Friday, January 7, 2011

5 Tahun 5 Bulan







bagitahu saya, lelaki mana yang tak suka perempuan pandai belajar dan juga pandai memasak?

ehh jangan main tipu, saya tau kamu-kamu-kamu suka. kan kan kan? sebab kalau saya jadi lelaki pun saya suka hee~

dah cukup kat situ. jangan nak lebih syarifah. ok kali ni nak kongsikan satu lagi novel hlovate. dulu buat review pasal versus dan aA+bB. dah baca? kalau belum, kena baca sebab tulisan dari hlovate memang best.



Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidaklah semudah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu..

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni..lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana.. dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya..

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.



novel 5 tahun 5 bulan (5t5b) ni menceritakan tentang Ana yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy selama 3 bulan. kat rumah tu ada Along, Apeh, Nana dan Nina. Encik Latfy upah Ana jadi orang gaji sebab dia selalu outstation. kesian nak tinggalkan anak-anak kat rumah. Along pulak busy kerja, kadang-kadang je ada kat rumah.

budak tiga orang ni (Apeh, Nana, Nina) suka sangat kat Ana sebab kak Ana sangat cool. masak best. Along nak peach cobbler, Ana buat. Apeh nak sardine roll pun Ana buat. pandai kemas-kemas rumah. Apeh nak pergi tengok Ryan Guettler kat Asian Extreme Games pun, Ana bawak je. tak ke coolio tu? orang gaji macam Ana bawa budak tiga orang tu pegi tengok X-games.
 
kalau saya? bawak pergi kayak kat tasik Ayer Keroh pun ok apa. haha
 
dulu dalam versus ada mention Jerry Tsu (Tsu ke Hsu ntah). dalam 5t5b pulak, mention yang bawah ni
 
 
 
lepas dah habis 3 bulan jadi orang gaji, Ana fly ke Uni of Aberdeen, UK. macam-macam yang berlaku kat sana. Ana belajar jadi dewasa. macam-macam yang dilalui

hlovate, macam biasa lah kan. mesti ada lagu-lagu. macam dare you to move-switchfoot, ada jugak Dawud Wharnsby Ali. ouh, e-book tulisan Harun Yahya pun ada juga mentioned dalam novel ni.

hlovate, takkan tulis sesuatu yang untuk suka-suka. mesti ada input. macam yang ni, saya suka sangat. SANGAT!

when we want to talk to Allah, we pray and say prayers. when we want to hear Allah talk to us, we read the Quran. Juan kena belajar berdiri atas kaki sendiri sebab mak dan abah bukan menongkat dunia.

But HE loves you no matter what.


 ya Allah, tulisan sape laa ni haha. itu antara quote dalam 5t5b yang saya suka. best, kan?
 
nak tau lagi? pegi kedai buku, beli dan baca. tapi kalau korang suka baca e-novel, boleh juga baca kat sini.  
 

 
sekian terima kasih.

till then,

wassalam.



PS; baca 5t5b pulak eh eh? haha

31 comments:

hans said... [Reply to comment]

aku beli ari tu tapi xbaca lagi
haahahahah

P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western - Chop & Steak

manna_salwa said... [Reply to comment]

dah bace dah..

(^_^)

mmg besh n terbek.

starsyeea said... [Reply to comment]

semua hlovate pny masterpiece mmg aku taley lepas...

sangat best!

smpi skrg aku msh jatuh hati dkt along afiq hafizi...

heh! :p

Zara Hannan said... [Reply to comment]

haha! hlovate antara karya yg saya suka sangat3.. hoho. :D best tuh! tapi novel yg ni belom baca agy. thanks for the review ya. :)

Ali said... [Reply to comment]

dalam ni ada dare you to move ey?
haha~
best best

*thanks for the entry. terbaca ni
:P

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

lama giler xlayan novel nie...hihihi...

bile nak ajak saya berkayak...kekeke

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hans ;

haha baca la weh

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

salwa ;

kan kan?
best~!

^_~

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

starsyeea ;

best!
sangattt

ouh kalau nak jatuh hati dekat AO boleh tak?
hehe :p

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

zara hannan ;

ye saya pun sukaaaa sangat hee~
belum baca, kena baca
tak rugi baca karya hlovate
sekadar berkongsi, welcome
:)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ali ;

metallica pun ada je
haha

terima kasih kerna terbaca
:P

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

cik adah ;

hee cik adah nak berkayak tunggu syarifah balik melaka okkay?
;D

Raji berkata said... [Reply to comment]

sememangnya ayat der best2
aku bru start baca novel der dh impress gle ngn kata2 der ;D
cm novel versus
ayat cmner tah ak dh lpe lebih kurang cmnih kot.
aku memang skema, skema dgn ajaran Nabi Muhammad SAW
skema dgn agama..

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

raji ;

ayat dia sempoi, tapi at the same time bermanfaat la kan
baca pun santai je but still ada 'something' untuk diambil sebagai pengajaran
versus tu ayat lebih kurang camtu aa
'saya budak skema, ikut skema Allah dan Rasul'

quote dalam novel dia sume best ouh

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

bila la plak cik syarifah radiah mahu balik melaka...hihi

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

cik adah ;

cuti raya cina insyaAllah
hihi~

Lulu caldina said... [Reply to comment]

lama tak baca novel..

cha said... [Reply to comment]

i pun suka quote ive HIM tu.meaningful and deep :)

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Lulu caldina ;

hee baca lah

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

cha ;

yup
so true
;)

Ali said... [Reply to comment]

metallica?
err.. err..
saye dengaq m. daud kilau
haha

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ali ;

cek mek molek ?
haha

hans said... [Reply to comment]

ada dekat rumah
nanti ku baca kalau sempat

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Ali said... [Reply to comment]

ohoo~ hoi
kalau dah mata bertentang mata

:P

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hans ;

ok!

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

Ali ;

ok dah
cukup
haha~

Shafika Syuhada Rosli said... [Reply to comment]

ko suke baca novel eaaa..wt r satu novel . heroin die ak . seorang gadis yg lemah lembut iQ tinggi..tp ta tau masak . sehingga di reject oleh bkl mak mertua . pastu jumpe lelaki lain.. alahai baiknyaaa.. siap ajar ak masak . ending die.. ak jadik tukang masak terkenal . =p

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

peeka ;

realiti ke fantasi tu?
haha
:p

Hadi Yahya said... [Reply to comment]

wohoho...bawa g Xgames ^^; style :D

Ryan Guettler <3

syarifah radiah ibrahim said... [Reply to comment]

hadi ;

cool kan?

afifah ramli said... [Reply to comment]

tq for sharing.saya share cite ni kt blog sy jgk tau :)