Salam.
seperti yang diketahui umum, (ceh umum la sangat) sekarang ni tengah cuti sem. makanya waktu cuti ni kalau tak keluar dengan kawan-kawan memang tak sah la kan.
hari jumaat lepas keluar dengan sorang kawan, ke melaka. ingatkan nak 'dating' beramai-ramai tapi yang lain sibuk mengalahkan menteri. ok ini hiperbola namanya.
seperti yang diketahui umum, (ceh umum la sangat) sekarang ni tengah cuti sem. makanya waktu cuti ni kalau tak keluar dengan kawan-kawan memang tak sah la kan.
hari jumaat lepas keluar dengan sorang kawan, ke melaka. ingatkan nak 'dating' beramai-ramai tapi yang lain sibuk mengalahkan menteri. ok ini hiperbola namanya.
tempat 'dating' jumaat lepas. ehehhe~ eh bendera melaka lah.. |
borak punya sembang, entah macam mana tetiba kawan ni cakap. jeng jeng jeng~
'aku ada kawan. dia memang jahat gila. nakal. sosial. aku tau aa. memang jahat sangat-sangat. pernah terlanjur lagi. orang macamni boleh berubah ke?'
haa tu la soalan dia masa tu. aku tak ingat la kenapa boleh keluar topik ni.
nak tanya korang, kalau la korang ada di waktu dan tempat kejadian, apa korang jawab ek? aku ada jawapan sendiri, tapi nak tau la jugak pandangan korang.
jawab jangan tak jawab.
heee~
14 comments:
boleh,kalau ada orang yang sanggup bimbing dia. usaha. yang lain serah pada Allah. :)
bolehnye ubah... name pon manusia
bak kata iklan dalam maggi
"tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini Osman!"
so,boleh
P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?
Dengan usaha sendiri dan mendapat bimbingan pasti akan berjya. Tuhan maha mengetahui mengenai setiap insan di dunia ini..
boleh berubah
jika masyarakat sekeliling lagi menggalakkan dia berubah
bknnyer pndng hina je disebabkan dia dh terlanjur.. nauzubillah
semua orang blh berubah. cuma mahu atau tidak. dan kena ada pembimbing or trigger la.
i got frn yg cmtu gk. xde la jht pukul org ke ape tp pna tlnjur. n i got frns y rmah tp sosial nk mmpus skirt pndek kalah org korea.
doa je la if kte xmmpu nk tgur dgn tgn~
boleh gua rase.Pintu taubat sentiasa terbuka. -oleh imam muda phatlee.
insya allah boleh berubah...setiap manusia xlari dr kesilapan...jika dia insaf....boleh berubah...
manusia boleh berubah..kalau dah insaf dan benar2 bertaubat..huhu
p/s:ehemm...de kat mlk erk...
hidayah tu bukan milik kita, ia milikNya..
kita tak punya kuasa untuk memberi hidayah tu kepada orang lain dan diri sendiri..
hidayah hanya dapat masuk kepada diri yang kurang dengan dosa, atau dalam erti kata lain, dosa menghalang hidayah memasuki diri..
Jadi, suruhlah dia menginsafi dosa2 dia dahulu..
dosa boleh dihilangkan dengan bertaubat ataupon membuat good deeds(pahala)..
~insha Allah..tidak ada yg mustahil...lihatlah sirah Rasulullah & para sahabat...lihatlah Umar, bagaimana dia Amirul Mukminin ini berubah setelah hatinya disentuh dgn Al-Quran..ayat-ayat Allah itu adalah syifa'..dekatkanlah sahabat itu dgn ayat-ayat Allah...dgn kebesaran Allah..dgn nikmat-Nya...kasihilah dia sbg sahabat dgn sepenuhnya..mungkin sahaja dia perlukan perhatian & kasih syg, maka jln begitu yg dia pilih...pimpinlah ia kembali pd-Nya, pd Islam..mudah-mudahan Allah memberikannya hidayah...berdoalah utk perubahannya..
~bukanlah ada hadith yg mengatakan ada seorg pemuda yg beramal dgn amalan penghuni syurga, namun ketentuan Allah mendahuluinya maka dia melakukan amalan penghuni neraka hingga ia masuk ke dlm-Nya...
*hadith 4 dari hadith 40 (hadith arbain) susunan Imam Nawawi..boleh rujuk..kalau boleh rujuk juga syarah hadithnya, takut salah tafsir..ye
wallahua'lam...
bOleh2..:)
inshaAllah dia boleh berubah jika dia sendiri betul2 nak berubah.. (^__^)
pasti jawapan radiah lagi bernas kan.. (^__^)
Salam...
xtahu cmna sebenarnya kawan 2..jd xtahu blh berubah k x..
Tp kalo betul2 nk berubah..boleh kot..=)
Post a Comment