Sunday, September 25, 2011

Schubert’s Serenade.


 

This is another hlovate’s novel published on 2007. As usual, hlovate tak pernah menghampakan saya. Tell me that I’m exaggerating but who cares :p 

Ini cerita tentang kenangan antara Najwa (Ju’a) dan Abang Shah, adik-beradik tiri lain mak lain ayah. Bukan love story tapi lebih kepada cerita adik-beradik. Mulanya Ju’a tak dapat nak terima Abang Shah ada dalam rumah tu tapi lama-lama dia boleh rapat dengan Abang Shah. 

Sebab mereka selalu main duo; Ju’a main violin while Abang Shah main piano dan Schubert’s Serenade merupakan lagu pertama diorang main sama-sama. Abang Shah ajar Ju’a add maths sampai dia dapat A1 dalam trial dan spm. Abang Shah bagi Ju’a buku. Abang Shah ada Cornwell, Brown, King. Dengan Vivaldi, Mozart, Beethoven, Maksim dan Yanni. Basically, diorang share minat yang sama. 

Dan saya amat kagum macam mana Ju’a jaga aurat dia betul-betul masa dalam rumah sebab ada Abang Shah. Ju'a pandai jaga diri. Ju'a budak baik.

Walaupun ending cerita ni tak happy dan membuatkan orang yang membacanya menangis, it still has something nice and something good to be taken. 

Dalam novel ni ada ditulis, walau kita sayang seseorang tu sebanyak mana pun, tapi Allah lebih sayang melebihi kita sayang orang tu. Dia pergi dulu bukan sebab dia dah tak sayang kat kita, tapi sebab Allah lebih sayang. Lagipun nanti kita akan jumpa dia balik.

Bukan senang nak menerima hakikat kita kehilangan orang yang kita sayang, lebih-lebih lagi bila kita dah hidup dengan dia di bawah satu bumbung. Sebab tu, kita kena selalu doakan orang yang dah tak ada supaya dipermudahkan urusan di ‘sana’. Life must go on, even without the person that we love so much. You got what I mean? 

Saya pernah rasa apa yang Ju’a alami dalam novel ni 9 tahun lepas. Boleh kata lebih kurang macam tu juga la insidennya. Maka banjir lah bila saya baca novel ni :p 


Never stop praying - deviantart
Doa itu penghubung paling kuat antara kita dan mereka yang dah pergi meninggalkan kita. 

Dan saya kagum juga macam mana Ju’a bertegas dengan pendirian dia untuk tidak lagi main violin. Bukan sebab dia nak lupakan semua kenangan tu tapi sebab dia rasa dengan doakan orang yang dah tak ada tu lebih baik daripada teringat kenangan-kenangan tu semua. Mengingati orang yang dah meninggal dunia dengan doakan mereka dan bacakan ayat al-Quran tu sangat bagus daripada ingat mereka siang malam dan hidup dalam kenangan. 





And yes, 

there could be beauty in tragedy, anyway.


Fi Amanillah ^__~




PS; well this is Schubert's Serenade

Sunday, September 18, 2011

Lapan Lapan


Dah lapan hari rupanya di Pulau Pinang. Kelas pun dah mula since Isnin hari tu. Agak terkilan sebab tak dapat masuk satu lecture for the first time sebab ada hal yang kena di selesaikan. Tapi akhirnya dapat tahu lecturer tak masuk kelas pun. Lega. 

Oh, sem ni dah pindah tingkat lapan. Akhirnya. Dapat la juga melihat kehijauan pokok, kebiruan langit dan laut serta kehitaman jalan tar, burung-burung berterbangan di udara, matahari, bulan dan bintang, lampu-lampu yang menyala di malam hari serta bangunan yang tinggi-tinggi itu. Ohsemm~ 






Semoga dengan melihat ke luar tingkap dapat meningkatkan ingatan pada Yang Maha Satu. Doakan.

Fi Amanillah ^___^





Monday, September 12, 2011

Pasti.




picture by deviantart


Telah bermula langkah untuk bertemu Pencipta Yang Maha Agung. 


