Friday, September 9, 2011

this is not easy



'Growing up'
picture by deviantart


Kalau dulu masa kecik-kecik, ada orang lain yang tolong buatkan macam-macam untuk kita. Kita cuma ikut je. Tak payah susah-susah nak fikir pasal macam-macam benda. Rasa macam boleh bersuka-ria setiap masa. Yela, takde masalah nak kena fikir. Menangis setakat sebab tak dapat mainan, gula-gula, aiskrim, kena marah etc. Itu pun sekejap je lepas tu dah ok balik. 

Bila dah besar, bukan macam tu lagi.

Sebab bila kita makin besar, kita makin faham erti hidup dan makin banyak yang kita tahu. Kalau ada apa-apa masalah dah boleh faham dan kena selesaikan sendiri. Bila nak buat keputusan, orang lain cuma boleh bagi guidance je dan keputusan terletak di tangan sendiri. Bila ada masalah hadap la sendiri lepas tu menangis la sorang-sorang =.= Oh tapi jangan risau, kita boleh mengadu kat Allah because He's listening. Allah Maha Mendengar =)

Growing up and learning ain't easy.

Senang cakap, berdiri atas kaki sendiri. Semua nak kena buat sendiri.




*Macam packing barang nak balik U ni haaa~*