Tuesday, July 27, 2010

changing for good is not a crime....

....but it costs hell as a manner of speaking


pernah terfikir nak mengubah diri anda? naa..ku bukan bercakap mengubah diri secara fizikal, pakaian etc. tapi mengubah cara hidup dan sifat-sifat yang ada dalam diri korang. and of course from a not-too-good person to a better person.


memang, bukan senang nak merubah diri masing-masing especially apabila dah hadam benda-benda yang kita dah buat tiap-tiap hari. tapi perlu kita ingat, hidup ni punya matlamat sendiri. terpulang masing-masing untuk membuat keputusan sendiri. tapi selagi namanya penganut agama Islam; Muslim, natijah kita nanti pasti syurga, kan? ada sesiapa yang berazam nak ke neraka? pasti tidak.

maka yang harus kita lakukan, jadi manusia sebaik mungkin, jadi hambaNya yang sebenar-benar. perbaiki diri. bukan untuk menjadi manusia terbaik sebab nobody is perfect. but trying to be a better person is a good thing, not a crime, right?

You’ll never reach perfection because there’re always room for improvement.
Yet all the way to perfection you’ll learn to get better. [versus by hlovate]

berubah bukan satu benda yang senang. tapi selagi punya kesungguhan, selagi yang dilakukan dengan niat Lillahita'ala, inshaAllah Dia pasti bantu kita. no worries!

apa maksud 'baik'?
Bila kita buat semua apa yang Allah suruh, dan tinggalkan semua apa yang Allah larang. [versus by hlovate]

masih ingat hlovate yang aku review novel dia; aA+bB? kali ni aku habiskan baca buku versus by hlovate.
......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....
[versus by hlovate]

cerita pasal budak street and skaters yang berubah. versus! berubah 180 degree. sumpah, baca ni memang tersentuh dan sangat, ehh can't describe with words. haha~




bayangkan, the hero and heroin, both of them were skaters, budak street, selalu melepak etc, berubah menjadi lebih baik. memang thumbs up la. not just worth to read it, but worth to have it. aku boleh jamin, baca banyak kali pun tak jemu. and yes, buku ni sangat banyak info.

kenapa AO dan Minn boleh, tapi tidak kita? even those are just characters dalam novel ni. tapi as long as kita berusaha untuk jadi baik, inshaAllah boleh.
Doa tu wireless, dan coverage dia masuk satu universe [versus by hlovate]




PS; still makes mistakes here and there. but still trying to be a better person. pray for me ey?

may Allah bless!
wassalam.
:)

Thursday, July 15, 2010

milik siapakah hati ini ?



mari sini duduk diam-diam depan laptop/pc, ku nak bercakap pasal hati. heheh~

situasi 1 :

kalau orang bagi sedekah, mesti kita cakap; "baiknya hati orang tu."

situasi 2 :

kalau A tolong B lintas jalan, mesti kita akan cakap; "baiknya hati si A tu tolong B lintas jalan, ye dak?"

aku nak tanya lah, apsal kita cakap macam tu ek? kenapa bukan macam ni.

situasi 1 :

kalau orang bagi sedekah, kita cakap; "baiknya tangan orang tu." [sebab tangan yang menghulur]

situasi 2 :

kalau A tolong B lintas jalan, kita cakap; "baiknya mata si A tu tolong B lintas jalan, ye dak?" [sebab mata yang tengok kat jalan]

heh macam pelik je kan. lain bebeno bunyiknye. tapi masih dengan persoalan yang sama. kenapa mesti kita sebut hati yang baik? kenapa bukan tangan, mata atau anggota tubuh badan yang lain?


 marvelous

suka hati aku lah nak cakap apa! yelah pelik lah kalau cakap tangan yang baik, mata yang baik. pelik dan lain macam.

eh ini bukan jawapan dia. hehe~

pernah dengar ini?

Imam Syafie berpesan, " Hati adalah raja di dalam diri, oleh itu lurus dan betulkanlah ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai iringan- iringan pasukan kebatilan."

Nabi Muhammmad SAW bersabda, " Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan, dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."

nampak?

hatinya baik, maka baik lah tangannya. hatinya baik, maka baik lah matanya. hatinya baik, maka baik lah seluruh anggota badan. hati yang kosong akan mati.






hati itu sangat penting. tengok betapa pentingnya untuk kita menjaga hati kita. bila kata hati tu raja dalam diri, cuba samakan hati dengan raja atau pemerintah sesebuah kerajaan. katalah pemerintah tu buruk perangainya. pasti akan huru-hara kerajaan yang diperintah tu, kan? 

marilah kita sama-sama menjaga hati kita sebaik yang mungkin. jangan biar ia rosak walau sekuman sekalipun. [eh adeke sekuman? haha]


 

mesej ini dibawakan khas untuk anda oleh saya, syarifah radiah ibrahim, dari pulau pinang. ekekek~~

Friday, July 2, 2010

hate and love [aA+bB]

[apesal tulisan ni jadik kecik, aku pon taktau. dah buntu nak tuka nih. ampunn. maaf]


Assalamualaikum.

hate and love. apekebende tu? hee orang dah lama layan hlovate, aku baru la ni nak layan. lantak a. janji layan.

petang semalam aku dah habiskan satu novel tulisan hlovate, aA+bB. kenapa tajuk dia aA+bB? nak tau baca sendiri. haha~

ye aku tau novel ni dah lama publish. tapi disebabkan aku baru je kenal hlovate ni, maka mahapkan aku la yek. hehe~

sebenarnya aritu aku nak carik novel hlovate yang baru; versus. tapi tak jumpa pulak. punya la lama aku dok bertapa kat popular tu sampai mak & kakak aku pun dah bising-bising. jumpa aA+bB ni terus aku rembat.



nak tahu cerita dia pasal apa? meh aku bagitau. [padahal copy paste dari belakang novel jek]

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin


Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.


Addin mengemukakan teorinya begini:


   1.membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
   2.membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak


7 tahun kemudian...


Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya? Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

jalan cerita dia memang best ah, tulisan pun santai dan tak berat sangat pun jalan cerita dia. kelakar tu memang ada aa. kekadang aku pun tergelak sorang-sorang baca buku ni.

Didi suka cakap ; tarappappa
Benji suka cakap ; kartun betul!

ouh! cerita ni pun ada lagu dan lirik jugak. dan yang bestnya, aku pegi cari lagu-lagu tu kat youtube, dengar sambil baca novel. haha kewl tak kewl tak? konon nak dapat feeling aa tu ecewahh~~ meh dengar sekali meh.

Edwin McCain - I'll Be (LIVE) [aku suke neh. haha]

Alison Krauss - When You Say Nothing At All

Nickelback - How You Remind Me

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. [Luqman: 34]

ditakdirkan dalam cerita ni Didi keguguran. huu sedih aa jugak. tapi still jalan cerita dia best aa. jadi pada korang yang tak baca lagi, sila-sila la baca. hee~

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

ini salah satu yang aku dapat dalam cerita ni. [even terjemahan ayat Quran ni takde dalam novel ni] setiap apa yang Allah bagi kat kita, walaupun benda tu kita tak suka, tapi percayalah pasti ada hikmahNya. dan walau apa pun yang berlaku, kita perlu sentiasa positif. dalam novel ni jugak, ada tentang hidup dan belajar untuk jadi dewasa. pendek kata, sila lah baca. hee~
Who says there's nothing more complicated than E=mc^2 ? There's something much more complicated; it's called emotion.


Identifying something unidentified is harder than justifying E=mc^2 equation. Emotion falls under that something.

okay dah habis. maka sila baca okay. hee~
till then,


wassalam.