Monday, June 14, 2010

アタシんちの男子 | Atashinchi no Danshi | More Than Family But Less Than Lovers


Assalamualaikum.

malam tadi aku baru habis tengok satu movie jepun. biasalah, ni kerja-kerja orang yang takde kerja macam aku. tengok movie. walaupun aku bukan selalu layan cerita jepun sebab aku layan korea je, tapi cerita ni seronok, layankan.


aku sarankan korang tengok movie ni sebab dia best. bukan macam cerita-cerita lain yang banyak pasal cintan-cintun ke apa. cerita ni lain dari lain. kenapa lain? sebab tak sama lah.



okay cerita dia macamni. seorang perempuan berumur 20 tahun, Chisato. hidup dia tak tentu arah sebab nak larikan diri dari hutang yang ayah dia tinggalkan kat dia. pastu seorang lelaki, Shinzo datang nak tolong Chisato untuk langsaikan hutang ayah dia tapi dengan syarat, diorang kena kahwin.

sebulan lepas kahwin, Shinzo mati. tapi perjanjian diorang tak habis sampai situ je. Chisato kena duduk kat rumah Shinzo selama tiga bulan dan rapatkan balik enam orang anak angkat Shinzo yang ada macam-macam ragam. kalau Chisato tak buat tu semua, dia kena bayar duit hutang ayah dia. mana nak carik duit? dah la homeless budak nih. nak tak nak kena la jugak ikut perjanjian.

so, macam-macam yang perempuan ni buat untuk rapatkan enam orang beradik angkat ni. semua lelaki pulak tu. yang keras kepala aa, taknak keluar bilik, fobia dengan perempuan. tah apa lah perangai diorang ni.

sedih, kelakar semua ada. tapi mostly cerita ni memang kelakar. dan satu benda yang aku dapat dalam cerita ni, walaupun diorang tujuh orang ni cuma strangers yang duduk dalam satu rumah dan takda blood relations langsung, tapi bila buat something tu sama-sama, diorang boleh jadi satu family yang sangat rapat sampaikan salah sorang daripada diorang takde, rasa sunyi pulak.


oh~~


apa gunanya duduk dalam satu rumah tapi tak bertegur sapa? apa gunanya family tapi tak tolong satu sama lain? ni la yang cuba ditunjukkan dalam movie ni. apa maksud sebenar 'family' tuh.

dah dah pergi tengok sekarang kat sini!!

aku nak tengok cerita korea pulak hee~

daa.

wassalam.
video

21 comments:

basirah_latif said... [Reply to comment]

weyh cite neyh maen kat 8tv kan

naz said... [Reply to comment]

mmm not bad lah. artis pun hensem haaha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

basirah;

aah la.
cerita ni tengah tayang kat 8tv.
wiken ke apa tah.
dah lama tak tonton tv
;p

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

naz;

ahha hensem kan hensem kan?
hihi~

basirah_latif said... [Reply to comment]

hahah..aku hanya menonton drama korea di kaca tv tatkala si emak menontonnya.

*penatla si emak becerite melayan pertanyaan si anak..lalala

weyh aku nk tgk la via on9.ko biase tgk@download kat mane ek ?

.::WaNiE::. said... [Reply to comment]

lama tak tengok citer korea

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

basirah;

kesian si emak.
apa la si anak. tengok sendiri laa.
nak tanya2 si emak pulak.

wahai kawanku, sesungguhnya telah daku letakkan link kat post ni.
refer ayat ni;
dah dah pergi tengok sekarang kat sini!!
sila klik perkataan sini yer.
aku selalu download movie jer kat http://www.kraetiv.net/ tak pon http://www.theamh.com/

cerita ni aku amik kat kawan kakak aku.
theheh~
;p

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

wanie;

ni cerita jepun syg.
tengok la.
best!
hihi~

blakepaghe said... [Reply to comment]

pakcik minat cite jepun... ada orang kata cuping telinga pakcik macam cuping telinga takuya kimura...hehe

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

blakepaghe;

minat? tengok la cerita ni.
ceh ye2 je macam takuya kimura tu pakcik~~
haha

Shreko said... [Reply to comment]

damn,igtkan same dgn atashinchi yg kt tv3 tu..
haha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

shreko;

haha ni atashinchi kat 8tv lah.

hans said... [Reply to comment]

asal ada gambar aku senyum nih?
hahahaha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hans;

apakah ?
kau ke tu? patot la hensem sangat.
harharhar~

basirah_latif said... [Reply to comment]

owh cik pah y comel..makasih ya bg itu link . akan ku usahakan ..
nyehnyehnyeh.

TeRRoRRiZZ said... [Reply to comment]

yup cerite nih bezz...

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

basirah;

ya sama sama.
:D
nyahnyahnyah.

psstt; aku comel? terima kaseh daun keladi, laen kali cakap camtu lagi.
:P

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

TeRRoRRiZZ;

kan kan kann~~
:)

fizah said... [Reply to comment]

alaa,aku nak pah!nak!nak!
kau jgn suh aku pi donlod.kau tahu ah kemalasan aku dan ketidakgemaran aku untk donlod2 neh..hahak!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

pijah;

nak?
meh sini amik!
;p

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. said... [Reply to comment]

im Cik Angkuh..
i new blogger..
kindly be my follower..
tq so much..and i enjoy read your blog anyway..