Sunday, January 30, 2011

far away





renung-renungkan dan selamat beramal~

till then,

wassalam

^_~





kadang-kadang kalau dah lama tak update sampai taktau nak taip apa even mencurah-curah idea.
 

PS; mari sama-sama tembakkan doa buat saudara kita di Mesir. moga mereka baik-baik sahaja insyaAllah~

Sunday, January 16, 2011

wear it right campaign

mari lah mari kita berkempen~ 

jangan salah sangka ok! ni bukan kempen pilihanraya ke apa. takde kena-mengena pun dengan yang itu. tapi ini, kempen untuk saham akhirat kita. untuk peringatan diri sendiri terutamanya, dan untuk kawan-kawan yang saya sayang ;)

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)
deviantart


wearing hijab is not just untuk tutup kepala dan rambut. Allah dah bagitahu, labuh menutupi dada. jadi kenapa tak buat? kadang-kadang kita ni terlupa, lalai. sebab tu selalu kena diingatkan. jadi, sekarang nak ingatkan diri sendiri, dan juga anda-anda yang saya sayang (oo perempuan sahaja ok!)



from sue anna joe



saya tahu, bukan mudah nak ubah secara mendadak. sedikit demi sedikit dan secara berterusan, insyaAllah Dia akan tolong. sayangkan Allah? sayangkan Islam? jom buat sama-sama.

changing for good is not a crime but it costs hell as manner of speaking 
versus by hlovate




ini pula kempen Anda Bijak Jauhi Zina. thanks peeka!








till then,


wassalam.





^_~

Monday, January 10, 2011

biarkan, biarkan.

biarkan orang nak cakap
pekakkan telinga
butakan mata
biarkan mereka
biarkan
biarkan
biarkan


sumber

eh kadang-kadang kita tak boleh nak expect semua orang cakap yang baik-baik sahaja tentang kita, kan? lumrahnya, tak semua orang akan suka kita.

memanglah pedih nak terima hakikat ada orang yang cakap-cakap tentang kita di belakang. bertambah pedih bila orang cakap sesuatu yang kita tak buat pun. tapi kadang-kadang kita tak perasan. mungkin kita ada buat salah yang kita sendiri tak sedar. renung-renungkan~

mulut orang, boleh ke kita nak tutup? nak salotape? apatah lagi stapler gun. nehi nehi nehi. apa yang kita boleh buat cuma bersabar. doa banyak-banyak supaya Allah kurniakan kesabaran kepada kita, dan moga Allah sedarkan mereka.

kita tak boleh nak senangkan hati semua orang. itu lumrah. dan kita tak boleh nak paksa semua orang terima kita.

kalau rasa bersendirian, jangan sedih. Allah kan ada.. ;)
kalau rasa nak luahkan perasaan dan takde siapa nak dengar, Allah kan ada.. ;)
kalau rasa nak sesuatu yang boleh tenangkan hati, Quran kan ada.. ;)


sumber






eh, saya pun ada kann hihi~



till then,

wassalam.


^_~








ini sebenarnya saya titipkan buat kesayangan saya yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati, insyaAllah. (ececey) saya tahu awak kuat untuk hadapi semua tu. kuat macam tiger! kalau tak, silalah makan biskut tiger hehe~ I'll always be here when you need me, insyaAllah, okkay?!

Friday, January 7, 2011

5 Tahun 5 Bulan







bagitahu saya, lelaki mana yang tak suka perempuan pandai belajar dan juga pandai memasak?

ehh jangan main tipu, saya tau kamu-kamu-kamu suka. kan kan kan? sebab kalau saya jadi lelaki pun saya suka hee~

dah cukup kat situ. jangan nak lebih syarifah. ok kali ni nak kongsikan satu lagi novel hlovate. dulu buat review pasal versus dan aA+bB. dah baca? kalau belum, kena baca sebab tulisan dari hlovate memang best.



Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidaklah semudah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu..

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni..lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana.. dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya..

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.



novel 5 tahun 5 bulan (5t5b) ni menceritakan tentang Ana yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy selama 3 bulan. kat rumah tu ada Along, Apeh, Nana dan Nina. Encik Latfy upah Ana jadi orang gaji sebab dia selalu outstation. kesian nak tinggalkan anak-anak kat rumah. Along pulak busy kerja, kadang-kadang je ada kat rumah.

budak tiga orang ni (Apeh, Nana, Nina) suka sangat kat Ana sebab kak Ana sangat cool. masak best. Along nak peach cobbler, Ana buat. Apeh nak sardine roll pun Ana buat. pandai kemas-kemas rumah. Apeh nak pergi tengok Ryan Guettler kat Asian Extreme Games pun, Ana bawak je. tak ke coolio tu? orang gaji macam Ana bawa budak tiga orang tu pegi tengok X-games.
 
kalau saya? bawak pergi kayak kat tasik Ayer Keroh pun ok apa. haha
 
dulu dalam versus ada mention Jerry Tsu (Tsu ke Hsu ntah). dalam 5t5b pulak, mention yang bawah ni
 
 
 
lepas dah habis 3 bulan jadi orang gaji, Ana fly ke Uni of Aberdeen, UK. macam-macam yang berlaku kat sana. Ana belajar jadi dewasa. macam-macam yang dilalui

hlovate, macam biasa lah kan. mesti ada lagu-lagu. macam dare you to move-switchfoot, ada jugak Dawud Wharnsby Ali. ouh, e-book tulisan Harun Yahya pun ada juga mentioned dalam novel ni.

hlovate, takkan tulis sesuatu yang untuk suka-suka. mesti ada input. macam yang ni, saya suka sangat. SANGAT!

when we want to talk to Allah, we pray and say prayers. when we want to hear Allah talk to us, we read the Quran. Juan kena belajar berdiri atas kaki sendiri sebab mak dan abah bukan menongkat dunia.

But HE loves you no matter what.


 ya Allah, tulisan sape laa ni haha. itu antara quote dalam 5t5b yang saya suka. best, kan?
 
nak tau lagi? pegi kedai buku, beli dan baca. tapi kalau korang suka baca e-novel, boleh juga baca kat sini.  
 

 
sekian terima kasih.

till then,

wassalam.



PS; baca 5t5b pulak eh eh? haha