Friday, March 25, 2011

note to self | the cctv is everywhere

sumber

 a note to self.








ohh. bukan gambar tu sebenarnya.

ini~



sumber


cctv bukan hanya ada di 7 eleven, tesco, giant, jusco sahaja. dan cctv juga bukan hanya ada di kedai runcit apek. wah kedai apek pun letak cctv ye? maju! sedarlah bahawa cctv paling besar punya, Allah swt. HE is watching you everytime, every nano seconds, everywhere.

siapa yang takutkan Allah walaupun tak nampak Dia, Allah janji akan ampunkan dosa dan berikan syurga.
-[al-Mulk ; 12]


till then,

wassalam.

Friday, March 4, 2011

Maher Zain Live in Concert 26 Februari 2011

Masih ingat lagi entri yang ini? Entri yang konon-kononya patah hati sebab tak dapat pergi showcase Maher Zain. padahal lebih baik patah hati sebab tak dapat balik rumah, kena duduk kat Penang lama-lama. Rumah sakit kejap

Memandangkan tak dapat pergi showcase tu, maka saya pun berazam untuk pergi ke konsert beliau. Gigih saya memujuk kakak saya sebab kalau tak, dah cancel plan nak pergi konsert ni. Terima kasih kakcik teman saya pergi konsert Maher Zain, bila-bila dia datang lagi kita pergi eh eh? Haha

Sebelum nak pergi, mestilah eksaited terlebih sebab bukan selalu nak pergi hee~ Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya, walaupun sebelum nak pergi tu ada je halangan dan rintangan. Contohnya masa saya dalam bas dari Penang -.-

oO jom layan gambaq yang tak seberapa ni hee~  Eh 'gambaq'?


Memandangkan kitorang kena masuk dalam stadium paling awal pun pukul 7.45 malam, so pihak penganjur ada sediakan surau kat perkarangan stadium tu. Masa kitorang sampai tu, surau dah penuh sebab orang dah dok dalam tu, tunggu waktu Maghrib masuk. So nak taknak, kena lah tunggu.

But then, bila dah masuk waktu, pihak penganjur ada bentang tikar kat perkarangan stadium tu. Bila tikar tu pun dah penuh, diorang bentang pulak kain-kain kat atas rumput tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.

Dah masuk ke dalam stadium, dah ambik tempat duduk, setiap seorang dapat booklet ni. Ada lirik kat dalam tu. Dan ini, pesanan dari Maher Zain yang tertulis dalam booklet tu.

Malawati ke Melawati eh?

I believe that each and everyone of us is born with something that he or she is especially good at. Our responsibility is first to RECOGNIZE that special gift. I believe Allah gave me a gift of loving music. We should never belittle ourselves or our talent. We just need to find that talent, develop it and use it for the good of our society, use it in a way that pleases Allah.

True. setiap seorang dari kita dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. So, cari lah kelebihan diri kita tu dan gunakan sebaik yang mungkin, untuk tolong agama Allah. Jangan sia-siakan kelebihan yang kita ada.


Inteam 

Inteam sebagai penganjur, takkan la takde persembahan diorang kan? Even kejap je, tapi medley lagu-lagu lama diorang memang best! Nak nak lagi ada Hisyam dengan Suhaimi sekali.


*Inteam di Usm*


Lepas persembahan Inteam, Irfan Makki pulak take over stage. Disebabkan takla kenal sangat dia ni, tapi layan je dengar lagu dia especially lagu Mabruk sebab terselit lirik bahasa melayu kat dalam tu.

Ya Allah
berkati pasangan ini
bahagia hidup berkasih sayang
RasulAllah
indahnya sunnahmu
kurnia, terasa bagai di syurga

mabruk, mabruk, mabruk..
congratulations to you~

Selain Irfan Makki, Maher Zain bawa geng dia yang sorang ni juga. Mesut Kurtis ye bukan Mesut Ozil. And those kids were adorable mashaAllah!


Walaupun Maher Zain agak 'semput' malam tu, tapi dia tetap berusaha nak hiburkan peminat. Taknak kecilkan hati peminat. mana taknya, malam sebelum tu dah perform. nak kena nyanyi bukan satu dua lagu je.

Jangan salahkan dia kalau salah lirik. Jangan salahkan dia kalau nyanyi macam tak cukup nafas. Sebab dia manusia biasa bukan robot yang boleh disuruh nyanyi berbelas-belas lagu sesuka hati. Cuba kalau anda sendiri yang ada kat tempat dia, semput ke tak? Jawablah sendiri. 

Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi dekat dia. Sebab dia manusia yang tak lari dari buat silap. Hah same goes to other people too. Kita tak boleh nak expect macam-macam dengan orang lain. Semua pun manusia biasa. Agree?

Tapi audience malam tu tetap support dia.


Apa-apa pun, saya berpuas hati dah dapat pergi konsert tu haha. Persembahan diorang semua sangat best! MashaAllah~ May Allah bless their journey.

Till then,

Wassalam~




*PS; Kitorang duduk belakang Catriona Ross dan husband dia malam tu. Comel je dia pakai tudung. MashaAllah~