari.

diulas lebih hebat dan mantap di sini. bacalah! 

till then, 

wassalam.

^_~



PS; agak-agak boleh tak nak tukar bidang masakan? haha

PS; untuk orang yang tengah exam tu, goodluck! bittaufiq wannajah. 2 more days to go

Wednesday, December 8, 2010

sesuatu yang bukan milik kita | Salam Maal Hijrah 1432H


salah satu perkara yang bukan milik kita;


hidayah.

ya. hidayah bukan milik kita. bahkan ia milik Allah.

terkecuali jika anda punya anak atau saudara yang bernama Hidayah, ia milik anda. tapi jangan lupa, akhirnya dia akan kembali kepada Penciptanya.

ok, berbalik kepada hidayah, yang bukan milik kita.

kita tak punya kuasa dan upaya untuk memberi hidayah kepada orang lain dan diri sendiri. 


light of Islam




Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-Qasas, 28:56)




TAPI,

sebagai kawan/sahabat, mesti kita taknak kawan sendiri jatuh masuk dalam lubang yang salah kan?



sebagai manusia, aku sayang padamu
-laksamana sunan




kerna sayangkan dia, maka tegurlah dia secara berhikmah. cakap elok-elok, sambil gurau-gurau ke, insyaAllah Allah akan buka kan pintu hati dia.

tunjukkan sifat-sifat dan kelakuan yang baik. mungkin dia boleh tertarik dengan kelakuan kita yang baik-baik tu.

dan lagi, doakan yang terbaik buat dia kerna sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.

kita dah usaha, serahkanlah semuanya pada Allah.

do the best, let Allah do the rest.


terima kasih kepada semua 14 orang yang telah menjawab soalan padan entri ini. jazakumullah khairan kathiran.

sempena tahun baru ni, 

Salam Maal Hijrah 1432H. semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, inshaAllah. apa khabar agaknya iman kita? moga baik-baik sahaja :)



till then,

wassalam.