Thursday, July 15, 2010

milik siapakah hati ini ?



mari sini duduk diam-diam depan laptop/pc, ku nak bercakap pasal hati. heheh~

situasi 1 :

kalau orang bagi sedekah, mesti kita cakap; "baiknya hati orang tu."

situasi 2 :

kalau A tolong B lintas jalan, mesti kita akan cakap; "baiknya hati si A tu tolong B lintas jalan, ye dak?"

aku nak tanya lah, apsal kita cakap macam tu ek? kenapa bukan macam ni.

situasi 1 :

kalau orang bagi sedekah, kita cakap; "baiknya tangan orang tu." [sebab tangan yang menghulur]

situasi 2 :

kalau A tolong B lintas jalan, kita cakap; "baiknya mata si A tu tolong B lintas jalan, ye dak?" [sebab mata yang tengok kat jalan]

heh macam pelik je kan. lain bebeno bunyiknye. tapi masih dengan persoalan yang sama. kenapa mesti kita sebut hati yang baik? kenapa bukan tangan, mata atau anggota tubuh badan yang lain?


 marvelous

suka hati aku lah nak cakap apa! yelah pelik lah kalau cakap tangan yang baik, mata yang baik. pelik dan lain macam.

eh ini bukan jawapan dia. hehe~

pernah dengar ini?

Imam Syafie berpesan, " Hati adalah raja di dalam diri, oleh itu lurus dan betulkanlah ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai iringan- iringan pasukan kebatilan."

Nabi Muhammmad SAW bersabda, " Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan, dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."

nampak?

hatinya baik, maka baik lah tangannya. hatinya baik, maka baik lah matanya. hatinya baik, maka baik lah seluruh anggota badan. hati yang kosong akan mati.






hati itu sangat penting. tengok betapa pentingnya untuk kita menjaga hati kita. bila kata hati tu raja dalam diri, cuba samakan hati dengan raja atau pemerintah sesebuah kerajaan. katalah pemerintah tu buruk perangainya. pasti akan huru-hara kerajaan yang diperintah tu, kan? 

marilah kita sama-sama menjaga hati kita sebaik yang mungkin. jangan biar ia rosak walau sekuman sekalipun. [eh adeke sekuman? haha]


 

mesej ini dibawakan khas untuk anda oleh saya, syarifah radiah ibrahim, dari pulau pinang. ekekek~~

22 comments:

Shafika Syuhada Rosli said... [Reply to comment]

yew.. mari kita same2~ jage hati.. tepuk dada tye la hati, berhati2~ ketika balik raya nanti... ikat tali kasut b4 naik bas

piewahid said... [Reply to comment]

simple, santai tapi sgt menarik. t kasih. follow!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

peeka;

tepuk dada tanya iman lah~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

piewahid;

biasa-biasa ja.
terima kasih!
:)

Apek_JADIANjr said... [Reply to comment]

senyuman hati paling penting... kan3? ngeh3...

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

apek;

jap aku tengah imagine camne hati senyum.
hehe~

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

aku suka entri ini..

*selamat menjalani semester baru.

Syida Shukor said... [Reply to comment]

semuanya bermula dari hati kan . dari mata jatuh ke hati . cewahhhh ! hahha good post yang ! (:

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

ja a;

suka? aku laaagii suka. hehe~
moga-moga ada manfaat buat kita semua.
:)


ahah terima kaseh.
dah kerja ke weh?
nanti kau konvo aku datang eh.
haha~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

syida;

yea semua mula dari hati.
tapi perlu dikawal dengan akal.
kadang hati tak membuat pilihan yang tepat, kan?
hihi Alhamdulillah.
:)

hans said... [Reply to comment]

aku baru nak kata ko dah tulis dkt bawah tu rupanya
yups
hati lah kawal semua anggota
sebab tu kita cakap hati dia baik
hohohoho

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

hahah..
baru la keje 2-3 minggu..

x payah la datang tgk ak grad.. buat segan ja.. hahaha..

Hamzah Ian said... [Reply to comment]

gua tersengeh bace entry nih..

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hans;

yuppie tapi walaupun hati yang kawal, perlu seiring dengan akal.
takde lah buat sesuatu yang tak elok.

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

ja a;

bagus dah kerja.
nanti belanja aku ey.
haha~

aku tak datang pun memang aku dah ada kat sini.
heee~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hamzah;

:D

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

hahah.. blanja air sirap saja boleh?

masa aku grad tu kau duduk bilik diam2 dah la.. hahaha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

ceh air sirap je.
air sirap lima puluh sen tu ke?

masa kau grad aku nak pergi convex je.
haha~

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

ha ah.. hahaha.. kau ak blanja makan sekali ke? super ring boleh? hehe..

arh, pegi la convex tu.. duduk dalam bilik pon bosan gak..

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

eheh macam kanak-kanak je nak belanja super ring.
haha~

aku nak pegi convex, pastu nak balik rumah. hehe~

Ja a B r a i n s t o r m said... [Reply to comment]

oh.. bagus la super ring.. boleh teman masa tgk muvie..

balik umah? umah kat melake kan?

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

super ring pun super ring lah.

yuppie rumah kat melaka.