Kan Allah dah kata, mati itu pasti. PASTI. Dan siapa kita untuk mempersoalkan ketetapan yang Allah dah tentukan? 

Malam ni seorang lagi hamba dah pergi bertemu Tuhannya. Seorang yang saya pernah kenal. Walau mungkin tak lah serapat mana. Tapi sebab kita pernah satu sekolah dulu, dan pernah merancang nak buat reunion untuk ex-SK Jasin 1997-2002. Allah lebih sayangkan dia, kan?

Moga-moga Allah permudahkan urusan dia di Sana kelak. Dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Allahumma ameen. 




Moga, moga dan semoga pemergiannya ini memberikan pengajaran untuk kita yang masih hidup. 


Sunday, September 11, 2011

bon voyage





Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


Seingat saya waktu nak percubaan SPM, datang-datang je tengok meja kat tempat sendiri dah takde. Takut la jugak,kot lepas tu nak kena pegi cari meja lain la pulak. Sebab pagi tu dah ada exam. Cuak tahap. 

Rupa-rupanya ada hamba-hamba Allah yang letakkan meja saya kat luar dewan sebab diorang nak kena kan saya. Ceh, sampai hati. Lepas tu angkat la meja tu sorang-sorang. Diorang nak kena kan saya, sebab hari tu birthday saya hehe. Ingat tau sampai sekarang, inshaAllah tak lupa. 

Dan salah satu dari ‘pembuli’ tu saya kenalkan sebagai S =D (Taktau kenapa kenangan ini yang diingat, mungkin sebab waktu SPM kitorang duduk dekat-dekat je.)



Waktu saya di matrik dulu, ada je dugaan-dugaan yang datang. Sampai rasa diri tu lemah sangat, tak boleh nak hadap lagi dah. Dan sampai rasa macam nak quit dari matrik. Tapi Alhamdulillah, Allah tu baik sangat-sangat! Dia cekal kan juga saya kat sana. Dan waktu dugaan tu menimpa, Dia datangkan orang-orang yang dapat memberi semangat pada saya. 

And one of them is H. Thank you so much sebab awak dah dengar saya mengadu macam-macam :’) 


Kenapa mesti tulis satu entri untuk S dan H? Heh mesti la! Sebab diorang ni nak fly ke Jordan esok inshaAllah. 

Untuk kalian berdua, *you-knew-who-you-are* ;

Tahniah! Moga dipermudahkan perjalanan nak menuntut ilmu di sana dan semoga sentiasa dalam lindunganNya. InshaAllah saya iring doa untuk awak berdua dari bumi Malaysia ni ye. Jaga diri baik-baik dekat negara orang tu. Kitorang, yang awak berdua tinggalkan kat Malaysia ni akan selalu rindukan korang.


Terima kasih untuk kenangan berhari raya dan ber’shopping’ haritu hehe. Ouh, saya sayang sangat kat awak berdua ;) 


Friday, September 9, 2011

this is not easy



'Growing up'
picture by deviantart


Kalau dulu masa kecik-kecik, ada orang lain yang tolong buatkan macam-macam untuk kita. Kita cuma ikut je. Tak payah susah-susah nak fikir pasal macam-macam benda. Rasa macam boleh bersuka-ria setiap masa. Yela, takde masalah nak kena fikir. Menangis setakat sebab tak dapat mainan, gula-gula, aiskrim, kena marah etc. Itu pun sekejap je lepas tu dah ok balik. 

Bila dah besar, bukan macam tu lagi.

Sebab bila kita makin besar, kita makin faham erti hidup dan makin banyak yang kita tahu. Kalau ada apa-apa masalah dah boleh faham dan kena selesaikan sendiri. Bila nak buat keputusan, orang lain cuma boleh bagi guidance je dan keputusan terletak di tangan sendiri. Bila ada masalah hadap la sendiri lepas tu menangis la sorang-sorang =.= Oh tapi jangan risau, kita boleh mengadu kat Allah because He's listening. Allah Maha Mendengar =)

Growing up and learning ain't easy.

Senang cakap, berdiri atas kaki sendiri. Semua nak kena buat sendiri.




*Macam packing barang nak balik U ni haaa~*