Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha 2010

Alhamdulillah.

kertas-kertas exam untuk lima subjek dah berlalu. tinggal lagi satu paper je, selasa depan. maka boleh la berehat sekejap. sekejap je, tak lama pun.

sekarang semua orang mesti dok sibuk rebus ketupat, persiapan untuk hari raya esok segala bagai. okay takpa teruskan teruskan. jangan lupa hulur-hulur kat sini yek. hehe

ibadah Haji

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauh manakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya.

baca lebih lanjut kat sini

dalam hidup ni, banyak yang perlu dikorbankan untuk banyak perkara. untuk diri sendiri, orang sekeliling, dan yang paling penting untuk agama. sebab?

hidup kat dunia ni sementara je. akhirat tu yang kekal abadi. maka kalau pengorbanan tu dilakukan untuk agama, lillahita'ala, ia adalah sesuatu yang cukup bernilai dan ganjarannya nanti jangan cakap la. memang cukup buatkan kita gembira di akhirat nanti.

berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
(eh lagu P Ramlee?)

mari kita renung balik, apa yang dah kita korbankan selama ni untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara? tak perlu berikan jawapan kat sini. tepuk dada tanya iman, tepuk minda bila terasa. bukan main tepuk amai-amai ye.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)




salam Eid Mubarak.
moga sentiasa dalam redha-Nya.
كل عام و انتم بألف خير

till then,

wassalam.

^_~






PS; sapa kat penang buat rumah terbuka? habaq mai kat ceq. eheheh~
PS; satu minggu lagi, tolong sabar ye.

20 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

selamat hari raya aidil adha..

*moga keputusan periksa anda cemerlang ya..

Syafiq Salim said... [Reply to comment]

salam aidiladha

Anonymous said... [Reply to comment]

selamat hari raya aidiladha. :)

ILA HonEyBuNNy said... [Reply to comment]

salam aidil adha...

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

ja a;

salam eid mubarak..

*ameen~
terima kasih atas doanya.

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

syafiq salim;

salam eidul adha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Rara Nasiha;

selamat hari raya aidil adha untuk kamu juga!
:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

HonEyBuNNy;

salam eid mubarak!
;)

hamzah ian said... [Reply to comment]

selamat hari raya tuan blog

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hamzah;

selamatt!

Anonymous said... [Reply to comment]

xlma lagi merdeka la tu. huhu
salam raya ya ;D

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

macy;

hehe tu la pasal
seminggu je lagi
salam eid mubarak
;)

hans said... [Reply to comment]

salam aidiladha

P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

Syida Shu said... [Reply to comment]

aku baru sempat nak ucap selamat hari raya aidiladha kat kau cipah . busy gila dengan final . tapi sekarang dah habis dah hee hee good luck babe ! :D

Pencacai Alim said... [Reply to comment]

slamat hr raya

Raji and Yeen said... [Reply to comment]

erm aku kena berkorban sikit masa
huhu

slmt hari raya juga ;D

Faarihin said... [Reply to comment]

selamat hari raya tahun depan.. hehehe..

bila nak balik melaka?

exam tak abes lagi ke?

Anonymous said... [Reply to comment]

slmt rahye kurban cik.pah~

Faarihin said... [Reply to comment]

oho.. hari ni last yer..

slamat kembali ke kampung halaman esok.. (^__^)

hans said... [Reply to comment]

bila nak update entry baru deh?

P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother